Monday, January 15, 2018

Peta Minda Ekonomi Sukatan Pelajaran 2017 SPM

Hai semua, Selamat Tahun Baru 2018! Tahun baru semangat baru okay?

So, dari akhir tahun 2017 lagi, sis ada buat kelas tuition one-to-one dengan pelajar tingkatan 4 untuk subjek ekonomi. Mula dari batch 2017 katanya sukatan pelajaran untuk ekonomi telah ditukar dan nama pun telah ditukar dari Ekonomi Asas kepada Ekonomi. Sis tak berapa tahu lah apa yang beza sebab sis sendiri tak pernah ambil Ekonomi semasa SPM (menyesal).

Jadi, bila dah masuk tahun 2018 ni sis akan move on la mengajar pelajar tersebut tingkatan 5 pula. Untuk memudahkan pelajar sis tu untuk ulangkaji nanti, sis pun sediakanlah peta minda yang merangkumi keseluruhan syllabus tingkatan 4. Tetapi, disebabkan buku teks dah dipulangkan, jadi sis buat peta minda ni berdasarkan buku rujukan. Maaflah kalau ada yang tidak lengkap. Ada banyak ruang kosong lagi tu kan? Bolehlah anda tambah sendiri nota anda.

Peringatan: Ini hanyalah peta minda yang akan membantu anda untuk melihat skop keseluruhan setiap bab. Kegunaannya adalah untuk setelah anda selesai belajar secara terperinci, anda boleh refer peta minda ini dan cuba untuk huraikan setiap cabang2 dahan tu. Kalau anda dah boleh hurai semua, maksudnya anda dah faham dengan baik.

Harap bermanfaat!

P/s Disebabkan ini dalam format gambar, jadi kurang jelas. Jika nak yang scanned version, you can click the link HERE.





Have a great day!