Sunday, August 21, 2016

Pakaian ke kuliah di Universiti Malaya



Semua universiti ada kod pakaian masing-masing. Tapi jika anda mahasiswa/i di Universiti Malaya, anda bertuah! Anda boleh pakai apa sahaja yang anda suka! Hahaha. P/s kebanyakan IPTA lain pun sama rasanya. Tapi ada juga sesetengah IPTA yang wajibkan pelajar memakai pakaian kebangsaan, pakaian formal dan sebagainya.
Entri kali ni sis akan kongsi idea untuk pakaian ke kuliah.

#1 T-shirt & jeans
Ni untuk hari yang anda malas nak fikir/gosok baju. Di UM tiada masalah untuk pakai jeans ke kelas. Ramai je student yang pakai macam ni. Sebabnya bila nak ke kelas tu especially masa tahun pertama, pelajar kena berjalan kaki. Dari kolej sis, jalan pintas untuk ke fakulti ialah melalui bukit yang agak curam so kira kena mendaki jugak lah. Jadi pakaian yang paling sesuai terutama bila kelas tengahari panas terik tu memang t-shirt dan jeans lah menjadi pilihan. Tapi sis sarankan untuk bawa sweater sebab masuk kuliah nanti sejuk macam duduk dalam peti ais 2 jam pulak tu haha.

Attended a festival after class in them comfy jeans and cardigan

Attire to exam hall on the last day of exam! 

#2 Baju kurung/jubah
Ramai kawan-kawan sis yang Melayu gemar berbaju kurung untuk ke kelas. Nampak sopan dan ayu kata mereka. Ini pakaian yang paling selamatlah. Tapi sebab sis ni memang takda maknanya nak ayu-ayu pegi kelas, sis hanya pakai baju kurung bila ada pembentangan sahaja. Hahaha. Ada sesetengah pensyarah yang tak kisah anda nak buat pembentangan pakai t-shirt pun boleh je tapi sis sarankan untuk pakai smart casual untuk presentation. Nampak la segak sikit.

Gambar first year semangat lagi pakai baju kurung siap pakai kad pelajar lagi hahaha.

Presentation day

#3 Blouse & skirt
Ini lagi lah ayu ya rabbi. Sis sendiri hanya berpakaian begini bila ada photoshoot atau pembentangan sahaja. Takda laranya nak panjat bukit dengan kain bagai. Tapi ini juga salah satu pakaian yang dibenarkan untuk dipakai ke kuliah. Kalau anda jenis suka bergaya, anda boleh juga pakai blouse dan tuck-in di dalam skirt labuh.
Photoshoot attire

Again, only wore this because of photoshoot

#4 Blouse & long pants (slacks/non-jeans)
This is my go-to outfit to class. Buttoned up blouse/kemeja kasual dipadankan dengan seluar panjang. Selesa, separa formal dan nampak professional. Nampak macam terpelajar la konon-konon. Walaupun sebenarnya tak. Hahaha. Mudah nak bergerak, nak solat, nak makan. Sebab anda akan luangkan masa di fakulti tu lebih kurang separa hari, dari pagi hinggalah habis semua kelas di waktu petang. Nasihat sis, jangan gadaikan keselesaan untuk kecantikan. Yang penting kemas and presentable.
Balik kelas roommate ajak beriadah. Gua dengan dressy top bagai.
Setiap isnin pakai biru. Monday blues kan.

#5 Pakaian sukan
Boleh, takda masalah. Silakan. Nak pakai jersey dengan sweatpants ke, top-to-toe Adidas ke, tights ke, tracksuit ke, semua boleh. Tapi syarat-syaratnya nanti sis kongsi di bawah.

#6 Dress/Onesie
Asalkan menepati kriteria di bawah, boleh pakai, takda hal. Takda siapa marah. Pakai baju tidur pun boleh baq hang. Settle.

Etika pakaian
Okay, takda kod pakaian yang tertentu tapi semestinya ada etika pakaian. Dan pakaian yang dilarang.

#1 Pakaian tidak terlalu ketat
Nak pakai tights tu kalau badan anda sekeping boleh je, orang tak perasan sangat. Tapi kalau nampak seksi nauu tu faham-fahamlah. Kalau nak pakai skirt tu biarlah yang flowy. Nak ketat-ketat buat apa, nak jalan pun susah. Ni universiti bukan runway.

#2 No sleeveless
Jadi kalau nak pakai pakaian sukan atau dress tu boleh Cuma tak boleh yang tak berlengan. Kalau nak sangat, pakailah cardigan di luarnya.

#3 Pakaian tidak singkat
Kalau pakai skirt tak boleh di atas peha. Baju pun tak boleh la Nampak pusat ke apa ke. Tak dinafikan ada je yang pakai, takda siapa tegur pun tapi bulat la bijik mata orang menengoknya. Kalau tak kisah takpalah. Tapi ada jugak pensyarah yang tegas akan tegur terus. Jadi lebih baik janganlah. Seluar pendek pun no-no.

Simple je etika pakaian di UM ni. Pakailah apa pun asalkan sopan. Have fun pilih-pilih outfit. Tapi percayalah, awal-awal je semangat nak bergaya, dah lama-lama sarung je apa saja yang ada hahaha. Beralih kepada kasut pulak. Antara kasut-kasut yang selalunya pelajar pakai; sandals, kasut sukan, kasut hitam tumit (photoshoot), kasut kulit (pembentangan), kasut tinggi (ada je yang gigih) dan slippers. Ye selipar jepun pun boleh. Pakailah. Tapi masa pembentangan kalau boleh janganlah. Kadang-kadang markah pakaian pun diambil kira jugak jadi pakailah kasut bertutup kalau nak present tu. Cumanya di UM ni kalau pakai selipar, tak boleh masuk perpustakaan. Sama jugak dengan rambut, di UM ramai je yang rambut warna-warni (hijau merah ungu semua) tapi kalau nak masuk perpustakaan silalah pakai topi sebab jika tidak anda takkan dibenarkan masuk.


Sis sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab di UM peraturannya tidaklah begitu ketat. Pelajar diberikan kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan. Pilihan itulah yang menentukan anda bijak atau tidak. Harapan sis agar pelajar tak ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan dan gunakan platform ini untuk mencorakkan personaliti anda. Adakah anda nak dikenali sebagai pelajar yang serabai? Your choice.

:)

60 comments:

  1. Hey sis, I know this is a weird question but.. Is it wajib wearing hijab for Muslimah? Um, can I freehair? But please, don't judge me as a bad girl. Sorry and hope you can answer it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, for UM it is not compulsory to wear hijab. Most IPTAs does not make it compulsory. From what I know, for Kolej Politeknik and universiti Islam (UIA, USIM etc), muslimah students have to wear hijab. Other than those, it's pretty liberal, you're free to dress or wear as you like as long as it is appropriate :) Who am I to judge anyone right? ;) no worries.

      Delete
  2. Hai... Ni utk lelaki sekali ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, untuk lelaki pun sama jugak. Kalau di UM tak diwajibkan untuk berkemeja, jadi boleh je pakai tshirt (berkolar atau tidak) dengan seluar panjang (tak kisah la seluar slacks, jeans, sweatpants atau seluar sukan sekalipun). Tapi kalau di UiTM rasanya hari Isnin diwajibkan lelaki berkemeja. Dan ini tertakluk jugak kepada kursus apa yg anda ambil. Kalau kursus law, ada etika pakaian yg lebih spesifik seperti kemeja putih dgn slacks hitam dsb :)

      Delete
    2. Sis nak tanya, blazer, kemeja putih semua tu perlu ke?

      Delete
  3. Hi...maaf kalau soalan saya kurang appropriate. Mcm mana dgn peraturan rambut lelaki ye? Specifically utk yg bakal masuk peringkat postgraduate bidang senibina. Boleh ke kalau bersanggul supaya nmpk kemas ye? Lagipun mmg saya dh biasa bersanggul so nk tahu mcm mane kalau saya bawa pembawaan ni ke UM :) Macam mana pula kalau nk masuk exam dan sebagainya ya? Maaf lagi skali kalau soalan saya agak ntah apa-apa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tiada soalan yang tak appropriate, especially coming from a future postgrad student ;) Untuk peraturan rambut lelaki, saya tak berapa pasti secara specific. Tapi menurut pemerhatian saya di UM, pelajar lelaki ramai je berambut panjang paras bahu especially pelajar kebudayaan. Tak jadi masalah, asalkan diikat dgn kemas. Yang saya tahu, kalau nak masuk library, rambut tak boleh warna pelik2 (ungu, hijau), kalau nak selamat pakai topi. Dalam dewan exam pun sama la jugak. Tak boleh bertopi, tapi ikat sanggul kemas tak jadi masalah. Congrats and welcome to UM :)

      Delete
    2. hehe thank you! XD Ohh so macam tu laa ye hmm. Tapi saya risau jadi isu sebab rambut saya bukan paras bahu je tapi lebih dari tu so sanggul saya cam besar skit dari sanggul yg messy-bun biasa tu huhu :P
      Thank you again BTW XD

      Delete
  4. Assalamualaikum and hi 😊 nak tanya , etika pakaian ni only applies for degree students je ke ? Kalau pelajar asasi um ni boleh pakai seluar ke kelas jugak ke ? Thank you 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, hi dear :) yes, this applies to degree students in UM. Utk student PASUM, wajib berbaju kurung ke kelas, jubah pun boleh and kasut bertutup. Congratulations and welcome to UM!

      Delete
  5. Assalamualaikum and hi 😊 nak tanya , etika pakaian ni only applies for degree students je ke ? Kalau pelajar asasi um ni boleh pakai seluar ke kelas jugak ke ? Thank you 😉

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya boleh ke kalau pakai oversized hoodie n sweatshirt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, boleh :) untuk hari2 biasa pergi kelas boleh tak jadi masalah.

      Delete
  7. Salam sis,kalau 1st day daftar for degree outfit apa yg sis sarankan?

    ReplyDelete
  8. Salam sis,kalau 1st day daftar for degree outfit apa yg sis sarankan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. 1st day byk pergerakan akan berlaku. Byk barang2 dan beg yg awak akan angkat. Kereta tak boleh sampai depan kolej jd mmg kena angkut kalau mcm kolej sis naik bukit tinggi sblm sampai. Jadi sis sarankan tak perlu pakai baju kurung. Time sis dulu just pakai informal blouse dgn seluar je. Selesa nak bergerak banyak. Cuma kasut tu pakai la yg bertutup, jgn berselipar pulak :) selamat berMHS!

      Delete
  9. nice blog huhu.akan daftar 3/9 ni hehe doakan smoga smuanya brjalan lancar.keep blogging sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. Congratulations and good luck!

      Delete
  10. Info akk sangat brguna. Klau x sblum ni trtanya tanya tntang isu ni. Thank youuu😊

    ReplyDelete
  11. Hi sis nak tanya pasal peraturan keluar masuk student UM macam mana pula ye ? hehe saja nak tahu sebab dulu sy matriks memang takleh kuar 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, UM ada banyak gate dan setiap gate akan ditutup pada waktu yang berbeza. Tapi, gate KL iaitu gate utama tidak ditutup. Jadi pelajar bebas untuk keluar masuk pukul berapa pun yang anda nak. Haha bunyi macam menarik kan. Tapi kadang2 untuk kereta mungkin akan ada security check utk pelekat kereta UM. But generally, no restrictions on going in or out of the uni, anytime, any day. Jangan salah guna tauuu, niat ke uni untuk belajar kay 😉

      Delete
    2. Thank youu sis for the info . InShaaAllah tak salah guna bila niat nak belajar tu diutamakan 😊 Sebab fikir kalau nak balik rumah senang bebila je boleh balik kan hehehe 😄

      Delete
  12. Hi. Kalau first day(hari pendaftaran) untuk lelaki kena pakai apa ? Kasut kena pakai kasut kulit ke ?

    Saya dpt kolej 12 . kolej tu mcm mana ? okay tak ?
    electric kettle boleh bawak ke ?

    thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai pakaian biasa je. Mungkin t-shirt berkolar dgn seluar biasa. Sbb anda akan diberikan tshirt kolej dan akan disuruh pakai kasut sukan sepanjang MHS. Kolej 12 kolej paling baru, sangat okay. Ada lif, satu bilik 2 orang. Selesa. Peralatan elektrik mmg tak dibenarkan dibawa. Tp pandai2 la haha.

      Delete
  13. Kalau untuk degree selalunya kelas start pukul brp ? pkl 8 mcm matriks ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depending on your course, for my course, we have to arrange our schedule ourself. So it depends on the classes that you pick. But from my experience, the earliest class is at 8am and the latest class can finish up to 9pm. Its never fixed, everyday its different. Macam matriks setiap hari mula pukul 8 habis pukul 5 ptg. Tp for degree, mungkin isnin you tiada kelas, selasa 1-3pm, rabu 8-10pagi. Your seniors or faculty staff will explain and help you for your first sem. Dont worry ;)

      Delete
  14. btol ke klau bawa laptop dan charger phone kena bayar cas ?
    Brp cas yg dikenakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laptop dan printer kena bayar. Murah je, 15 for each kalau tak silap. Charger phone takde bayaran dikenakan. Peralatan elektrik lain tak boleh bawa.

      Delete
  15. Nak tanya...postgraduate punya students 1st time daftar pakai apa boleh...bahasa pengantar kuliah in BM or BI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang postgraduate, saya tak berapa pasti. Tapi kalau di UM ni pakaian tak strict, asalkan sopan should be okay. Saya tak tahu lah pulak kalau ada spesifik pakaian yang kena pakai. Tentang bahasa pengantar kuliah, it is in English unless cik ambil kursus di Akademi Pengajian Melayu atau Akademi Pengajian Islam etc. That's how it is for undergrads so I believe it should be similar :)

      Delete
  16. salam, nak tanya mcmna etika pemakaian pelajar lelaki pasum ke kuliah? dan adakah dibenarkan pakai seluar slack warna lain selain hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Pasum saya tak berapa tahu sbb diorang ni duduk kolej tersendiri kan jadi tak pernah2 dapat jumpa or borak. tapi menurut pemerhatian saya, diorang pakai kemeja dan seluar slack hitam untuk ke kelas. Mungkin kalau slack tu warna2 gelap boleh diterima la kut sbb tak perasan sangat kan tapi kalau warna terang tu better elaklah. Just follow the standard formal attire for men to be on the safe side.

      Delete
  17. salam, nak tanya mcmna etika pemakaian pelajar lelaki pasum ke kuliah? dan adakah dibenarkan pakai seluar slack warna lain selain hitam?

    ReplyDelete
  18. Assalam,kak. First day daftar tuk asasi kena pakai baju kurung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, I'm not too sure about asasi but tengok diorang memanjang je pakai baju kurung so I guess so. Haha

      Delete
  19. hi kak , i nak tanya kalau untuk asasi kan kalau rambut berwarna pulak mcm mne ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, I honestly don't know much about asasi. But from what I heard, they are quite strict about attire and all that. So maybe they will have a set of rules including hair colour. Tapi kalau untuk undergrad di UM generally warna terang tak dibenarkan (contoh hijau atau pink) tapi kalau warna2 biasa boleh je.

      Delete
  20. akak, bagi nama ig atau fb please ! Cari tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, ada link dkt side bar actually, belah kanan page ni. Haha. Ig: Mora Fazira FB: Mora Faz

      Delete
  21. akak, bagi nama ig atau fb please ! Cari tak jumpa.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Hai sis...nak tanye boleh ke pakai baju lengan pendek bagi lelaki dan perlu ke bawa baju kemeja formal dgn tali leher sekali....kalau kene buat presentation kene pakai baju ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yes boleh je. No problem. Biasanya orang pakai t-shirt je pergi kelas, yang tak berkolar pun boleh. Yes perlu bawa kemeja formal dan tie. Presentation depends, sesetengah lecturer pantang kalau students pakai tak formal tapi ada lecturer yang tak kisah. So pandai2 la judge sendiri your lecturer punya style. But to be safe, just dress appropriately la. Paling kurang pun baju polo berkolar plain and seluar non-jeans berwarna gelap.

      Delete
  24. kat UM kena ada pakai baju kurung putih ke ? sebab tengok uni lain kena pakai untuk 1 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, takda. Sis sangat jarang pakai baju kurung, kalau pakai tu kawan2 perli mimpi apa pakai baju kurung ni haha. Cuma untuk student law maybe ada rule yang kena pakai kemeja putih dan seluar hitam untuk hari2 tertentu. Yang lain no such rules.

      Delete
  25. Salam! hi sis. nak tanya, boleh pakai niqab ke dekat UM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, hi! Boleh, ramai je yang berniqab. Cuma masa exam mungkin kena buka sebab nak identify student kan. tapi biasanya pengawas peperiksaan akan beri pelajar-pelajar berniqab ni untuk jawab exam dibahagian belakang dewan sbb kena buka niqab kan.

      Delete
  26. Hi sis, Assalam.. saya nak tanya kalau lelaki rambut tu berwarna but like a natural colour (brown) diperbolehkan ke? atau kena hitamkan? And the second thing is kalau time nak makan tu memang setiap masa kena beli ke? ataupun memang dah disediakan tempat masak untuk student? hahaha sorry la sebab saya ni jenis paranoid sikit 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi waalaikumsalam. UM is seriously not strict on dress codes. So don't worry. Hair color yg pelik2 je biasanya akan ditegur (green, purple etc), if brown, light gray, even reddish should be okay. Takde tempat masak, pantry di kolej ada sediakan air panas sahaja, tiada dapur. Hari2 kena beli ye. Haha tapi banyak gerai makan murah2, don't worry. Good luck!

      Delete
  27. Assalamualaikum saya pelajar Pasum baru nak masuk nanti bulan 8...kalau nak pergi utk perempuan xperlu pakai baju kurung ker..maksud saya boleh ke pakai blouse or kemeja???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, untuk Pasum saya tak pasti sorry! Nampak diorang macam sentiasa pakai baju kurung :D Pakai je lah kut to be safe.

      Delete
  28. Akak dress code untuk pelajar lelaki degree masih bole ke tshirt non collar and seluar jeans? Bole ke pakai hoodie or sweatshirt tapi digalakkan ke? sebab saya rasa kita kena jalan jauh nnti tkut berpeluh plak hahahaha. tpi dlm dewan sya rse sesuai plak en kalau pakai hoodie hmmm. Rambut sye kalau biru pekat boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aiman, time akak dulu boleh je. Tshirt kolar bulat, jeans, hoodie, sweatshirt semua boleh. Kalau jalan kaki memang panas la. Kalau takut sejuk dalam kuliah boleh je bawak jacket. Biru pekat okay kut haha. -Mora

      Delete
  29. akak, untuk pasum, mmg wajib stay KUAZ ke? tk boleh tukar KK ke? how about roommate? can i choose who i want?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, saya tak sure la untuk PASUM ni sebab saya tak pernah ambil. Kalau degree, roommate boleh pilih kalau datang register sama2. Tak boleh cop bilik without orangnya hadir. -Mora

      Delete
  30. Hi , boleh pakai dress pendek tapi 1 inch atas lutut?

    ReplyDelete