Showing posts with label IPTA. Show all posts
Showing posts with label IPTA. Show all posts

Friday, March 10, 2017

Pengalaman Interview UITM


Lai, next sharing. Sis juga dipanggil untuk temuduga di UITM Shah Alam untuk kursus MassComm (Public Relations).

Kalau nak baca persediaan sis boleh refer entri sebelum "Pengalaman temuduga Universiti Malaya". Sama je preparations sis. So, this entry I will directly share the questions asked. Ada 2 je penemuduga, sorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi yang bertanya cuma yang lelaki je.

Soalan 1#: Nak cakap bahasa Melayu ke bahasa Inggeris?
Hahaha. That was unexpected. I did not see that coming. Especially when I'm applying for Mass Communication. So I answered, English. But good news, this means you have a choice!

But even after I chose English, the interviewer still conducted the interview in Malay. So yeah...

Soalan 2#: Perkenalkan diri. 
Briefly introduce yourself. Nama, umur, pendidikan terakhir, tempat tinggal, sedikit tentang keluarga, kursus apa yang anda mohon.

Soalan 3#: Result awak ni bagus, kenapa awak apply Mass Comm?
HAHAHA! Ini lagi best. What does he even mean? Sis pun cerita lah kenapa sis apply. My interest and etc.

Soalan 4#: Ini pilihan pertama awak ke dalam UPU?
To which I answered no, UM is my first choice. To which he responded, "Ahh." with a slight hint of disappointment.

Soalan 5#: Berkenaan dengan isu krisis air di Selangor baru-baru ini, adakah anda rasa kerajaan perlu dipersalahkan?
That took a turn. Tiba-tiba soalan serious. So I answered a politically correct answer. We all know what that means hahaha.

He thanked me and the interview ended.

Not so bad I can say? Sekali lagi, just be confident and present yourself well. Good luck!

P/s sis tak ditawarkan kursus Mass Comm dari UITM sebab sis dapat tawaran dari UM. Nevetheless, good experience (Y)

Sunday, August 21, 2016

Pakaian ke kuliah di Universiti Malaya



Semua universiti ada kod pakaian masing-masing. Tapi jika anda mahasiswa/i di Universiti Malaya, anda bertuah! Anda boleh pakai apa sahaja yang anda suka! Hahaha. P/s kebanyakan IPTA lain pun sama rasanya. Tapi ada juga sesetengah IPTA yang wajibkan pelajar memakai pakaian kebangsaan, pakaian formal dan sebagainya.
Entri kali ni sis akan kongsi idea untuk pakaian ke kuliah.

#1 T-shirt & jeans
Ni untuk hari yang anda malas nak fikir/gosok baju. Di UM tiada masalah untuk pakai jeans ke kelas. Ramai je student yang pakai macam ni. Sebabnya bila nak ke kelas tu especially masa tahun pertama, pelajar kena berjalan kaki. Dari kolej sis, jalan pintas untuk ke fakulti ialah melalui bukit yang agak curam so kira kena mendaki jugak lah. Jadi pakaian yang paling sesuai terutama bila kelas tengahari panas terik tu memang t-shirt dan jeans lah menjadi pilihan. Tapi sis sarankan untuk bawa sweater sebab masuk kuliah nanti sejuk macam duduk dalam peti ais 2 jam pulak tu haha.

Attended a festival after class in them comfy jeans and cardigan

Attire to exam hall on the last day of exam! 

#2 Baju kurung/jubah
Ramai kawan-kawan sis yang Melayu gemar berbaju kurung untuk ke kelas. Nampak sopan dan ayu kata mereka. Ini pakaian yang paling selamatlah. Tapi sebab sis ni memang takda maknanya nak ayu-ayu pegi kelas, sis hanya pakai baju kurung bila ada pembentangan sahaja. Hahaha. Ada sesetengah pensyarah yang tak kisah anda nak buat pembentangan pakai t-shirt pun boleh je tapi sis sarankan untuk pakai smart casual untuk presentation. Nampak la segak sikit.

Gambar first year semangat lagi pakai baju kurung siap pakai kad pelajar lagi hahaha.

Presentation day

#3 Blouse & skirt
Ini lagi lah ayu ya rabbi. Sis sendiri hanya berpakaian begini bila ada photoshoot atau pembentangan sahaja. Takda laranya nak panjat bukit dengan kain bagai. Tapi ini juga salah satu pakaian yang dibenarkan untuk dipakai ke kuliah. Kalau anda jenis suka bergaya, anda boleh juga pakai blouse dan tuck-in di dalam skirt labuh.
Photoshoot attire

Again, only wore this because of photoshoot

#4 Blouse & long pants (slacks/non-jeans)
This is my go-to outfit to class. Buttoned up blouse/kemeja kasual dipadankan dengan seluar panjang. Selesa, separa formal dan nampak professional. Nampak macam terpelajar la konon-konon. Walaupun sebenarnya tak. Hahaha. Mudah nak bergerak, nak solat, nak makan. Sebab anda akan luangkan masa di fakulti tu lebih kurang separa hari, dari pagi hinggalah habis semua kelas di waktu petang. Nasihat sis, jangan gadaikan keselesaan untuk kecantikan. Yang penting kemas and presentable.
Balik kelas roommate ajak beriadah. Gua dengan dressy top bagai.
Setiap isnin pakai biru. Monday blues kan.

#5 Pakaian sukan
Boleh, takda masalah. Silakan. Nak pakai jersey dengan sweatpants ke, top-to-toe Adidas ke, tights ke, tracksuit ke, semua boleh. Tapi syarat-syaratnya nanti sis kongsi di bawah.

#6 Dress/Onesie
Asalkan menepati kriteria di bawah, boleh pakai, takda hal. Takda siapa marah. Pakai baju tidur pun boleh baq hang. Settle.

Etika pakaian
Okay, takda kod pakaian yang tertentu tapi semestinya ada etika pakaian. Dan pakaian yang dilarang.

#1 Pakaian tidak terlalu ketat
Nak pakai tights tu kalau badan anda sekeping boleh je, orang tak perasan sangat. Tapi kalau nampak seksi nauu tu faham-fahamlah. Kalau nak pakai skirt tu biarlah yang flowy. Nak ketat-ketat buat apa, nak jalan pun susah. Ni universiti bukan runway.

#2 No sleeveless
Jadi kalau nak pakai pakaian sukan atau dress tu boleh Cuma tak boleh yang tak berlengan. Kalau nak sangat, pakailah cardigan di luarnya.

#3 Pakaian tidak singkat
Kalau pakai skirt tak boleh di atas peha. Baju pun tak boleh la Nampak pusat ke apa ke. Tak dinafikan ada je yang pakai, takda siapa tegur pun tapi bulat la bijik mata orang menengoknya. Kalau tak kisah takpalah. Tapi ada jugak pensyarah yang tegas akan tegur terus. Jadi lebih baik janganlah. Seluar pendek pun no-no.

Simple je etika pakaian di UM ni. Pakailah apa pun asalkan sopan. Have fun pilih-pilih outfit. Tapi percayalah, awal-awal je semangat nak bergaya, dah lama-lama sarung je apa saja yang ada hahaha. Beralih kepada kasut pulak. Antara kasut-kasut yang selalunya pelajar pakai; sandals, kasut sukan, kasut hitam tumit (photoshoot), kasut kulit (pembentangan), kasut tinggi (ada je yang gigih) dan slippers. Ye selipar jepun pun boleh. Pakailah. Tapi masa pembentangan kalau boleh janganlah. Kadang-kadang markah pakaian pun diambil kira jugak jadi pakailah kasut bertutup kalau nak present tu. Cumanya di UM ni kalau pakai selipar, tak boleh masuk perpustakaan. Sama jugak dengan rambut, di UM ramai je yang rambut warna-warni (hijau merah ungu semua) tapi kalau nak masuk perpustakaan silalah pakai topi sebab jika tidak anda takkan dibenarkan masuk.


Sis sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab di UM peraturannya tidaklah begitu ketat. Pelajar diberikan kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan. Pilihan itulah yang menentukan anda bijak atau tidak. Harapan sis agar pelajar tak ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan dan gunakan platform ini untuk mencorakkan personaliti anda. Adakah anda nak dikenali sebagai pelajar yang serabai? Your choice.

:)

Sunday, August 14, 2016

Persiapan barang untuk tinggal di kolej kediaman


Salam Ahad! Tahniah kerana dah berjaya buat pilihan untuk belajar di universiti yang anda sukai. Di mana-mana IPTA, pelajar tahun pertama atau kita panggil “freshies” akan diberikan penginapan di dalam kolej kediaman. Dalam entri kali ini sis akan kongsi barang apa yang perlu, tak perlu dan tak boleh dibawa di kolej. Secara spesifiknya sis akan kongsi berdasarkan konteks kolej sis sendiri pada tahun pertama dan kedua iaitu Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya.

Kita mulakan dengan barang yang tak perlu dibawa walaupun anda rasa macam perlu.

1.       Alat pemanas air (water heater)- Macam mana nak buat kopi malam-malam?! Tak payah la susah-susah bawa water heater bagai, ada air panas disediakan hampir di setiap aras di kolej Bestari tu. Air sejuk ada air panas pun ada. Lagipun barang ni barang larangan jadi buat leceh je nak sorok apa semua bila ada spot check.
2.       Alat seterika baju (iron)- Macam water heater juga, seterika disediakan di setiap blok di setiap aras. Tak berebut pun guna. Kalau risau beratur (jarang sekali), gosoklah baju malam sebelum kelas tu. Ini pun barang larangan jadi faham-fahamlah. Mungkin anda tidak akan tertangkap sebab bawa barang larangan tapi kalau alat anda tu menggunakan voltan yang sedikit tinggi, seluruh blok akan trip dan blackout. Haha dari selamat terus kantoi. Hati-hatilah.
3.       Alat memasak nasi (rice cooker)- Juga barang larangan. Selalunya pelajar nak bawak rice cooker ni sebab nak masak nasi, panaskan lauk, masak lauk, masak maggi kan? Hmmm, gigihnya anda nak memasak bagai. Kalau bulan puasa faham lah memang susah sebab makanan sahur tu kalau tak dipanaskan mudah basi dan tak berselera nak makan kan? Tapi untuk hari biasa tu rasanya tak perlu kut. Banyak gerai makan dalam kolej, kolej sebelah, dekat fakulti, dekat UM sentral (bus stop), dekat perpustakaan, delivery semua masakan sedap-sedap dan murah. Beli je lah dik oi. Bulan puasa pun banyak peniaga buat delivery sahur ke kolej. Tapi ikut suka anda lah.
4.       Mop, penyapu, penyodok- Ni semua disediakan di setiap aras. Tak payah lah susah-susah memberatkan beg. Cuma hari pertama tu boleh la bawa sebab tak cukup bila semua nak guna.
5.       Rak kasut- Limit kasut yang boleh berada di luar bilik hanya 6 pasang (maksudnya 2 pasang seorang sebab sebilik 3 orang). Jadi kalau bawa rak confirmlah lebih dari 6 pasang kan. Lagipun, macam sis cuma letak selipar tandas je di luar bilik, kasut lain semua di dalam bilik. Banyak kes hilang kasut jadi lebih baik letak di dalam.
6.       Lain-lain barang/perabot yang telah disediakan di dalam bilik- sis senaraikan benda yang dah pun ada di setiap bilik untuk setiap pelajar jadi tak perlulah bawa:
-          Katil dan tilam (nipis je la tilamnya)
-          Meja dan kerusi belajar (meja ada laci so bolehlah sumbat buku)
-          Almari baju bertutup (boleh la bawak mangga untuk kunci locker sehingga anda dah betul-betul percayakan roommates anda).
-          Rak serbaguna di dalam bilik (sis letak kasut, stok makanan, pinggan cawan semua).
-          Lampu meja untuk belajar (kalau tak berfungsi boleh report dekat kolej untuk baiki/ganti).
-          Papan notis untuk setiap pelajar (untuk tampal jadual, nak hias apa-apa ke).
-          Langsir.

Senarai semak barang (tidak termasuk pakaian) yang perlu dibawa:

1.       Bantal- Sis dengan confident ingat ada disediakan bantal, rupanya takda. Terpaksa beli dekat kedai runcit di kolej bantal keras gila maigod.
2.       Cadar & sarung bantal- Katil tu saiz super single/single.
3.       Selimut- Nipis cukuplah, panas.
4.       Peralatan basuh baju seperti baldi, sabun cuci baju, clip, penyangkut baju. Tapi disebabkan sis cukup risau baju kena curi (banyak kes), sis basuh baju guna washing machine dan terus keringkan guna dryer (ye, di kolej bestari ada dryer!). Sekali basuh RM2.50, dryer RM2.50. Jadi seminggu kos laundry sis RM5.00. Washing machine boleh pakai duit kertas (takda baki) tapi dryer kena pakai syiling. Dekat kolej keempat ni jugak ada perkhidmatan dobi. Hantar je dekat brader tu, lepas sehari dua siap dah boleh ambil.
5.       Peralatan mandi- Letaklah dalam bakul berlubang (dekat Daiso banyak) untuk memudahkan nak bawa masa mandi.
6.       Laptop & printer- Laptop senang cerita memang perlulah. Buat kerja, bukak email, nota-nota dari pensyarah semua melalui online. Dekat 4th takda kedai print/fotostat. Paling dekat pun di kolej sebelah, 7th. Nak senang bawaklah printer yang sekali dengan scanner sebab kadang-kadang tengah-tengah malam tu la kita perlu sangat nak print. Tapi boleh cuba la usha-usha perkhidmatan printing yang student buat. Sis dulu ada senior bilik bertentangan buat khidmat cetak. Cetak sekali dengan delivery pun ada. Kelassss gitu.
7.       Extension plug.
8.       Alas kaki/karpet/tikar- bersih sikit lah untuk meniarap buat kerja, solat atau makan berjemaah dengan roommates atas lantai.
9.       Baldi dan cebok- tempat mandi guna shower tapi baldi ni gunanya bila takda air. Untuk simpan air atau angkut air. Dulu ada la 3 hari berturut takda air di kolej. Fuyooo, gigih angkut air (baldi sis pulak kecik haih maklumlah basuh baju tak guna baldi hahaha).
10.   Laundry bag- bekas letak baju kotor.
11.   Meja lipat- kalau anda jenis suka belajar bersila di atas lantai bolehlah bawa.
12.   Peralatan makan- pinggan, sudu garfu, mangkuk, bekas makanan bertutup, cawan, botol air (bawa yang 5/10 liter sebab ada mesin beli air kosong murah RM0.10 seliter)
13.   Book holder- penyendal buku ke, box holder ke ikut suka la.
14.   CERMIN!- untuk cermin diri tu sikit :p ni masalah. Memang ada cermin besar di setiap aras dan di tandas tapi kita mesti nak bersolek dalam bilik kan? Bawaklah cermin, kalau boleh besarlah sikit. Satu cermin sebilik pun jadilah. Bilik sis dulu cermin kecik je ya rabbi berebut 3 orang guna. Hujung sem cermin jatuh pecah hahaha. Masa first year 2 cermin pecah XD
15.   Kain lap- untuk lap lepas makan ke, tumpah air ke dan yang penting untuk lap kipas. Kalau rasa macam kipas tak sejuk tu maknanya dah tiba masa bersihkan kipas.
16.   Tong sampah- Ada banyak tong sampah besar di luar bilik. Sis buang sampah kering je dalam bilik supaya tak bersemut atau menarik binatang yang tak diingini. Makanan buang di luar.
17.   Lain-lain- ni basic la. Pakaian, pakaian solat, sejadah, tuala, kasut, buku, beg, alat solek fikir sendiri la apa yang perlu.

Okay sis harap anda dapat gambaran jelas macam mana keadaan penginapan di kolej terutamanya Kolej Kediaman Bestari Universiti Malaya dan tahu apa yang perlu dan tak perlu dibawa. Harap info yang diberikan berguna untuk anda. Sis tak pernah tinggal di asrama sebelum ni jadi mungkin kepada yang juga akan pertama kali tinggal di kolej, bolehlah rujuk panduan ni.


P/s kemudahan yang dinyatakan adalah relevan setakat ini (2016). Sebarang penambahbaikan, penambahan atau pengurangan kemudahan tidak dapat dipastikan sebab sis dah dibuang dari kolej hahaha.

Ni sis kongsi gambar sikit.
Gambar first day mendaftar.

Ni lah rupa biliknya. Old school sangat dengan tile kotak kecil tu.

Papan notis gigih hias.

Ambil gambar kenangan first year innocent je lagi hehh.

Saturday, August 13, 2016

Sebab-sebab untuk memilih Universiti Malaya


Dalam entri yang lepas sis ada kongsi perkara-perkara yang wajar diambil kira dalam pemilihan universiti untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Sebagai Duta UM (UM Ambassador), sis akan kongsi sebab-sebab kenapa anda patut memilih Universiti Malaya sebagai universiti pilihan anda. Faktor-faktor ini akan diselarikan mengikut kategori dalam entri lepas.

#1 Reputasi Universiti yang baik
Mengikut ranking QS tahun 2016, UM merupakan universiti nombor 1 terbaik di Malaysia, kedudukan 27 di Asia dan 146 di dunia. Employability pelajar juga tinggi iaitu 80%. UM telah melahirkan tokoh-tokoh penting pada hari ini seperti Tun Dr Mahathir, Dr Zeti Aziz, Profesor Diraja Ungku Aziz dan ramai lagi. Ini membuktikan bahawa universiti ini mampu menjadi platform yang baik bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar. UM juga diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan Premier di Malaysia dan Asia, dikenali di serata dunia dan sesetengah kursus turut diiktiraf oleh badan-badan akreditasi antarabangsa.

#2 Subjek wajib universiti
Di UM, subjek yang wajib diambil taklah berat sangat. Secara amnya terdapat 17 jam kredit yang perlu dipenuhi. Berikut adalah subjek wajib di UM bagi pelajar lokal:
1.       Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
2.       Hubungan Etnik
3.       Kemahiran Maklumat
4.       2 subjek Bahasa Inggeris (bergantung pada Band MUET)
5.       Jalinan Masyarakat
6.       Kokurikulum
7.       Asas Pembudayaan Keusahawanan.
Ikut je arahan pensyarah, jangan ponteng kelas, hantar kerja berkualiti in sha Allah boleh dapat A. Kebanyakan pelajar memang dapat A la subjek-subjek ni. Subjek nombor 4 hingga 7 takda peperiksaan akhir, hanya ada quiz dan tugasan sepanjang kuliah. Subjek 1 hingga 3 pulak ada peperiksaan akhir tapi semuanya soalan objektif je, boleh la menembak ye haha. Subjek wajib universiti ini pada sis takdalah membebankan sangat. Kebanyakannya perkara yang kita dah pun belajar sebelum ni macam sejarah, Bahasa inggeris, kerja komuniti, perniagaan, koko. Tapi subjek Inggeris tu agak susah nak score. Standard tinggi kut. Dan di UM takda subjek wajib Bahasa asing, thank God.

#3 Lokasi UM di tengah bandar
Dulu sis fikir tak kisah lah belajar dekat atau jauh, sama je. Tapi bila dah masuk UM, rasa macam bersyukur pilih universiti yang dekat dengan rumah. Satunya senang nak balik dan angkut barang-barang dari kolej yang tersangatlah banyak. Tapi disebabkan UM terletak di tengah-tengah bandar KL/PJ, taklah susah bagi yang datang dari jauh untuk bergerak. LRT Universiti sangat dekat jadi mudah untuk ke mana-mana pun (KL Sentral dsb) dan kenderaan awam macam bas RapidKL, teksi, GrabCar pun mudah didapati. Kalau tak dapat duduk di kolej pun, banyak rumah-rumah sewa di sekeliling UM dengan harga yang murah. Ada kawan sis sewa RM150 je sebulan untuk bilik utama di flat dekat dengan UM. Ambil bas hari-hari pegi kelas. Gerai makan tak usah cakap lah, bersepah. From the lowest end to the highest end; gerai tepi jalan ada, fast-food ada, delivery ada, kedai hipster ada, restoran mewah ada, bazar Ramadhan pun dekat; pilih je la selera macam mana. Tempat hiburan pun banyak; panggung wayang, pusat beli-belah (Mid-Valley sangat dekat), tempat karaoke, pasar malam, uptown semua ada. Ni penting tau gais, aktiviti untuk de-stress kan otak anda.

#4 Kemudahan lengkap dalam universiti
Di UM macam-macam kemudahan ada, perpustakaan yang efisien dan selesa, bas dalam kampus, bas shuttle semasa peperiksaan, masjid untuk solat Jumaat, hospital, klinik pelajar, ATM, bank Islam, stadium, gelanggang serbaguna, outdoor gym, kolam renang, kayaking, tasik untuk beriadah, rumah pokok, kedai buku, gerai makan yang sangat murah (sebab subsidi kan hehe) satu meal tu takkan lebih dari RM 5 (time sis diet tak makan nasi dulu makan tengahari biasanya RM3.50 je, macam zaman sekolah menengah gitu), kedai runcit, kedai fotostat, sewa basikal, watercooler di merata-rata jadi setakat air kosong tu free je la. Boleh dikatakan kehidupan di kampus UM ni mudah la nak dapatkan macam-macam. Tak perlu keluar dari UM pun boleh hidup la orang kata (tapi tak mungkin tak tertarik dengan macam-macam benda best dekat luar tu hahaha).

#5 Politik kampus
Hahaha ha ha… Politik kampus di UM sebenarnya sangat menarik. Contoh masa kes pagar roboh tu, Nampak macam ramai yang datang sokong, tapi kebanyakan yang pergi tu nak tengok sendiri dan rasai suasana je. Pensyarah pun ramai pergi sebab setakat belajar teori dalam kelas kan tak menarik. Inilah peluang rasai pengalaman tu sendiri. Bercakap mengenai politik dalaman kampus, memang wujud persaingan dan ketegangan antara pihak Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Mestilah, nama pun pilihan raya kan. Kenalah perjuangkan ideologi masing-masing. Tapi takda masalah pun, kalau anda tak nak ambil peduli, tak perlu. Kalau anda minat, inilah tempat yang baik untuk mengasah bakat kepimpinan anda. Kebanyakan pelajar ambil port mengenai hal ehwal politik di UM ni. Sis sekadar melihat dari jauh. Beberapa kali jugalah diminta bertanding pilihanraya kampus tapi sis tolak sebab tak berminat. Maaf gais, hidup sis pun tak terurus lagikan pula nak memperjuangkan hidup semua pelajar hahaha.

#6 Kepelbagaian komposisi pelajar di UM
Seperti yang anda mungkin sedia maklum, di UM mahasiswa/i terdiri daripada pelbagai kaum. Bukan hanya dari Malaysia, pelajar antarabangsa pun ramai. Anda berpeluang memahami pelbagai bangsa dan bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar negara. Sedikit sebanyak ini akan membuka minda anda kepada dunia luar yang sememangnya terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Anda akan lebih fleksibel dan tidak kekok untuk bekerja dengan pelajar yang berlainan bangsa dengan anda. Di sini juga anda akan dapat rasai persaingan yang hebat jadi anda tidak akan hanya berada di dalam safe zone anda sendiri. Anda akan berusaha untuk berada seiring dengan mereka. Setakat ni sis dah kenal dan berinteraksi dengan ramai pelajar dari luar negara dan cara pemikiran mereka memang sangat matang. Secara tidak langsung, kita juga akan terbuka minda dengan pengetahuan global dan belajar dari mereka. Sis rapat dengan satu pelajar pertukaran dari Korea, Yoon Ju namanya. Time cuti sis bawak dia tidur rumah sis dan jalan-jalan Shah Alam. Best sangat!

#7 Yuran UM yang berpatutan
Okay, ada yang kata yuran di UM agak mahal jika dibandingkan dengan IPTA yang lain. Tapi pada sis sendiri takdalah mahal sangat. Lebih kurang RM1k untuk satu semester pengajian. RM1k lagi untuk yuran tinggal di kolej satu semester. Jadi setahun tu yuran pengajian lebih kurang RM2k dan yuran kolej setahun RM2k. Memang tak dinafikan ada IPTA yang jauh lebih rendah yurannya (sampai separuh dari kos di UM) tapi jika dilihatkan kemudahan yang ditawarkan, pada sis sangat berpatutan. Ini terpulanglah pada kemampuan kewangan masing-masing. Alhamdulillah, sis penerima biasiswa jadi taklah terbeban sangat belajar di UM.

#8 Ada peluang belajar di luar negara!
Yep. Hubungan baik antara UM dengan pelbagai universiti antarabangsa membolehkan pelbagai program pertukaran pelajar dan summer program ditawarkan kepada pelajar UM. Bukan itu je, 70% kos akan ditanggung oleh UM! Siap beri duit poket lagi. Wow kan? Haha. Kalau keputusan anda okay (3 pointer ke atas), anda boleh buat permohonan untuk exchange student program ke mana-mana universiti yang bekerjasama dengan UM. Kalau permohonan anda diterima, bolehlah anda merasa belajar di luar negara selama satu semester ataupun kalau summer program durasinya 2 minggu hingga sebulan semasa cuti semester. Tak susah pun untuk terpilih ke program ni. Ramai kawan-kawan sis akan pergi semester depan terutamanya ke Jepun dan Korea. Sis pun ada ditawarkan untuk belajar di universiti di Korea tapi sis tak berapa sanggup untuk belajar Bahasa Korea jadi sis tolak tawaran tu. Takpelah, bagi ruang kepada pelajar yang betul-betul berminat J It can be you if you join UM!

Jadi apa duk fikir-fikir lagi tu? Come and be part of this great university! We need talents like you to make this university even greater :D

P/s This is merely a rationale of why you should be choosing UM as the place to study. I am not comparing directly with any other universities. And of course, these are all solely from my point of view. For further information or more specific details, do check out UM’s official website.


:)

Thursday, August 11, 2016

Dilema memilih kursus dan universiti


Anda telah berjaya mendapat lebih daripada 1 tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda (bachelor’s degree) di IPTA pilihan anda. Tahniah! Dan takziah. Haha, sekarang anda dalam dilemma untuk membuat pilihan kan? Sudah semestinya, kalau tak anda takkan tersesat dekat blog sis ni kan? Masa sis dulu permohonan masuk Universiti Malaya (UM) masih diletakkan di bawah UPU jadi sis hanya ditawarkan satu tawaran sahaja. Tetapi memandangkan tawaran tu memang pilihan pertama sis, tak fikir dua kali lagi terus terima. Alhamdulillah.
Bermula dari tahun depannya, kemasukan UM diasingkan dari sistem UPU. Jadi kebanyakan pelajar dapat lebih dari 1 tawaran. Sis nak kongsi sikit apa yang anda perlu fikirkan sebelum membuat pilihan.

#1 Kursus yang ditawarkan
Ini yang paling utama. Pilih kursus yang anda minati walaupun ianya di universiti yang anda tak berapa minat. Ini bagi yang dapat tawaran kursus yang sangat berbeza. Contoh, perakaunan dan ekonomi. Macam sama tapi jauh berbeza. Pilih apa yang anda minat sebab itu yang akan terus memotivasikan anda untuk belajar. Tapi jika anda berada dalam salah satu dari keadaan ini:
i.                     Ditawarkan kursus yang sama tapi di universiti yang berlainan
ii.                   Tak pasti apa yang anda minat dan belum ada cita-cita
iii.                  Tak kisah belajar apa pun anda akan cuba yang terbaik
Teruskan membaca…

#2 Reputasi Universiti
Pilihlah universiti yang mempunyai reputasi yang baik. Jika anda ada saudara-mara, guru-guru atau kawan-kawan yang pernah belajar di universiti tersebut, tanyalah pandangan mereka. Buat sedikit research tentang latar belakang universiti tersebut contohnya kadar “employability” graduan dari universiti tersebut, senarai alumni atau paling mudah, ranking. Ye, cliché sangat kan. Dan ye, tak semestinya ranking lebih tinggi tu bermakna universiti tu lebih baik. Tapi kalau anda betul-betul tak tau nak buat pilihan, ranking tu mungkin dapat membantu.

#3 Kursus
Lihat struktur kursus. Apa benda yang akan anda belajar dalam kursus tersebut. Durasi kursus. Contoh perakaunan ada universiti 3.5 tahun ada yang 4 tahun. Lihat bila intership, bila anda akan tamat pengajian, ada final year project (FYP) atau tidak, Bahasa pengantar kuliah (UKM kebanyakan kursus diajar dalam Bahasa Melayu.), durasi praktikal, subjek core dan elektif, boleh ambik elektif luar fakulti atau tidak, subjek-subjek wajib universiti dan sebagainya. Contoh, di UM tak perlu ambil foreign language, di UMS wajib ambil Bahasa asing. Ini mungkin akan mempengaruhi pilihan anda. Walaupun ranking sesebuah universiti tu tinggi, tak semua kursus di uni tersebut bagus. Setiap universiti ada kelebihan atau kursus pilihan pelajar. Akaun misalnya, UiTM dan UM adalah antara universiti pilihan pelajar.

#4 Lokasi
Ambil kira lokasi universiti. Bandar atau luar bandar? Dekat atau jauh dari rumah anda? Sesetengah pelajar suka belajar jauh dari rumah tapi sis sendiri lebih suka belajar di kawasan berdekatan. Bukan sebab homesick ke apa tapi nak travel lebih senang, kalau tak dapat duduk di kolej masih boleh ulang-alik dari rumah dan apa-apa kecemasan ada keluarga berdekatan untuk bantu kita dan untuk kita bantu mereka. Tapi orang kata jauh perjalanan luas permandangan kan? Faktor lokasi ni juga penting dari segi akses kepada kemudahan seperti kenderaan awam, rumah sewa, kedai-kedai (gerai makan, kedai buku, kedai repair phone/laptop), hiburan/tempat lepak (ni penting, serius) dsb. Ini jugalah yang akan menentukan kos sara diri anda sepanjang pengajian nanti.

#5 Kemudahan dalam universiti
Kemudahan yang banyak dan berkualiti akan memberikan anda pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Antaranya perpustakaan yang resourceful, tempat riadah (padang, kolam renang, gym, stadium dll) yang terurus, kedai buku, atm, bank, klinik pelajar, perkhidmatan bas, wi-fi dsb. Tengok juga keadaan fakulti anda menarik atau tak. Pilihlah universiti yang menawarkan banyak kemudahan sebab anda akan hidup di sana sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi tak salah kalau anda sedikit terperinci dalam memilih.

#6 Politik kampus
Sesetengah universiti sedikit extreme dan sesetengah universiti tidak. Tapi tak kiralah macam mana pun, jangan takut untuk masuk sesebuah universiti hanya kerana anda dengar berita-berita atau kontroversi politik di universiti tersebut. Kalau anda tak libatkan diri dalam politik sama ada di kampus atau luar kampus, tiada apa yang nak dirisaukan. Takda siapa akan kacau anda atau paksa anda sertai politik. Hahaha takmau komen lebih tapi ini faktor yang anda TAK patut fikirkan.

#7 Budaya pelajar
Persekitaran akan mempengaruhi anda. Dan kawan-kawan adalah pengaruh yang terbesar. Jadi sebelum pilih universiti tu, kaji pelajar di situ. Macam mana nak kaji? Selagi tak masuk belajar memang takkan dapat tahu kan? Well yes. Tapi anda boleh agak-agak dari segi kelayakan pelajar-pelajar di sesebuah universiti yang akan sedikit sebanyak reflect attitude mereka terhadap pelajaran. Sis bagi contoh, batchmates sis memang sangat kompetitif. Pensyarah bagi tugasan, jauh sebelum due date diorang dah siapkan, musim exam bertapa di perpustakaan sepanjang hari sampai malam, buat kerja sangat efisien tapi dalam masa yang sama mereka tak berat untuk membantu kawan-kawan lain. Okay mungkin bukanlah semua orang macam tu tapi secara amnya sis berada dalam persekitaran yang kompetitif. Anda perlu ambil kira faktor ini kerana sesetengah orang tak boleh belajar dalam situasi yang stress. Tapi sesetengah orang pula perlukan tekanan tu untuk memotivasikan diri supaya sama-sama usaha keras. Kita tengok orang lain belajar, kita pun terdorong untuk belajar. Tapi boleh jadi jugak kita dikelilingi oleh orang-orang yang excellent, kita rasa kita tak cukup bagus dan give up. Mana satukah anda?

#8 Faktor kewangan
Antara IPTA pun ada beza dari segi kos. Contohnya, sis ada tanya kawan-kawan yang belajar di UiTM, kos pengajian mereka lebih rendah dari di universiti sis. Tu belum bandingkan kos kolej kediaman dan kos sara hidup yang lain. Jika anda akan membiayai sendiri pengajian anda atau membuat pinjaman, mungkin boleh ambil kira faktor ini juga.

Ini adalah 8 tips utama dalam pemilihan kursus atau universiti (terutamanya di IPTA). Banyak lagi faktor yang membezakan sesebuah uni dari uni yang lain tapi perbezaan itu saya kira tidak begitu signifikan. But then again, it totally depends on your priority and preference.


Amacam sekarang? Dah boleh decide? If all else fails, just go with your gut instinct. Never underestimate your intuition ;)

Wednesday, August 10, 2016

Persediaan menghadapi Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya


Keputusan kemasukan ke IPTA untuk pengajian peringkat sarjana muda baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Tahniah sis ucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan tempat di universiti masing-masing dalam bidang pengajian pilihan anda. Sis scroll Twitter dan Facebook dua tiga hari ni, timeline dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat datang kepada bakal-bakal mahasiswa/i universiti. Ini mengingatkan sis masa sis baru ditawarkan untuk belajar di Universiti Malaya sesi 2014/2015. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga dah dekat UM ni.
Program pertama yang anda akan lalui (dan terpaksa lalui) ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang akan berlangsung selama seminggu kebiasaannya awal bulan September. Jadi, sis nak kongsi sikit tips dan apa yang anda boleh expect tentang MHS ni.

APA ITU MHS?

 1. MHS ialah minggu orientasi pelajar baru. Anda akan didedahkan dengan macam-macam info tentang UM:
i. Kolej kediaman masing-masing (pengurusan, kemudahan, peraturan dsb)
ii. Universiti (pentadbiran, kelab-kelab yang ada, aktiviti/program tahunan)
iii. Fakulti & kursus masing-masing (akan ada satu slot di mana anda akan dibawa ke fakulti dan penerangan akan diberikan oleh pihak fakulti berkenaan kursus anda)

2. Pendedahan kepada budaya UM. Anda akan diajarkan lagu UM, lagu kolej, lagu tema MHS, akan disuruh lawan cheers dan menari.

3. Bantu pelajar mendaftar. Anda akan dibantu step-by-step dalam mendaftarkan akaun siswamail anda yang akan membolehkan anda mengakses siswamail, myum, spectrum, ctes dan basically semua website UM.

4. Memperkenalkan anda dengan lokasi-lokasi penting di UM. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang MHS dan antara tujuan utamanya ialah untuk memperkenalkan anda dengan kawasan di dalam kampus UM yang boleh saya katakan agak besar. Kebanyakan aktiviti akan dilakukan di dalam Dewan Tunku Canselor (DTC). Jika anda tinggal di kolej-kolej yang agak jauh dari DTC, anda bertuah! Anda akan dibawa dengan bas untuk ke DTC. Mcm sis sendiri, duduk dekat kolej 4 dan kawasan sewaktu dengannya (kolej 3 & 7), jalan kaki lah ye. Takda sehari pun dapat naik bas ke mana-mana masa MHS. Antara tempat yang anda akan pergi, DTC, Padang Varsiti dan fakulti anda masing-masing.

5. Mencari bakat-bakat tersembunyi. Seniors akan perhatikan mahasiswa/i yang outstanding dan berbakat dalam sukan, kesenian dan sebagainya untuk dijadikan pelapis. Yang suara lantang dan kuat akan dipilih jadi booster untuk cheers dan biasanya booster ni akan jadi famous secara automatic haha.

6. Antara aktiviti utama semasa MHS ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), senamrobik, slot tetamu jemputan (selalunya selebriti alumni UM. Masa sis dulu Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Fakulti Ekonomi woot woot!), ceramah, penerangan, aktiviti sukan dan yang paling diberi penekanan, sorakan atau 'cheers' dan tarian. Kalau sorak tak bertenaga, menari tak sama, habislah balik kolej kena marah dengan PM.

TIPS PERSEDIAAN UNTUK SURVIVE MHS

1.       Ragging? Ya dan tidak. Terpulang macam mana anda tafsirkan istilah 'ragging' tu sendiri. Sila tidur puas-puas sebelum daftar. Macam mana teruja pun anda nak masuk UM, sehari sebelum daftar tu tolonglah tidur awal. Sebab seminggu tu anda akan tak cukup rehat dan sangat penat. Kalau yang tak biasa bersenam ke apa, boleh la biasa-biasakan diri sikit-sikit. Aktiviti sangat padat dari subuh sampai lewat malam. Tak dapatlah der nak tidur petang. Semua rushing dan perlu sampai on time kalau taknak kena denda. So in a way, physically exhausted and mentally pressured. Hmmm, ragging ke? You decide. Tapi takdalah suruh jadi kuli senior, cuci tandas ke apa semua tu. Jangan risau. Cuma kalau anda sakit, mungkin anda akan dimarahi (kalau setakat pening-pening and minor sickness) tapi lepas tu anda akan tetap dibawa ke klinik jangan risau tahan telinga je hahaha. Well, understandable jugak la sebab kalau tak, semua pura-pura sakit taknak buat aktiviti.

2.       Bawa fabric freshener. Disebabkan masa yang sangat suntuk dan jadual yang padat, masa mandi anda kena berebut. Kadang-kadang bila sis dah rasa rimas tahap dewa, sis skip waktu makan dan terus pergi mandi sebab kalau tak, memang tak sempat mandi. Hanya 2 helai baju yang akan disediakan, 1 tshirt round-neck dan 1 lagi tshirt berkolar. Jadi bayangkanlah bila masanya nak basuh? Haha. Jadi semburlah fabric freshener ke, perfume ke apa ke supaya takdalah bau pelik-pelik.

3.       Warna tudung? Okay, setiap tahun baju kolej akan tukar design and sometimes warna pun tukar. Jadi macam mana nak matching tudung? Haaa. Tips dari sis, bawaklah baju inner apa-apa warna sekalipun dan padankanlah dengan warna tudung yang berkenaan. Jadi tak kiralah baju kolej anda warna apa sekalipun, tudung dan inner akan tetap match dan tak nampak janggal sangat. Lagipun, memandangkan tshirt kolej limited, bila pakai inner, tshirt tu takdalah berpeluh atau kotor sangat. So tukar inner je hari-hari baju maintain bersih.

4.       Labelkan barangan anda. Anda akan diberikan satu set barang-barang dari UM. Masa sis dulu ada payung, botol air, topi, beg galas dan kipas tangan. Semua pelajar diwajibkan bawa semua barangan ni ke mana-mana saja. Memang bermasalah bila semua orang ada barang yang sama, bila letak satu tempat dah confuse. Jadi labelkanlah barang anda as soon as anda dapat sebab bimbang tertukar barang atau lebih teruk lagi, barang anda di-claim oleh orang lain yang sebenarnya dah terhilangkan barang dia. Careful okay. Time solat especially beg memang pening. Gigihlah nak bukak satu-satu tengok isi dalam.

5.       Jangan tidur di dalam DTC. Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang (selalu) ya rabbi mengantuknya duduk dalam air-cond dekat DTC tu dengar some monotonous talks but trust me, jangan tidur. Cameraman akan aim je dekat pelajar yang tidur dan wajah anda yang sedang sedap tidur tu akan dipaparkan di skrin besar untuk tontonan seluruh dewan. Hahaha kalau nak populariti setengah minit boleh la cuba. Dan jangan main phone jugak. Awas, anda diperhatikan.

6.       Tonjolkan diri anda. Ambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dibuat. Pelajar-pelajar yang menyerlah di MHS mudah untuk dapat tempat dalam projek-projek kolej. Tapi kalau anda good-looking secara automatic anda akan terkenal dan dapat pelbagai peluang. Tak payah terkejutlah, that’s life kan?

7.       Pemudahcara mahasiswa, apa tu? Okay mereka ni dipanggil PM. Ada 2 jenis PM, PM kolej dan PM sentral. PM sentral anda akan jumpa mereka di dalam DTC dan di aktiviti selain dari kolej. PM kolej ni pulak akan uruskan anda di kolej, akan jadi fasilitator untuk kumpulan2 pecahan di kolej. Mereka ni sangat membantu tapi kalau terlebih membantu tu faham-fahamlah apa tujuannya hahaha. Kalau ada masalah boleh rujuk diorang. Selain dari PM sel (anda akan dibahagikan ikut sel so satu kolej tu ada dalam beberapa sel), ada jugak PM yang in-charge of unit disiplin, kebajikan and macam-macam unit lagi. Tapi yang unit disiplin ni memang akan extra garang. Layankan je. Just a little heads up, they are not who they claim to be so janganlah percaya sangat. I’m not gonna spoil the fun so you guys go and experience it yea ;)

8. Tips terakhir, silalah ikuti laman-laman media sosial rasmi untuk batch anda. Ada Twitter official MHS tapi yang paling penting, ikuti laman rasmi Facebook untuk MHS, UM, kolej kediaman, fakulti, Malaysia Universities Bridging Platform, Info Freshies, Luahan UM :p and discover la macam-macam laman lagi ada. Yes I know, Facebook?! Mana ada orang pakai lagi kan. Ancient stuff. Tapi inilah yang berlaku dkt sis, disebabkan sis tak pakai Fb dah lama dah, I missed out on a lot of information. Jadi bersihkan sawang-sawang dekat Fb anda dan mesti, I repeat, MESTI aktif semula. Event, info, nak tanya soalan apa semua, platform utama komuniti UM ialah melalui Fb. Special untuk bakal freshies fakulti ekonomi, ikuti laman Fb rasmi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang akan datang.

Okay setakat ni, itu je lah sedikit expectation setting dan tips yang sis dapat kongsikan. Mungkin anda ada tips-tips lain yang nak dikongsikan? Atau ada sebarang soalan? Bolehlah komen di bawah ye. Good luck untuk MHS. Welcome to the community! #UMisOne J

P/s everything that I’ve shared is based on my own personal experience which was from MHS 2014. Some changes might have been made throughout the years. And all the opinions given are from my very limited point of view. You can choose to acknowledge it or ignore it. I’m just giving my two cents. After all, we only listen to what we want to hear right? ;)

Pp/s some links may only be relevant to a certain batch. So do check for the year on the page itself.

See ya in the next post! And maybe, see ya in campus!

Gambar dengan sel-mates.

Yeap, ni atas bumbung fakulti apa tah.

Suasana DTC semasa MHS. Korang akan merasa duduk tingkat atas dan bawah.