Dalam entri yang lepas sis ada kongsi
perkara-perkara yang wajar diambil kira dalam pemilihan universiti untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Sebagai Duta UM (UM
Ambassador), sis akan kongsi sebab-sebab kenapa anda patut memilih Universiti
Malaya sebagai universiti pilihan anda. Faktor-faktor ini akan diselarikan
mengikut kategori dalam entri lepas.
#1 Reputasi Universiti yang baik
Mengikut ranking QS tahun 2016, UM
merupakan universiti nombor 1 terbaik di Malaysia, kedudukan 27 di Asia dan 146
di dunia. Employability pelajar juga tinggi iaitu 80%. UM telah melahirkan
tokoh-tokoh penting pada hari ini seperti Tun Dr Mahathir, Dr Zeti Aziz,
Profesor Diraja Ungku Aziz dan ramai lagi. Ini membuktikan bahawa universiti
ini mampu menjadi platform yang baik bagi mengembangkan potensi
pelajar-pelajar. UM juga diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan Premier di
Malaysia dan Asia, dikenali di serata dunia dan sesetengah kursus turut
diiktiraf oleh badan-badan akreditasi antarabangsa.
#2 Subjek wajib universiti
Di UM, subjek yang wajib diambil taklah berat sangat. Secara amnya terdapat 17 jam kredit yang perlu dipenuhi. Berikut
adalah subjek wajib di UM bagi pelajar lokal:
1.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS)
2.
Hubungan Etnik
3.
Kemahiran Maklumat
4.
2 subjek Bahasa Inggeris
(bergantung pada Band MUET)
5.
Jalinan Masyarakat
6.
Kokurikulum
7.
Asas Pembudayaan Keusahawanan.
Ikut je arahan pensyarah, jangan ponteng
kelas, hantar kerja berkualiti in sha Allah boleh dapat A. Kebanyakan pelajar
memang dapat A la subjek-subjek ni. Subjek nombor 4 hingga 7 takda peperiksaan
akhir, hanya ada quiz dan tugasan sepanjang kuliah. Subjek 1 hingga 3 pulak ada
peperiksaan akhir tapi semuanya soalan objektif je, boleh la menembak ye haha.
Subjek wajib universiti ini pada sis takdalah membebankan sangat. Kebanyakannya
perkara yang kita dah pun belajar sebelum ni macam sejarah, Bahasa inggeris,
kerja komuniti, perniagaan, koko. Tapi subjek Inggeris tu agak susah nak score.
Standard tinggi kut. Dan di UM takda subjek wajib Bahasa asing, thank
God.
#3 Lokasi UM di tengah bandar
Dulu sis fikir tak kisah lah belajar dekat
atau jauh, sama je. Tapi bila dah masuk UM, rasa macam bersyukur pilih universiti
yang dekat dengan rumah. Satunya senang nak balik dan angkut barang-barang dari
kolej yang tersangatlah banyak. Tapi disebabkan UM terletak di tengah-tengah
bandar KL/PJ, taklah susah bagi yang datang dari jauh untuk bergerak. LRT
Universiti sangat dekat jadi mudah untuk ke mana-mana pun (KL Sentral dsb) dan
kenderaan awam macam bas RapidKL, teksi, GrabCar pun mudah didapati. Kalau
tak dapat duduk di kolej pun, banyak rumah-rumah sewa di sekeliling UM dengan
harga yang murah. Ada kawan sis sewa RM150 je sebulan untuk bilik utama di flat dekat dengan UM. Ambil bas hari-hari pegi kelas. Gerai makan tak usah cakap
lah, bersepah. From the lowest end to the highest end; gerai tepi jalan ada,
fast-food ada, delivery ada, kedai hipster ada, restoran mewah ada, bazar Ramadhan
pun dekat; pilih je la selera macam mana. Tempat hiburan pun banyak; panggung
wayang, pusat beli-belah (Mid-Valley sangat dekat), tempat karaoke, pasar
malam, uptown semua ada. Ni penting tau gais, aktiviti untuk de-stress kan otak
anda.
#4 Kemudahan lengkap dalam universiti
Di UM macam-macam kemudahan ada,
perpustakaan yang efisien dan selesa, bas dalam kampus, bas shuttle semasa
peperiksaan, masjid untuk solat Jumaat, hospital, klinik pelajar, ATM, bank
Islam, stadium, gelanggang serbaguna, outdoor gym, kolam renang, kayaking,
tasik untuk beriadah, rumah pokok, kedai buku, gerai makan yang sangat murah
(sebab subsidi kan hehe) satu meal tu takkan lebih dari RM 5 (time sis diet
tak makan nasi dulu makan tengahari biasanya RM3.50 je, macam zaman sekolah
menengah gitu), kedai runcit, kedai fotostat, sewa basikal, watercooler di
merata-rata jadi setakat air kosong tu free je la. Boleh dikatakan kehidupan di
kampus UM ni mudah la nak dapatkan macam-macam. Tak perlu keluar dari UM pun
boleh hidup la orang kata (tapi tak mungkin tak tertarik dengan macam-macam
benda best dekat luar tu hahaha).
#5 Politik kampus
Hahaha ha ha… Politik kampus di UM
sebenarnya sangat menarik. Contoh masa kes pagar roboh tu, Nampak macam ramai
yang datang sokong, tapi kebanyakan yang pergi tu nak tengok sendiri dan rasai
suasana je. Pensyarah pun ramai pergi sebab setakat belajar teori dalam
kelas kan tak menarik. Inilah peluang rasai pengalaman tu sendiri. Bercakap
mengenai politik dalaman kampus, memang wujud persaingan dan ketegangan antara
pihak Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Mestilah, nama pun pilihan raya kan.
Kenalah perjuangkan ideologi masing-masing. Tapi takda masalah pun, kalau anda
tak nak ambil peduli, tak perlu. Kalau anda minat, inilah tempat yang baik
untuk mengasah bakat kepimpinan anda. Kebanyakan pelajar ambil port mengenai
hal ehwal politik di UM ni. Sis sekadar melihat dari jauh. Beberapa kali
jugalah diminta bertanding pilihanraya kampus tapi sis tolak sebab tak
berminat. Maaf gais, hidup sis pun tak terurus lagikan pula nak memperjuangkan
hidup semua pelajar hahaha.
#6 Kepelbagaian komposisi pelajar di UM
Seperti yang anda mungkin sedia maklum, di
UM mahasiswa/i terdiri daripada pelbagai kaum. Bukan hanya dari Malaysia, pelajar antarabangsa pun ramai. Anda berpeluang memahami pelbagai bangsa dan
bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar negara. Sedikit sebanyak ini akan
membuka minda anda kepada dunia luar yang sememangnya terdiri daripada pelbagai
budaya dan latar belakang. Anda akan lebih fleksibel dan tidak kekok untuk
bekerja dengan pelajar yang berlainan bangsa dengan anda. Di sini juga anda
akan dapat rasai persaingan yang hebat jadi anda tidak akan hanya berada di
dalam safe zone anda sendiri. Anda akan berusaha untuk berada seiring dengan
mereka. Setakat ni sis dah kenal dan berinteraksi dengan ramai pelajar dari
luar negara dan cara pemikiran mereka memang sangat matang. Secara tidak
langsung, kita juga akan terbuka minda dengan pengetahuan global dan belajar
dari mereka. Sis rapat dengan satu pelajar pertukaran dari Korea, Yoon Ju
namanya. Time cuti sis bawak dia tidur rumah sis dan jalan-jalan Shah
Alam. Best sangat!
#7 Yuran UM yang berpatutan
Okay, ada yang kata yuran di UM agak mahal
jika dibandingkan dengan IPTA yang lain. Tapi pada sis sendiri takdalah mahal
sangat. Lebih kurang RM1k untuk satu semester pengajian. RM1k lagi untuk yuran
tinggal di kolej satu semester. Jadi setahun tu yuran pengajian lebih kurang
RM2k dan yuran kolej setahun RM2k. Memang tak dinafikan ada IPTA yang jauh
lebih rendah yurannya (sampai separuh dari kos di UM) tapi jika dilihatkan
kemudahan yang ditawarkan, pada sis sangat berpatutan. Ini terpulanglah pada
kemampuan kewangan masing-masing. Alhamdulillah, sis penerima biasiswa jadi
taklah terbeban sangat belajar di UM.
#8 Ada peluang belajar di luar negara!
Yep. Hubungan baik antara UM dengan
pelbagai universiti antarabangsa membolehkan pelbagai program pertukaran
pelajar dan summer program ditawarkan kepada pelajar UM. Bukan itu je, 70% kos
akan ditanggung oleh UM! Siap beri duit poket lagi. Wow kan? Haha. Kalau
keputusan anda okay (3 pointer ke atas), anda boleh buat permohonan untuk exchange
student program ke mana-mana universiti yang bekerjasama dengan UM. Kalau
permohonan anda diterima, bolehlah anda merasa belajar di luar negara selama
satu semester ataupun kalau summer program durasinya 2 minggu hingga sebulan
semasa cuti semester. Tak susah pun untuk terpilih ke program ni. Ramai
kawan-kawan sis akan pergi semester depan terutamanya ke Jepun dan Korea. Sis
pun ada ditawarkan untuk belajar di universiti di Korea tapi sis tak berapa
sanggup untuk belajar Bahasa Korea jadi sis tolak tawaran tu. Takpelah, bagi
ruang kepada pelajar yang betul-betul berminat J It
can be you if you join UM!
Jadi apa duk fikir-fikir lagi tu? Come and
be part of this great university! We need talents like you to make this
university even greater :D
P/s This is merely a rationale of why you
should be choosing UM as the place to study. I am not comparing directly with
any other universities. And of course, these are all solely from my point of
view. For further information or more specific details, do check out UM’s
official website.
:)