Tuesday, September 5, 2017

Tips Penyusunan Jadual Kelas UM


Merhaba! Hi semua, fuh lama tak blogging dah berhabuk dah ni. Maaf sebab tak update, sis baru je balik beberapa hari lepas dari Global Volunteer Program di Turkey selama 2 bulan. Sekarang baru habis jet-lag dan mampu ber-blogging semula.

Okay, entri kali ni, harapnya belum terlambat la tapi sis nak bagi tips tentang penyusunan jadual kelas khusus untuk pelajar Universiti Malaya dan mungkin lebih khusus lagi untuk pelajar ekonomi. Seperti yang anda tahu (atau mungkin tak tahu), jadual kelas bukan lagi diberi oleh pensyarah atau siapa-siapa. Anda perlu susun sendiri jadual anda. And this might be very tricky especially for first-timers.

#1 DETIK PEPERANGAN BESAR
Gais, serious talk, setiap kali hari daftar subjek tepat pukul 9 pagi the war is ON! Semua akan duduk depan laptop/computer/smartphone masing-masing bersedia untuk mula mendaftar. Jadi pastikan anda salah seorang yang melekat depan skrin anda jugak sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu mendaftar.

#2 COME PREPARED!
Untuk berperang, silalah bersedia dengan senjata anda. What do I mean by this? Pastikan anda dah pun melihat senarai kursus/subjek yang ditawarkan untuk semester tersebut. Susun jadual anda siap-siap di dalam Excel atau bertulis. Apa yang anda perlu fikirkan:

1.       Tarikh peperiksaan untuk subjek tersebut.
Pastikan tidak bertindih dengan subjek lain sebab kalau bertindih anda hanya boleh daftar salah satu sahaja dan kalau terlalu rapat pula (contoh Subjek X exam 3/1 pukul 8.30 pagi, subjek Y exam 3/1 pukul 11.30 pagi) takut anda tak larat. Exam bukan mudah adik-adik sekalian. Nak perah otak tu, at least kena ada gap masa lepas satu paper untuk anda bernafas or if you’re like me I need to nap to refresh my brain.

2.       Tempat peperiksaan.
Jangan main sedap je daftar subjek time rapat-rapat then terlupa yang tempat exam mungkin jauh. Biasanya kalau subjek yang ramai pelajar ambil, exam akan berlangsung di Dewan Peperiksaan tapi kalau subjek elektif yang tak dapat sambutan sangat biasanya exam akan diadakan di fakulti masing-masing. Jadi, just be prepared. Senang cerita kalau tak terdesak tak perlu la ambil subjek hari sama masa dekat-dekat. Dari Exam Hall nak keluar pergi fakulti tu jem dia ya rabbi. Tak sempat nanti dik. Tempat peperiksaan tidak ditulis awal-awal di dalam senarai penawaran kursus. So keep this in mind.

3.       Hari dan masa kuliah.
Semak masa dan hari kuliah untuk subjek tersebut. Kalau bertindih memang tak boleh ambil. Susun ikut keselesaan. Ada sesetengah orang suka letak semua rapat-rapat then ada hari yang tiada kelas langsung supaya boleh berehat. Tapi ada juga yang lebih suka jarak-jarakkan kelas supaya tak terlalu padat boleh meletup kepala.

4.       Tempat kuliah.
Okay ini pun satu hal lagi. Untuk subjek kursus anda masing-masing, kebiasaannya kelas di fakulti masing-masing. Jadi tiada masalah. Cuma berbeza Dewan Kuliah sahaja. Tapi, yang jadi masalahnya ialah subjek wajib universiti. Contoh macam Hubungan Etnik, APK, TITAS, KOK, English dan lain-lain. Disebabkan semua pelajar tidak kira kursus diwajibkan mengambil kursus-kursus universiti, kelas akan diadakan di beberapa lokasi (biasanya fakulti yang ada dewan besar). Dan yang menarik semasa anda daftar, lokasi kelas hanya akan ditulis di dalam bentuk shortform.

Ni rupa dia. Tengok juga pre-requisite conditions sebelum daftar (the description in red)

So, Mora shall come to the rescue!

FSSS – Fakulti Sastera & Sains Sosial
FEP – Fakulti Ekonomi & Pentadbiran
FPP – Fakulti Perniagaan & Perakaunan
FSKTM – Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
APM – Akademi Pengajian Melayu
API – Akademi Pengajian Islam
FBL – Fakulti Bahasa & Linguistik
EDU / PEND – Fakuti Pendidikan
FAB – Fakulti Alam Bina
LAW – Fakulti Undang-Undang
SKET / CITRA – Centre for Initiation of Talent and Industrial Training (sebelah fakulti edu)
KPS – Kompleks Perdana Siswa
Gazebo – A place at KPS (masa MHS mesti pernah pergi)

Sooooooo, pandai-pandai la pilih. Sebab satu subjek tu dia akan tawarkan pelbagai hari, masa dan tempat. So kalau anda dari fakulti perakaunan, jangan la pilih kelas yang terlalu jauh, pilih fakulti anda sendiri atau fakulti yang berdekatan contoh edu, econs or fsss.

5.       Pensyarah Subjek
Okay, ni yang selalunya pelajar buat. Bukannya tengok subjek tapi tengok pensyarah. Pilih subjek berdasarkan pensyarah mana yang tak strict dan senang bagi A. This is a very shameful attitude. Pilihlah subjek yang anda rasa anda berminat nak belajar dan tahu lebih mendalam dan yang akan membantu anda di alam pekerjaan nanti. There’s no shortcut to success okay. ‘A’ berderet pun tapi suruh bagi pendapat tentang sesuatu topik pun tak boleh, acaner tu?

#3 WHAT TO DO IF YOU LOSE IN THE WAR?
Kalau anda kurang bernasib baik dan tak dapat nak daftar kursus yang anda dah plan tu, anda boleh cuba pergi sendiri ke kelas tu untuk slow-talk dengan pensyarah mana tau boleh masuk atauuuu tunggu je lah sem depan. Pelajar tahun 1, 2, 3 dan akhir tarikh daftar kursus adalah berbeza. Pelajar tahun akhir dapat daftar kursus jauh lebih awal sebab nak bagi keutamaan la dkt hakak-hakak dan abam-abam yang nak grad ni kan. Takkan nak extend sem sebab tak dapat ambil TITAS kan? HAHA XD Jadi biasalah tu kalau first year banyak subjek yang penuh, don’t worry cuba lagi next sem.

#4 SEDIAKAN BACK-UP PLAN
Maksimum jam kredit yang anda perlu daftar ialah 22 (kalau tak silap). Jadi sediakan back-up plan. Contohnya kalau tak dapat ambil TITAS, cuba ambil HE. Prepare masa dan hari apa yang anda free. Cadangan sis, awal-awal ni penuhkan jam kredit. Ambil biar cukup 22 CH (credit hours). Kalau sis dulu, setiap sem sis ambil penuh 22 CH. Jadi tahun akhir kurang la beban tu, sem last tu tinggal 15 CH je lagi haha kelas Isnin sampai Rabu je. Bukan apa, in case anda ada paper yang kena repeat kan, ada la ruang nak sumbat. Takda la kena extend sem. Tapi ikut suka anda la kalau nak seimbangkan 3 tahun tu ambil 19 atau 20 CH je up to you.

#5 SETIAP FAKULTI ADA CARA SENDIRI
Semua yang sis cerita ni adalah berdasarkan pengalaman. Jadi zaman mungkin berubah. Dan kursus yang berbeza mungkin ada cara sendiri. Macam roommate sis, diorang dah diberikan jadual yang tetap untuk kursus diorang dan semua kelas tersebut cukup-cukup untuk semua pelajar. Tapi kalau kursus ekonomi, kita diberi pilihan untuk subjek elektif mengikut pengkhususan yang kita pilih (ni tahun kedua baru pilih so chilllllll). Tapi kelas macam Makroekonomi dan Mikroekonomi tu kena rebut-rebut la kalau ramai yang nak ambil Makro sem ni, cepat la penuh kelas tu dan yang lain-lain terpaksa ambil Mikro (subjek sama je cuma yang berebut tu sebab pensyarah lain-lain setiap sem walaupun subjek sama). Bukan apa, yang pilih pensyarah tu kadang-kadang sebab ada sesetengah pensyarah yang tak okay dari segi tak well-organized, mungkin selalu datang lewat atau cancel kelas atau cara mengajar yang tak efektif. Untuk dapatkan nasihat tentang pensyarah silalah tanya Buddy or your seniors ;)

#6 NAH LINKS & REFERENCES:

https://register.um.edu.my/
Special for econs students batch 17/18: Prospectus (click here)

Okay you guys boleh tengok kursus yang ditawarkan untuk sem tersebut at the "View Offers Courses" link. Boleh jugak tengok KOK courses yang ditawarkan. KOK ni kokurikulum (jangan blur sangat ;p)
Untuk daftar, klik online  registration. Kena masukkan username dgn password anda (sama dengan siswamail, myum segala tu).

This is how it looks like. Letak kod kursus dalam ruangan bawah tu (bersedia awal-awal apa kod kursus jangan baru nak mencari memang tak sempat la). Klik Add Course. Then ikut arahan seterusnya yang keluar. Ni contoh sis punya kursus last sem. Make sure semua tukar jadi warna biru dan tulis "registered" dekat tepi tu. Kalau warna kuning tu belum daftar cuma dah reserved. Kalau just reserved je, nanti tamat tempoh mendaftar dia akan consider tak register.

#7 OTHER TIPS
Tak semua subjek anda boleh ambil. Perhatikan syarat subjek tersebut (contoh pelajar kemasukan sekian tahun sahaja yang boleh daftar, atau kena lulus subjek lain dulu baru boleh ambil kursus tersebut dan lain-lain).
Pastikan daftar subjek universiti dulu sebab yang tu yang selalu penuh. Masa MHS dan boleh start usha dah subjek yang ditawarkan. Sis dulu blur je, lepas tu kelas semua penuh.
Staff di fakulti akan tolong anda daftar untuk sem 1 tahun 1 tapi still, tak cukup tangan diorang nak bantu satu-satu so take initiative okay. Don't rely too much on them. They might not be able to attend to each one of you.
Jangan obses untuk sama kelas dengan kawan. Be independent, buat apa yang anda nak. Rajin-rajinkan diri untuk bertanya kalau tak tahu.

This is what my schedule looks like. Don't forget to spare some space untuk TUTORIALS. Masa dan hari tutorial hanya akan diberitahu oleh pensyarah di dalam kelas semasa minggu add/drop (minggu pertama kuliah). Dalam minggu add/drop ni anda bebas untuk add dan drop subjek ikut situasi anda. Tutorial biasanya sejam dan ada banyak pilihan kelas akan disediakan oleh pensyarah. Kalau semua anda tak free, terpaksalah drop subjek tersebut (cuba slow-talk dengan lecturer dulu).

Okay then, good luck piranhas ;)

P/s This entry topic was suggested by one of my dear reader. Shoutout to Kzshrh :)
If any of you guys have any suggestions or some things that you wish to know do hit me up!