Hi semua, semalam sis dapat berita baik. Rayuan kolej sis
diterima! Alhamdulillah. Jadi tiga-tiga tahun belajar di UM sis menetap di
Kolej Kediaman Bestari. Lepas ni bolehlah sis update gambar-gambar kemudahan di
kolej tu ye.
Okay, untuk entri kali ini sis akan kongsi pengalaman
temuduga Duta UM oleh ICR (International Corporate Relations) UM. Jadi kisahnya
sis tak tahu pun kewujudan UM Ambassador ni sebab tugas mereka ni tidak berkait
dengan pelajar atau in-campus. Satu hari sis dapat emel yang mengatakan sis
shortlisted untuk hadiri temuduga sebagai Duta UM. Memang terpinga-pinga masa
tu. Apa benda pulak ni? Seingat sis takda pulak apply apa-apa. Rupanya fakulti
calonkan sis. Jadi dengan selambanya pergi je la temuduga tu.
Temuduga masa itu di awal semester 1 sesi 2015/2016. Sis
ingat lagi, masa tu sedang berlangsung I-week untuk pelajar baru fakulti
ekonomi. Lokasi temuduga di Level L, International and Corporate Relations
(ICR) office, Chancellery Building, University of Malaya. Berlangsung dari
pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.
Ini tentatif temuduga yang diberikan.
Time
|
Programme
|
8:30 am
|
Registration
of Candidates at the Information Counter in the Lobby of the Chancellery
Building
|
9:00 am
|
Briefing
& Introduction
|
9:30 am
|
Group
Tasks
|
12:30 −
2:00 pm
|
Lunch
Break
|
2:00 pm
|
Group
Presentations & Interview
|
4.00 –
4.15 pm
|
Tea Break
|
about
5.30 pm
|
END
|
Jadinya, sampai-sampai di sana tanda kehadiran dan kami
diberikan sarapan. Sementara menunggu semua calon sampai, berkenalanlah dengan
calon-calon lain. Sangat membantu untuk mengurangkan rasa kekok.
Setelah semua hadir, kami diberikan briefing tentang apa itu
Duta UM dan apa tugas Duta UM.
Duta UM atau UM Ambassadors ni ialah badan
mahasiswa/mahasiswi yang akan membantu universiti atau secara spesifiknya
membantu ICR dalam hal ehwal urusan organisasi luar. Antara tugas ICR ialah
menghubungkan media dengan universiti dan menguruskan delegasi luar ke UM. Jadi
duta UM akan membantu ICR dalam hal-hal yang berkenaan. Setelah diberi
penerangan, barulah sis tahu kenapa Duta UM ni tak dikenali pun dalam kalangan
pelajar. Sebabnya mereka hanya berurusan dengan pihak luar.
Antara tugas Duta UM ialah menyambut ketibaan delegasi
antarabangsa contohnya dari universiti luar negara, berurusan dengan media
semasa Hari Konvokesyen untuk mewawancara pelajar cemerlang, menjemput delegasi
dari lapangan terbang, menyambut tetamu kehormat dan membawa delegasi melawat
kampus. Setakat itu je yang sis tahu. Nanti kalau sis tahu lebih lanjut sis
akan kongsikan.
Okay, setelah diberikan briefing, bermulalah sesi penilaian
kami. P/s sesi penilaian ni dilakukan sepenuhnya di dalam Bahasa inggeris.
#1 Think on your feet
Ini ialah sesi ice-breaking yang dijalankan oleh senior yang
merupakan presiden Duta UM sesi 2 tahun lepas rasanya. Sesi pengenalan yang
luar biasa sebab anda mungkin ingat anda akan dapat perkenalkan diri anda
seorang demi seorang dan ceritakan apa yang bagus tentang anda tapi tidak. Kami
dikumpulkan dalam satu bulatan besar. Secara rawak, senior tersebut akan tanya
kepada sesiapa beberapa soalan. Jika anda gagap atau lambat jawab anda akan
disuruh untuk mundur satu tapak ke belakang. Di sini kami diuji untuk cepat
berfikir dan pada pandangan sis, kita akan lebih jujur bila kita tiada masa
untuk berfikir. Kita akan cakap benda pertama yang terlintas di fikiran. I
personally like this session.
Antara soalan:
-
Perkenalkan nama, tahun pengajian, kursus,
negeri asal – take note sebab orang lain pula akan ditanyakan nama dan latar
belakang calon tersebut.
-
One good value/word to describe yourself – this is
a tough one. Dan anda tak boleh ulang apa yang orang lain dah jawab. Bukan itu
je, setelah anda give that one word, you will have to proof that you are that
word. Contoh, sis kata disiplin. Dia akan persoalkan, buktikan apa yang
membuatkan anda lebih berdisiplin dari semua calon di sini? Pehh, dah la gua
tak kenal orang lain. Kena ada skill lawyer sikit di sini.
-
What is your first impression of me (senior)? –
Hambik. Dia suruh bagi pendapat pasal dia pulak. You know what I said?
Intimidating. Hahaha. Because he wassssss. Dia bukan macam tanya soalan tau.
Dia macam interrogate.
-
Projek yang anda pernah ketuai – posisi anda di
dalam projek tersebut, projek under apa, untuk apa.
Dan soalan-soalan ini semakin lama semakin laju dan tidak
mengikut turutan. Jadi pada akhir sesi ni kita dapat lihat siapa yang masih
kekal di posisi sama dan siapa yang dah jauh ke belakang.
#2 Ujian bertulis
Seterusnya, kami diminta menduduki ujian bertulis. Ada
beberapa bahagian. Sis dah tak berapa ingat secara spesifik tapi antara
jenis-jenis soalan yang diberikan:
i.
Matematik asas (peratusan, simple finance,
perpuluhan, ratio). Tak boleh guna kalkulator ye anak-anak. Haha percayalah,
dah terbiasa guna kalkulator bila kena kira manual soalan simple pun jadi
complicated. - soalan objektif ada pilihan jawapan.
ii.
Pengetahuan am (RANDOM STUFF. NO JOKE. Sis ingat
lagi salah satu soalan dalam bahagian ni, “What is the name of the last country
if all countries were arranged in alphabetical order?” Ada pasal binatang,
pokok. Dan bahagian ini soalan subjektif, tiada pilihan jawapan.
iii.
Soalan tentang UM. Baca la sikit latar belakang
UM. Boleh rujuk laman web UM. Contoh soalannya tentang cogan kata UM. Benda
basic yang kebanyakan kita tak ambil tahu. Jadi silalah ambil tahu ye- soalan
objektif ada pilihan jawapan.
iv.
“Why should you be chosen as UM Ambassador and
what can you contribute?”- Masa untuk menjual diri. Yang ni dalam bentuk esei
tapi tak perlu panjang sebab takda banyak masa pun. Beri jawapan yang padat dan
ringkas.
Sis tak ingat berapa lama masa diperuntukkan. Tapi kurang
dari sejam rasanya. Mungkin dalam 30 minit. Jumlah soalan takdalah banyak pun.
Don’t worry.
#3 Pembentangan berkumpulan
Seterusnya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam
5 orang setiap kumpulan. Kami diberikan kertas mahjong dan pen marker dan satu
topik. 20 minit masa perbincangan dan perlu bentang di hadapan. Kalau tak silap
sis topik yang kami dapat pada masa itu ialah Courtesy (maksud, kepentingan,
siapa yang patut dipertanggungjawabkan mendidik, why is it not common in the
society etc). Semua group dapat topik yang sama. Group kami end up tak guna pun
mahjong paper tu. Kami bentang secara lisan je. Selepas bentang akan ada sesi
q&a. Mencabar jugaklah soalan-soalan dia.
#4 Tugasan berkumpulan
Okay, bezanya tugasan ni ialah setiap kumpulan akan bentang
di hadapan panel secara berasingan. Maksudnya yang pembentang #3 tadi tu
bentang depan kumpulan lain. Tugasan #4 pulak setiap group akan masuk bilik penilaian
tu ikut turn. Yang ni tricky. Asalnya kami diberikan tugas lain. Setiap
kumpulan pilih satu wakil untuk bentangkan tentang tajuk yang diberikan. Masa
tu, tugasannya “Bayangkan anda membawa delegasi dan di dalam kereta anda
ditanyakan apakah yang menarik tentang Malaysia?” Guess what, my groupmates
semua lelaki and they chose me to present!
Tapi, surprise surprise! Apabila turn kami sampai, masuk
dalam tu panel tiba-tiba makin ramai. Then tugas yang diberikan totally
different. Topik tugasan ditukar on the spot. Kami tak diberikan masa untuk
berfikir/berbincang dan kami perlu jawab tugasan tu secara individu. Tugasannya
ialah “You took a delegate to UM. Explain what you see on your left and right
starting from KL Gate UM”. So kami diberikan giliran untuk menceritakan
bangunan-bangunan di dalam UM. Bukan hanya nama bangunan tapi latar belakang
bangunan tu sekali (secara ringkas).
Banyak je yang kami terlepas sebab susah kan nak bayangkan
bila kita tak berada di situ. Tapi mereka akan bantu dan taklah strict sangat.
#5 Penilaian ahli kumpulan
Tugasan terakhir setelah selesai #4, kami diminta
memberitahu panel tentang kelebihan dan kekurangan setiap ahli kumpulan. Fuyoo.
Susah. Kami kenal pun tak sampai sehari. Mudah nak cari kelebihan seseorang
tapi nak cari kelemahan tu dan nak cakap di depan orang tu sendiri pehhh, rasa
macam tak layak nak judge orang on the spot. Tapi kami dipaksa jugak untuk cari
1 kelebihan dan 1 kelemahan so seberapa berat pun kena beritahu jugak.
Sebelum bersurai, panel memberi pandangan mereka tentang
kami. Alhamdulillah, feedback yang kumpulan kami dapat sangat positif. “I think
even all of you know this, your team is the strongest one today.” Feedback
individu untuk sis juga memberangsangkan. “You have a strong presence among the
girls today”. Terharu jap :')
So tu je lah. Nak tahu tak bila sis dapat tahu yang sis
terpilih jadi Duta UM? Penghujung semester 2 sesi 2015/2016. Hahaha bayangkan,
hampir setahun baru tahu keputusan. Mungkin ICR agak sibuk kut. Masa cuti
semester baru-baru ni sis diberikan tugas pertama
sebagai UM Ambassador iaitu membawa delegasi dari pelbagai universiti
antarabangsa untuk melawat UM, specifically di Rimba Ilmu dan Muzium Seni UM
sempena Mesyuarat Assoc. of Pacific Rim Universities (APRU) di Grand Hyatt KL.
Wakil-wakil dari universiti ternama dari Jepun, China, Hong Kong, Australia,
Mexico, Hawaii, Indonesia dll dipertanggungjawabkan kepada sis untuk bawa tour
campus. Sis sorang tau bawa satu bas. Peh, seram sejuk. Tapi memang pengalaman
manis yang tak dapat dilupakan :)
Baru-baru ni sis nampak emel membuka permohonan untuk jadi
Duta UM sesi 2016/2017, itulah yang inspire sis untuk tulis tentang pengalaman
sis ni. Good luck! Next entri sis akan kongsi tips persediaan untuk menghadapi
interview tu nanti. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment