Hai gais!
Dah lama tak menulis, tapi baru-baru ni ada
pembaca yang bertanyakan soalan tentang kursus sis iaitu Sarjana Muda Ekonomi.
Jadi, entri kali ini sis akan ceritakan dengan jujurnya macam mana kursus
tersebut supaya mungkin boleh membantu anda membuat pilihan.
Asalnya sis merupakan pelajar aliran sains
tulen semasa SPM, jadi sis tidak terdedah dengan subjek Ekonomi langsung.
Selepas SPM, sis memang dah pasti yang aliran sains tulen is not for me. Jadi,
sis pun sambung pelajaran di STPM dengan aliran kemanusiaan (Ekonomi,
Perniagaan, Pengajian Am dan Sejarah). Sis belajar semuanya dari 0 sebab tak
pernah belajar semasa sekolah menengah.
Dari situ muncullah minat dalam Ekonomi.
Sis apply to UM as my first choice dan alhamdulillah diterima masuk. Tiga tahun
setengah selepas tu (sekarang), sis pun berjayalah habiskan pengajian dengan
First Class degree alhamdulillah. Jadi sekarang sis nak ceritakan secara amnya
macam mana sarjana muda ekonomi di UM ni dan macam mana anda nak tahu anda
sesuai atau tidak dalam bidang ni.
Mari bercakap tentang
MISCONCEPTIONS about Economics Degree in UM:
#1 Tanggapan bahawa tidak melibatkan
matematik atau kira-kira.
Okay, ini sebenarnya adalah tanggapan sis
sendiri dan rupanya kawan-kawan sis pun sama. Semasa di STPM, sis memang tak
ambil subjek Maths jadi dengan konfiden je ingat degree Econs pun takda Maths.
SALAH! Sangat banyak subjek kira-kira hokayyy. Boleh dikatakan setiap semester akan
ada subjek pengiraan.
·
Quantitative Analysis B
·
Statistics 1
·
Financial Management
·
Statistics 2
·
Intro to Mathematical Economics
·
Basic Econometrics
·
Maths in Micro and Macro courses
Hambik, banyak.
Untuk seorang pelajar yang dah 2 tahun meninggalkan dunia Matematik, bagi sis
memang sangat mencabar. Dan secara jujurnya sis tak minat/mahir dalam
kira-kira. Tapi alhamdulillah lulus dengan jayanya. It is difficult but it is
not impossible.
#2 Tanggapan
bahawa Ekonomi lebih kurang sama dengan Business Admin dan Accounts courses.
SALAH! Lain
gila huiii. Jika anda ambil Ekonomi, anda tidak akan belajar langsung Accounts
atau apa-apa subjek dalam kursus Business. Ekonomi ni lebih kepada policy-making,
national-level and working towards development, ada sikit Banking, Finance dan
Analyst-inclined subjects. Anda tidak akan belajar Human Resource, Accounts, Marketing
etc. Faculty of Economics and Administration but the Administration refers to
Public Administration (pentadbiran kerajaan bukan business).
#3 Tanggapan
bahawa anda tiada peluang pekerjaan.
SALAH! Antara
peluang pekerjaan untuk anda:
·
Banking Industry
·
Analyst (Finance, Investment, Risk)
·
Researchers in research institutes for example Khazanah Research
Institute (KRI), IDEAS etc.
·
Public sector (policy-making in government bodies)
·
Politician
·
Insurance industry
·
Academician
·
Consultant
Banyak je kalau
anda pandai mencari peluang. Semua course pun sama je, kalau anda bijak mencari
peluang akan sentiasa ada kerja untuk anda. Cuma kena rajin join events yang
inclined to your industry. Jangan belajar je, banyak program, forum,
conference, summit, competitions yang diadakan mengenai ekonomi dan lain-lain
di UM dan luar UM, jadi join ye.
#4 Tanggapan
bahawa kursus ni sangat mudah.
Fuyooo, mungkin
yang menganggap kursus ni mudah ni kategori pelajar genius kut. Tak mudah gais.
Mencabar. Tapi kalau minat tu ada, usaha tu akan lebih. Kalau tak minat,
tolonglah jangan ambil kursus ni sebab nanti jadilah golongan yang group
assignment tak function and individual assignment tiru orang. Buat kursus yang
anda minat, kerja tu akan wujud. I mean, kerja-kerja yang wujud dalam pasaran
sekarang ni pun, tak terfikir dek akal 10 tahun yang lepas kan?
#5 Tanggapan
bahawa kursus ni susah nak masuk
Honestly, sis
pun ingatkan macam tu jugak. Sis masuk dengan pointer 4.0. Lepas masuk tu tanya
kawan-kawan yang lain pun macam tu la pointer diorang, 3.7 above gitu. 4.0
ramai gila. Tapi kan, pointer masuk dengan selepas dah masuk tu sangat
diverted. Pelajar sama yang masuk dengan 4.0 lepas sem 1 result 3.0 pun tak
sampai. So, pointer pre-U tu tidak menjamin apa-apa. It’s a totally new
beginning for everyone. Sejak dua tahun lepas, UM ambil ramai gila pelajar
setiap kali kemasukan. Sampai ada yang second-intake and third-intake. So,
mungkin taklah susah sangat nak masuk kursus ni. Kalau nak tengok syarat
kemasukan and blablabla tu boleh check post sis yang lepas. KLIK DISINI.
#6 Tanggapan
bahawa kursus ini diajar dalam Bahasa Malaysia.
SALAH! Ye, di SPM,
STPM dan Matrikulasi belajar ekonomi dalam Bahasa Melayu tapi di UM, oh tidak. Pembelajaran
sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris (buku teks, bahan kuliah, assignment,
tutorial). Tapi, ada lecturer yang baik hati benarkan juga pelajar hantar kerja
atau jawab exam dalam Bahasa Melayu (tanya dahulu pensyarah anda). But trust
me, kalau dah belajar dalam Bahasa Inggeris, macam mana nak tahu terma-terma
ekonomi dalam Bahasa Melayu? Lagi susah jadinya. So, my advice is to brush up
your English. It is REALLY CRUCIAL!
#7 Tanggapan
bahawa lebih banyak kira-kira dari pembacaan.
SALAH! Sebenarnya
banyak teori dan graf yang memerlukan pemahaman dan pembacaan yang mendalam.
Kira-kira dan penggunaan software untuk statistic juga ada tapi tidaklah
sebanyak pembacaan (itu pun kalau anda baca la :p). Kalau nak lebih ilmu,
bacalah lebih dari sekadar nota kuliah, banyak gila benda yang boleh anda
pelajari.
#8 Tanggapan
bahawa anda tiada banyak pilihan dalam kursus Ekonomi.
Batch sis je
ada 10 pengkhususan (majoring) to choose from. Hambik. I chose to major in
Political Economy, a majoring which is really not popular amongst Econs
students. Batch terbaru ni rasanya dah digabung jadi 4 pengkhususan untuk
dipilih oleh pelajar. Boleh semak post sis yang terdahulu untuk details. KLIKSINI.
#9 Tanggapan bahawa kursus ini sangat susah
kerana persaingan dengan bangsa lain yang ramai.
Batch sis majoriti
pelajar berbangsa Cina. Ye menurut pemerhatian sis, bangsa Cina memang tidak
dinafikan kerajinan dan ketekunan mereka belajar. Jadi tak peliklah kalau
diorang berjaya kan? Tapi ni tak bermakna Melayu tak boleh berjaya. Kalau anda
pandai berkawan, mereka sebenarnya akan bantu anda jika anda juga bantu mereka.
Kalau anda expect mereka je nak supply anda dengan jawapan memang mereka akan
boikot anda. Haha. Siapa-siapa pun akan boikot anda k.
Sis sangat ramai
kawan berbangsa Cina di UM. Some of them I can say are my best friends who are
always there for me through ups and downs. They are amazing. We help each other
grow and learn. Semangat mereka belajar tu buatkan sis
juga bersemangat. Persaingan memang sengit tapi kalau anda nak duduk je di zon
selesa, anda tidaklah sebagus yang anda sangka. Bagi sikit statistik la, untuk
batch sis, dean’s list terdiri daripada lebih kurang 20-25 pelajar Cina, 2
pelajar Melayu dan 1 atau 2 pelajar India. Nilah kebiasannya setiap semester.
Hard but possible.
#10 Tanggapan
bahawa kursus ini bosan.
Kalau ini
tanggapan anda, sudah pastinya anda tak minat bidang ini.
Okay, there you
go. Ada apa-apa lagi misconception yang bermain di fikiran anda? Sila
tinggalkan comment di bawah ye.
Bye!
Hi, nak tanya jap. Klau dpt degree course business tapi nk tukar ke course accounting. Possible ke tak? Pernah ada case mcm ni ke?
ReplyDeleteBoleh tukar course, pernah je berlaku tapi kebiasaannya dari course yang lebih tinggi requirement kepada yang lebih rendah requirement. Contoh, dari Ekonomi ke Sains Sosial (ada my friend yang macam ni). Tapi kalau dari business nak ke accounts ni agak impossible lah. Sebab demand untuk accounting sangat tinggi, so kemungkinan besar tiada ruang untuk switch course.
Deletehi sis. can i following u on instagram? mind to share?
ReplyDeleteHi, yes sure you can. I've put the link at the right sidebar of this blog actually. Ig: Mora Fazira
Deletehi sis, saya baru lepas matrik tapi ambik modul sains... lepas matrik baru rasa tak minat sains lagi and dapat peluang sambung belajar kat um dlm sarjana muda ekonomi.. rasa takot tak boleh survise sbb tak tahu apa2 lansung pasal subjek ekonomi ni .. sis rasa susah tak kalau lansung takde pengetahuan ni
ReplyDeleteHi dear, I'm very sorry for the really late reply. Tiada masalah. Dari science nak tukar kepada non-science to me shouldn't be as hard as the other way around. I was a pure science student during SPM, then I changed to aliran kemanusiaan in STPM. I started from 0. Study ni biasalah, apa2 pun ada cabaran dia tersendiri. Tapi if you ada minat, pengetahuan tu boleh dicari. I hope you've made your decision and you're enjoying what you study now :)
Deletehi sis , saya dah nak masuk tahun kedua belajar dekat UM . saya nak tahu lebih lanjut tentang major yang sis ambik dan beza major sis dengan yang lain. sebab saya tak minat kira2 sangat dan lebih kepada politik and law macam tu . sis ada cadangan tak major mana lebih sesuai . saya rasa major in ekonomi and statistik memang tak lah kot . pandangan sis?
DeleteHi Natasha, that's wonderful! I majored in Political Economics. It involves heavy reading and research, mostly qualitative. If you are not into quantitative (like me), then you should either major in Politics & Public Admin or Development. Both are interesting. Politics is more towards history, administration of a country, understanding policies. Development is about policy-making, looking at social and economic uplift of the people.
DeleteGood luck choosing!
This comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum sis, sy student yg mnat gila² kat subjek ekonomi.. Doakan sy berjaya diterima di di fakulti ekonomi utk 1st intake 2019 ni...
ReplyDeleteWaalaikumsalam, aminnn, semoga berjaya mengejar cita-cita! Good luck!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sis, saya nak tanya, kalau masa spm x amik addmath, just math jaaa agak2 boleh go along dgn kos sm ekonomi ni tak ? yg bhg kira2 tu ? dan math masa spm saya cuma A- ja sis. risau pulak.
ReplyDeleteSalam sis, saya nak tanya, kalau masa spm x amik addmath, just math jaaa agak2 boleh go along dgn kos sm ekonomi ni tak ? yg bhg kira2 tu ? dan math masa spm saya cuma A- ja sis. risau pulak.
ReplyDeleteWassalam, from my experience with my batchmates, i can see that those without add maths background akan struggle sikit la. kena gigih sikit kalau nak berjaya :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai sis , I nak tanya kalau linguistic course stpm 3.00 je boleh ada peluang ke nak di shortlisted ? mana2 bahasa asing tak kisah .
ReplyDeleteHai Mark, to be honest, I don't think I'm able to answer this question. I think first of all you should look at the requirement on the UM website. If you are eligible to apply, then another factor will be other people who's applying to the same course in that year. Kalau ramai yang pointer tinggi2, persaingan akan lebih sengit. I hope you get in :)
Deletehai sis...assalamualaikum ,saya nak tanya yursn keseluruhan utk satu sem termasuk yuran kolej,yuran perkhidmatan,buku-buku dan lain-lain byk tak?kalau byk tu dlm berapa ribu?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, yuran kolej biasanya rm800 mcm tu, yuran course rm900, buku2 tu takde sangat la semua biasa guna lecture notes je. I would say paling basic pun 1 sem dalam RM 2000 la (tambah tolak printing, beli some books, dinner kolej/ fac etc). RM 2000 ni belum termasuk living expenses la (makan, transport etc.)
DeleteSalam sis, maaf bertanye, berdasarkan pengalaman sis, ade tak kawan2 sis yg ambil ekonomi sebagai second degree, atau die lepasan diploma dari bidang lain pastu join ekonomi, saye ade degree computer science dari uitm but now nak amek second degree, bidang yg saye minat untuk saye belajar sampai phd, maaf bertanye.
ReplyDeleteWassalam Akmal, in my personal opinion, if you minat, should be okay to take because degree ni dia akan ajar from the very beginning. First year degree tu basically macam ulang balik STPM/ Matriculation. Second year onwards barulah lebih mendalam.
Delete- Mora
Assalamualaikum..kalau saya minat ekonomi jurusan apa yang saya patut ambil ye..dan dimana saya perlu mulakan..saya lepasan SPM
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Apply untuk pra-universiti dulu (STPM atau Asasi atau Matrikulasi). Ambil aliran sastera/ kemanusiaan/ perniagaan. Lepas complete pra-U baru apply degree ekonomi. - Mora
DeleteBoleh saya tahu lebih lanjut tentang ijazah sarjana muda ekonomi ni tak? Pengalaman saudari belajar dkt sini macam mana?
ReplyDeletePengalaman saya sendiri saya memang enjoy kursus ekonomi ni. Ada banyak pilihan subjek2, lecturers best, banyak resources untuk study. I don't have experience belajar di universiti lain tapi saya recommend la UM :) Cumanya sekarang ni semuanya online class kan so tak sure la kalau kualiti dia lain. -Mora
Deletehi kak, kalau apply upu untuk course econs/bba and then dapat tawaran ke UM kena interview juga ke?
ReplyDeleteHi Mefanne, kalau dah dapat tawaran tak perlu la interview lagi. Dia akan tulis dkt UPU tu sama ada tawaran atau panggilan temuduga :) -Mora
Deletehi sis. do you mind to share if you ever feel insecure or feel like giving up when doing your degree? >.< as a malay myself, saya mengaku saya insecure dengan chinese. saya dapat cgpa 4.0 matriks perakaunan, should i pursue my degree in economics UM?
ReplyDeleteHi kak assalamualaikum
ReplyDeletePeluang pekerjaan degree dalam ekonomi hanya dalam sektor perbankan sahaja ke?