Monday, March 19, 2018

Misconceptions tentang Sarjana Muda Ekonomi, UM

Hai gais!

Dah lama tak menulis, tapi baru-baru ni ada pembaca yang bertanyakan soalan tentang kursus sis iaitu Sarjana Muda Ekonomi. Jadi, entri kali ini sis akan ceritakan dengan jujurnya macam mana kursus tersebut supaya mungkin boleh membantu anda membuat pilihan.

Asalnya sis merupakan pelajar aliran sains tulen semasa SPM, jadi sis tidak terdedah dengan subjek Ekonomi langsung. Selepas SPM, sis memang dah pasti yang aliran sains tulen is not for me. Jadi, sis pun sambung pelajaran di STPM dengan aliran kemanusiaan (Ekonomi, Perniagaan, Pengajian Am dan Sejarah). Sis belajar semuanya dari 0 sebab tak pernah belajar semasa sekolah menengah.

Dari situ muncullah minat dalam Ekonomi. Sis apply to UM as my first choice dan alhamdulillah diterima masuk. Tiga tahun setengah selepas tu (sekarang), sis pun berjayalah habiskan pengajian dengan First Class degree alhamdulillah. Jadi sekarang sis nak ceritakan secara amnya macam mana sarjana muda ekonomi di UM ni dan macam mana anda nak tahu anda sesuai atau tidak dalam bidang ni.

Mari bercakap tentang MISCONCEPTIONS about Economics Degree in UM:

#1 Tanggapan bahawa tidak melibatkan matematik atau kira-kira.
Okay, ini sebenarnya adalah tanggapan sis sendiri dan rupanya kawan-kawan sis pun sama. Semasa di STPM, sis memang tak ambil subjek Maths jadi dengan konfiden je ingat degree Econs pun takda Maths. SALAH! Sangat banyak subjek kira-kira hokayyy. Boleh dikatakan setiap semester akan ada subjek pengiraan.

·         Quantitative Analysis B
·         Statistics 1
·         Financial Management
·         Statistics 2
·         Intro to Mathematical Economics
·         Basic Econometrics
·         Maths in Micro and Macro courses

Hambik, banyak. Untuk seorang pelajar yang dah 2 tahun meninggalkan dunia Matematik, bagi sis memang sangat mencabar. Dan secara jujurnya sis tak minat/mahir dalam kira-kira. Tapi alhamdulillah lulus dengan jayanya. It is difficult but it is not impossible.

#2 Tanggapan bahawa Ekonomi lebih kurang sama dengan Business Admin dan Accounts courses.
SALAH! Lain gila huiii. Jika anda ambil Ekonomi, anda tidak akan belajar langsung Accounts atau apa-apa subjek dalam kursus Business. Ekonomi ni lebih kepada policy-making, national-level and working towards development, ada sikit Banking, Finance dan Analyst-inclined subjects. Anda tidak akan belajar Human Resource, Accounts, Marketing etc. Faculty of Economics and Administration but the Administration refers to Public Administration (pentadbiran kerajaan bukan business).

#3 Tanggapan bahawa anda tiada peluang pekerjaan.
SALAH! Antara peluang pekerjaan untuk anda:
·         Banking Industry
·         Analyst (Finance, Investment, Risk)
·         Researchers in research institutes for example Khazanah Research Institute (KRI), IDEAS etc.
·         Public sector (policy-making in government bodies)
·         Politician
·         Insurance industry
·         Academician
·         Consultant
Banyak je kalau anda pandai mencari peluang. Semua course pun sama je, kalau anda bijak mencari peluang akan sentiasa ada kerja untuk anda. Cuma kena rajin join events yang inclined to your industry. Jangan belajar je, banyak program, forum, conference, summit, competitions yang diadakan mengenai ekonomi dan lain-lain di UM dan luar UM, jadi join ye.

#4 Tanggapan bahawa kursus ni sangat mudah.
Fuyooo, mungkin yang menganggap kursus ni mudah ni kategori pelajar genius kut. Tak mudah gais. Mencabar. Tapi kalau minat tu ada, usaha tu akan lebih. Kalau tak minat, tolonglah jangan ambil kursus ni sebab nanti jadilah golongan yang group assignment tak function and individual assignment tiru orang. Buat kursus yang anda minat, kerja tu akan wujud. I mean, kerja-kerja yang wujud dalam pasaran sekarang ni pun, tak terfikir dek akal 10 tahun yang lepas kan?

#5 Tanggapan bahawa kursus ni susah nak masuk
Honestly, sis pun ingatkan macam tu jugak. Sis masuk dengan pointer 4.0. Lepas masuk tu tanya kawan-kawan yang lain pun macam tu la pointer diorang, 3.7 above gitu. 4.0 ramai gila. Tapi kan, pointer masuk dengan selepas dah masuk tu sangat diverted. Pelajar sama yang masuk dengan 4.0 lepas sem 1 result 3.0 pun tak sampai. So, pointer pre-U tu tidak menjamin apa-apa. It’s a totally new beginning for everyone. Sejak dua tahun lepas, UM ambil ramai gila pelajar setiap kali kemasukan. Sampai ada yang second-intake and third-intake. So, mungkin taklah susah sangat nak masuk kursus ni. Kalau nak tengok syarat kemasukan and blablabla tu boleh check post sis yang lepas. KLIK DISINI.

#6 Tanggapan bahawa kursus ini diajar dalam Bahasa Malaysia.
SALAH! Ye, di SPM, STPM dan Matrikulasi belajar ekonomi dalam Bahasa Melayu tapi di UM, oh tidak. Pembelajaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris (buku teks, bahan kuliah, assignment, tutorial). Tapi, ada lecturer yang baik hati benarkan juga pelajar hantar kerja atau jawab exam dalam Bahasa Melayu (tanya dahulu pensyarah anda). But trust me, kalau dah belajar dalam Bahasa Inggeris, macam mana nak tahu terma-terma ekonomi dalam Bahasa Melayu? Lagi susah jadinya. So, my advice is to brush up your English. It is REALLY CRUCIAL!

#7 Tanggapan bahawa lebih banyak kira-kira dari pembacaan.
SALAH! Sebenarnya banyak teori dan graf yang memerlukan pemahaman dan pembacaan yang mendalam. Kira-kira dan penggunaan software untuk statistic juga ada tapi tidaklah sebanyak pembacaan (itu pun kalau anda baca la :p). Kalau nak lebih ilmu, bacalah lebih dari sekadar nota kuliah, banyak gila benda yang boleh anda pelajari.

#8 Tanggapan bahawa anda tiada banyak pilihan dalam kursus Ekonomi.
Batch sis je ada 10 pengkhususan (majoring) to choose from. Hambik. I chose to major in Political Economy, a majoring which is really not popular amongst Econs students. Batch terbaru ni rasanya dah digabung jadi 4 pengkhususan untuk dipilih oleh pelajar. Boleh semak post sis yang terdahulu untuk details. KLIKSINI.

 #9 Tanggapan bahawa kursus ini sangat susah kerana persaingan dengan bangsa lain yang ramai.
Batch sis majoriti pelajar berbangsa Cina. Ye menurut pemerhatian sis, bangsa Cina memang tidak dinafikan kerajinan dan ketekunan mereka belajar. Jadi tak peliklah kalau diorang berjaya kan? Tapi ni tak bermakna Melayu tak boleh berjaya. Kalau anda pandai berkawan, mereka sebenarnya akan bantu anda jika anda juga bantu mereka. Kalau anda expect mereka je nak supply anda dengan jawapan memang mereka akan boikot anda. Haha. Siapa-siapa pun akan boikot anda k.

Sis sangat ramai kawan berbangsa Cina di UM. Some of them I can say are my best friends who are always there for me through ups and downs. They are amazing. We help each other grow and learn. Semangat mereka belajar tu buatkan sis juga bersemangat. Persaingan memang sengit tapi kalau anda nak duduk je di zon selesa, anda tidaklah sebagus yang anda sangka. Bagi sikit statistik la, untuk batch sis, dean’s list terdiri daripada lebih kurang 20-25 pelajar Cina, 2 pelajar Melayu dan 1 atau 2 pelajar India. Nilah kebiasannya setiap semester. Hard but possible.

#10 Tanggapan bahawa kursus ini bosan.
Kalau ini tanggapan anda, sudah pastinya anda tak minat bidang ini.

Okay, there you go. Ada apa-apa lagi misconception yang bermain di fikiran anda? Sila tinggalkan comment di bawah ye.
 Bye!