Sunday, August 14, 2016

Persiapan barang untuk tinggal di kolej kediaman


Salam Ahad! Tahniah kerana dah berjaya buat pilihan untuk belajar di universiti yang anda sukai. Di mana-mana IPTA, pelajar tahun pertama atau kita panggil “freshies” akan diberikan penginapan di dalam kolej kediaman. Dalam entri kali ini sis akan kongsi barang apa yang perlu, tak perlu dan tak boleh dibawa di kolej. Secara spesifiknya sis akan kongsi berdasarkan konteks kolej sis sendiri pada tahun pertama dan kedua iaitu Kolej Kediaman Keempat (Bestari), Universiti Malaya.

Kita mulakan dengan barang yang tak perlu dibawa walaupun anda rasa macam perlu.

1.       Alat pemanas air (water heater)- Macam mana nak buat kopi malam-malam?! Tak payah la susah-susah bawa water heater bagai, ada air panas disediakan hampir di setiap aras di kolej Bestari tu. Air sejuk ada air panas pun ada. Lagipun barang ni barang larangan jadi buat leceh je nak sorok apa semua bila ada spot check.
2.       Alat seterika baju (iron)- Macam water heater juga, seterika disediakan di setiap blok di setiap aras. Tak berebut pun guna. Kalau risau beratur (jarang sekali), gosoklah baju malam sebelum kelas tu. Ini pun barang larangan jadi faham-fahamlah. Mungkin anda tidak akan tertangkap sebab bawa barang larangan tapi kalau alat anda tu menggunakan voltan yang sedikit tinggi, seluruh blok akan trip dan blackout. Haha dari selamat terus kantoi. Hati-hatilah.
3.       Alat memasak nasi (rice cooker)- Juga barang larangan. Selalunya pelajar nak bawak rice cooker ni sebab nak masak nasi, panaskan lauk, masak lauk, masak maggi kan? Hmmm, gigihnya anda nak memasak bagai. Kalau bulan puasa faham lah memang susah sebab makanan sahur tu kalau tak dipanaskan mudah basi dan tak berselera nak makan kan? Tapi untuk hari biasa tu rasanya tak perlu kut. Banyak gerai makan dalam kolej, kolej sebelah, dekat fakulti, dekat UM sentral (bus stop), dekat perpustakaan, delivery semua masakan sedap-sedap dan murah. Beli je lah dik oi. Bulan puasa pun banyak peniaga buat delivery sahur ke kolej. Tapi ikut suka anda lah.
4.       Mop, penyapu, penyodok- Ni semua disediakan di setiap aras. Tak payah lah susah-susah memberatkan beg. Cuma hari pertama tu boleh la bawa sebab tak cukup bila semua nak guna.
5.       Rak kasut- Limit kasut yang boleh berada di luar bilik hanya 6 pasang (maksudnya 2 pasang seorang sebab sebilik 3 orang). Jadi kalau bawa rak confirmlah lebih dari 6 pasang kan. Lagipun, macam sis cuma letak selipar tandas je di luar bilik, kasut lain semua di dalam bilik. Banyak kes hilang kasut jadi lebih baik letak di dalam.
6.       Lain-lain barang/perabot yang telah disediakan di dalam bilik- sis senaraikan benda yang dah pun ada di setiap bilik untuk setiap pelajar jadi tak perlulah bawa:
-          Katil dan tilam (nipis je la tilamnya)
-          Meja dan kerusi belajar (meja ada laci so bolehlah sumbat buku)
-          Almari baju bertutup (boleh la bawak mangga untuk kunci locker sehingga anda dah betul-betul percayakan roommates anda).
-          Rak serbaguna di dalam bilik (sis letak kasut, stok makanan, pinggan cawan semua).
-          Lampu meja untuk belajar (kalau tak berfungsi boleh report dekat kolej untuk baiki/ganti).
-          Papan notis untuk setiap pelajar (untuk tampal jadual, nak hias apa-apa ke).
-          Langsir.

Senarai semak barang (tidak termasuk pakaian) yang perlu dibawa:

1.       Bantal- Sis dengan confident ingat ada disediakan bantal, rupanya takda. Terpaksa beli dekat kedai runcit di kolej bantal keras gila maigod.
2.       Cadar & sarung bantal- Katil tu saiz super single/single.
3.       Selimut- Nipis cukuplah, panas.
4.       Peralatan basuh baju seperti baldi, sabun cuci baju, clip, penyangkut baju. Tapi disebabkan sis cukup risau baju kena curi (banyak kes), sis basuh baju guna washing machine dan terus keringkan guna dryer (ye, di kolej bestari ada dryer!). Sekali basuh RM2.50, dryer RM2.50. Jadi seminggu kos laundry sis RM5.00. Washing machine boleh pakai duit kertas (takda baki) tapi dryer kena pakai syiling. Dekat kolej keempat ni jugak ada perkhidmatan dobi. Hantar je dekat brader tu, lepas sehari dua siap dah boleh ambil.
5.       Peralatan mandi- Letaklah dalam bakul berlubang (dekat Daiso banyak) untuk memudahkan nak bawa masa mandi.
6.       Laptop & printer- Laptop senang cerita memang perlulah. Buat kerja, bukak email, nota-nota dari pensyarah semua melalui online. Dekat 4th takda kedai print/fotostat. Paling dekat pun di kolej sebelah, 7th. Nak senang bawaklah printer yang sekali dengan scanner sebab kadang-kadang tengah-tengah malam tu la kita perlu sangat nak print. Tapi boleh cuba la usha-usha perkhidmatan printing yang student buat. Sis dulu ada senior bilik bertentangan buat khidmat cetak. Cetak sekali dengan delivery pun ada. Kelassss gitu.
7.       Extension plug.
8.       Alas kaki/karpet/tikar- bersih sikit lah untuk meniarap buat kerja, solat atau makan berjemaah dengan roommates atas lantai.
9.       Baldi dan cebok- tempat mandi guna shower tapi baldi ni gunanya bila takda air. Untuk simpan air atau angkut air. Dulu ada la 3 hari berturut takda air di kolej. Fuyooo, gigih angkut air (baldi sis pulak kecik haih maklumlah basuh baju tak guna baldi hahaha).
10.   Laundry bag- bekas letak baju kotor.
11.   Meja lipat- kalau anda jenis suka belajar bersila di atas lantai bolehlah bawa.
12.   Peralatan makan- pinggan, sudu garfu, mangkuk, bekas makanan bertutup, cawan, botol air (bawa yang 5/10 liter sebab ada mesin beli air kosong murah RM0.10 seliter)
13.   Book holder- penyendal buku ke, box holder ke ikut suka la.
14.   CERMIN!- untuk cermin diri tu sikit :p ni masalah. Memang ada cermin besar di setiap aras dan di tandas tapi kita mesti nak bersolek dalam bilik kan? Bawaklah cermin, kalau boleh besarlah sikit. Satu cermin sebilik pun jadilah. Bilik sis dulu cermin kecik je ya rabbi berebut 3 orang guna. Hujung sem cermin jatuh pecah hahaha. Masa first year 2 cermin pecah XD
15.   Kain lap- untuk lap lepas makan ke, tumpah air ke dan yang penting untuk lap kipas. Kalau rasa macam kipas tak sejuk tu maknanya dah tiba masa bersihkan kipas.
16.   Tong sampah- Ada banyak tong sampah besar di luar bilik. Sis buang sampah kering je dalam bilik supaya tak bersemut atau menarik binatang yang tak diingini. Makanan buang di luar.
17.   Lain-lain- ni basic la. Pakaian, pakaian solat, sejadah, tuala, kasut, buku, beg, alat solek fikir sendiri la apa yang perlu.

Okay sis harap anda dapat gambaran jelas macam mana keadaan penginapan di kolej terutamanya Kolej Kediaman Bestari Universiti Malaya dan tahu apa yang perlu dan tak perlu dibawa. Harap info yang diberikan berguna untuk anda. Sis tak pernah tinggal di asrama sebelum ni jadi mungkin kepada yang juga akan pertama kali tinggal di kolej, bolehlah rujuk panduan ni.


P/s kemudahan yang dinyatakan adalah relevan setakat ini (2016). Sebarang penambahbaikan, penambahan atau pengurangan kemudahan tidak dapat dipastikan sebab sis dah dibuang dari kolej hahaha.

Ni sis kongsi gambar sikit.
Gambar first day mendaftar.

Ni lah rupa biliknya. Old school sangat dengan tile kotak kecil tu.

Papan notis gigih hias.

Ambil gambar kenangan first year innocent je lagi hehh.

37 comments:

  1. Replies
    1. Locker depends. Satu pintu je. Ada sesetengah floor yang locker kecil. Ada 2 ruangan sahaja dan sempit. Untuk baju bergantung dan baju berlipat. Ada floor yang locker besar; ada 3 ruangan dan lebih lebar. Kena panjat kerusi la baru boleh capai tingkat atasnya tu haha :D

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh. Cuma tak sure ada bayaran extra rasanya sbb guna elektrik kan. Tp murah je kalau ada fee pun.

      Delete
  3. Memang satu bilik tiga orang ke? Bukan dua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolej sis, kk4 dan kebanyakan kolej kediaman yg lain sebilik 3 orang. Tapi macam kolej 12, 2 orang sebilik.

      Delete
  4. Memang satu bilik tiga orang ke? Bukan dua?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis. i'm your soon to be economics junior and sangat lah nervous! Fron your experience, how was staying at kk7 like? Could you give me any tips about how much clothes to bring or cleaning supplies or the condition of the college?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear. Oh congratulations! Its normal to be nervous. But there's nothing to be afraid of okay :) kk7 rooms is said to be the ugliest πŸ˜‚ Its small and very old. But its a good college for food! Nasi kukus especially! There's a washing machine but it is shared with both male and female. There's a dryer too if im not mistaken. But the machines are always full so yea you have to know when is the best time to do your laundry. Kk7 is one of the few colleges yang tak berbukit so kurang penat la compared to kk4 and kk3. Its a college that hosts OKUs. There's a commonplace to do study groups and meeting. Clothes up to you la, i live near so i didnt bring a lot. Reach me in ig if you want more details ya ;) good luck!

      Delete
    2. Thank you! I followed you on ig because I'm curious about other things tehehe

      Delete
  6. Assalamualaikum kak, kk5 ada lif tak? Dan,first day daftar tuk asasi kena pakai baju kurung ke atau boleh pakai baju biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. KK5 tiada. Hanya KK7 dan KK12 sahaja yang ada lif sbb KK7 untuk OKU dan KK12 bangunannya sangat tinggi. First day daftar untuk asasi saya tak pasti. Sbb yang penting ialah apa aktiviti selepas pendaftaran tu. Kalau lepas pendaftaran aktivitinya ilmiah, then sesuailah pakai baju kurung tapi kalau aktivitinya fizikal atau perlu bergerak then better pakai baju biasa kan. But officially, I don't know what is the norm for asasi.

      Delete
  7. Thank you sis.. Byk mmbantu 😎..lama sangat duduk rumah nk tnggu degree. So, byk bnd lupa. Haihh.. 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem dear! So nice to have my reader finding this useful! :)

      Delete
  8. Hi, mora. nk tanya perkara kat mana? πŸ˜…
    Kerana saya akan masuk um x lama lagi, nk mintak tunjuk ajarπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kelvin, you can see on the right sidebar in this blog, my IG username: morafazira. Feel free to dm me there thanks.

      Delete
  9. Salam Kak. Nak tanya, semua kolej kediaman ke ada disediakan dryer pakaian? Sbb sy nanti masuk KK2.(p.s.apapun,terima kasih banyak2 kak, utk perkongsian ni. sangat membantu!)πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Hmm tu tak sure pulak. Yg pasti semua koleh ada coin washing machine la, certain kolej even ada kedai dobi kalau malas nak basuh sendiri hehe. You're most welcome :)

      Delete
    2. Ohh mcm tu.. Wah bestlah! Terima kasih lagi kak. 😊

      Delete
    3. Hi Stardust, as a former second resident 17/18 and 18/19, second college got only one dryer (for the time being) which is on the second floor block B. Rm2.50 if im not mistaken bcs rarely use it as second got quite big compound to hang up ur clothes behind the block B. 4 washing machine available beside block B and got one at the second floor. What course u are? Btw congrats and enjoy ur life at second! So much fun. && its nearer to engine fac (5-10 minutes walk only)

      Delete
    4. Hi there! I see.. It's great to hear from a former resident, indeed! Thank you for your willingness to tell me this, I really appreciate it. For your information, I will be attending law course this September. Thank you once again for the wish! Sure I will! I'm very much looking forward to it!

      Delete
    5. But there's actually one thing that I'm quite worried about. Has there been any stealing case in the college before? Perhaps like stealing clothes.. If there was any, perhaps I can just be more wary.

      Delete
    6. Ofc there are.. as for ur belongings maybe u can bring padlock for ur locker and always lock the door je la. Got one case an outsider (male) curi pakaian dalam perempuan dkt tempat sidai kain.. scaryy�� he went to other kk also. btw, law fac is a bit far from second but still in walking distance, nearer to astar (kk1)

      Delete
    7. Kalau pakaian biasa like seluar baju tu i rasa macam takde je. Kalau ada pun maybe org tersalah ambil time angkat baju dkt ampaian

      Delete
    8. That's creepy.. But really, thank you for the reminder. I'll try to be more careful. I see, seems like I have to walk a bit farther but nevermind, it's an exercise for me I bet🀣 Anyway, thank you once again for answering my queries!

      Delete
    9. I just noticed your second reply. Lega dengar, hehe. Can't wait to start my new journey in UM!

      Delete
  10. Saya nak tanya bilik boleh hias tak...sebb bilik tu tak cantik...warna dia kurang menarik...saya lebih suka bilik yang menenagkan..supaya dapat belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofc bilik boleh hias, tapi berpada2 la. Its up to you nak hias mcm mana pun asalkan tak bawa brg2 larangan. Nnti kan spotcheck tak sempat simpan. Tapi jarang la ada spotcheck.

      Warna kurang menarik tu setiap kolej pun sama je warnanya. Warna putih/cream juga. Kalau nak tempat yg tenang untuk belajar, boleh pergi library. Serious. Ada 4 level, you pilih la you nak level mana. Dia ada la zon2 mcm zon biru, merah, kuning, hijau if im not mistaken. Merah tu mcm takleh buat bising. Warna apa tah yg tu boleh ada discuss2 ke ckp. So kalau you pergi zon tu, you tak boleh nak marah la org bising sbb prgi zon yg boleh discuss. Ikut your preference la. Kalau you malas nak prgi library, most of the college ada diorang punya cube sendiri. Situ you boleh study juga. Paling i suka cube dkt astar(kk1) sbb dia ada 2 bahagian: luar and dalam. Belah dalam tu meja sorang satu. Ada partition setiap meja. Ada 2 soket for charging and for me very comfortable. You can stay there 24 hr pun boleh! No one gonna ask you to leave except kalau ada event ke apa2 la. Royal(kk12) also have their cube. But i dont really like to study at royal cube bcs not as comfortable compared to astar. Dont worry, even you are from other college, you still can go to other college cube to study. No harm.

      However i understand that study in your own room much more flexible and comfort. Trust me, if you really focus and determined to study on that day, you wont get bothered pun about the colour of your wall ke apa.

      Are you enrolling to UM? Which college you are? If you get royal, i bet there is no problem about that. Kk12 is the best college so far regarding the room and facility.

      Delete
    2. Hi, thanks Koala for responding to this in such a comprehensive manner! Just to re-iterate, boleh je hias bilik tapi tak boleh la sampai cat dinding or make any permanent changes to the room. Kalau nak tampal wallpaper (non-permanent) and letak any decorations OK je :) But agree with Koala's suggestion of studying at the library or any "cubes" around the uni (colleges and faculties). Ada aircond so comfortable sikit la haha. Anyways, good luck to you!

      Delete
  11. Satu dorm ada berapa orang ye...dlm dorm ada tandas tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In UM got 12 college (college 13 expected to open next sem. Not sure yet). You will be staying in a room not a dorm. No toilet in a room, but there will be toilet at each floor. Dalam bilik air tu ada banyak la shower and toilet. Dalam 4 shower centu. Tandas biasanya ada 2 satu duduk satu cangkung. Kalau kk12 besar la juga tandas dia and banyak.

      Untuk berapa org dalam bilik, most of the college 3 persons in a room. Tapi depends lah. Mcm kk2, semua bilik 3 org. Hanya dkt blok c je yg 2 org sebilik. Kalau kk12 pula, yg ni mmg semua blok 2 org sebilik. Sangat selesa. Meja study pun onzz. Ada lampu sendiri dkt meja study. Atas tu siap boleh letak barang2 lagi. Sebelah tingkap, meja study. Sebelah meja study, katil. Dkt tepi dinding katil pula ada suis lampu warna oren. Dkt dinding tu juga belah atas ada board. Ada balcony. Serba lengkap la senang cerita kk12 ni.

      Btw, if you are curious abt UM or the college or anything, you can follow mhs_universitimalaya ig, and also their other social media (fb and twitter). It may help you bcs in their ig also posted about the faq, the condition and room at each college, and other facility here in UM and college. Hope it helps you.

      Delete
    2. Hi, thanks Koala for the response! :) Just to add, kalau nak cop katil, locker, meja etc., silalah datang awal untuk register. I personally don't like the double-decker bed so all 3 years in college I will register early and pick the single bed. Good luck!

      Delete
  12. Hi sis, nk tnya.. kalau student fsss biasanya dpt kk berapa ye? And boleh ke klu minta pertukaran kk atas sbb2 tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear N, tak pasti. Boleh cuba la tapi JARANG sangat diluluskan sebab kolej memang penuh. But now pandemic semua online kan so maybe senang nak request tukar. -Mora

      Delete
  13. hi sis, nak tanya yg luggage tu size 20 atau 24 ?

    ReplyDelete