Hi readers, dalam entri yang lalu sis ada berkongsi pengalaman sis hadiri temuduga/penilaian untuk Duta UM. Seperti yang dijanjikan, entri kali ini sis akan berkongsi pula tips sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.
#1 Tips pakaian
Dalam emel yang sis terima, kod pakaian
yang ditetapkan ialah smart casual dengan peringatan bahawa jeans, seluar
pendek, baju tidak berlengan, selipar adalah tidak dibenarkan. Jadi, anda
bolehlah memakai blouse dengan slacks atau kain labuh, baju kurung atau jubah,
kemeja, tshirt berkolar dan kasut bertutup (tidak semestinya bertumit). Yang
paling penting, pakailah pakaian yang selesa sebab assessment tersebut
mengambil masa yang lama, time sis dulu dari 9am hingga 5pm.
#2 Kefasihan berbahasa Inggeris
Ini yang paling utama. Penilaian akan
dilakukan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Tahap Bahasa yang penemuduga
gunakan juga agak tinggi. Anda mesti berupaya menyampaikan idea anda dengan
matang dan jelas. Calon-calon yang lain pun English sangat bagus jadi anda mesti
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Jika anda telah baca
entri sis yang lepas, anda mungkin tahu bahawa tugas Duta UM berkisar dengan
pihak luar yang majoritinya dari luar negara. Jadi, walau macam mana pun, anda
mesti fasih berbahasa Inggeris untuk membolehkan anda melaksanakan tugas yang
diberikan kelak dengan baik. Practice makes perfect so keep practicing!
#3 Bahasa tubuh (Body language)
Perhatikan Bahasa tubuh anda. Jaga posture
badan apabila berdiri dan duduk. Do not slouch, jangan membongkok. Ini akan
menunjukkan anda malu atau tiada keyakinan diri. Semasa pembentangan, berdiri
dengan yakin dan gunakan hand gestures untuk menerangkan idea anda. Tumpukan
perhatian juga semasa ahli kumpulan anda membentang. Apa yang sis perhatikan
ada yang berpeluk tubuh semasa pembentangan dan ada juga yang menyorok di
belakang rakan yang lain. Anda mesti menunjukkan bahawa anda setanding dengan
calon-calon lain tidak kiralah lelaki atau perempuan.
#4 Buat pembacaan sebelum temuduga
Okay, seperti yang anda tahu akan ada ujian
bertulis tentang latar belakang UM. Sebagai Duta UM, you are expected to know
everything about UM sebab andalah wakil pelajar UM di mata pihak dari luar.
Macam duta produk, mestilah kena tahu semua details tentang produk kan? Jadi
buatlah pembacaan di laman-laman rasmi UM. Dapatkan informasi tentang sedikit
sejarah penubuhan UM, orang-orang kuat UM, fakulti-fakulti, kolej-kolej,
kemudahan yang ada, pencapaian UM dll. Memang susah nak hafal semua tapi
sekurang-kurangnya anda tahu benda tu wujud dalam UM ni.
#5 Berbual dengan calon-calon lain
Semasa waktu makan, janganlah menyendiri
main phone. Berbual lah dengan calon-calon lain. Kenali mereka and allow them
to know you. Kebanyakan mereka ni pelajar-pelajar yang sangat berkepimpinan dan
berkarisma. Kalaupun anda tak berjaya jadi Duta UM, sekurang-kurangnya anda
dapat menambah kenalan. Dan kalau anda berjaya, anda perlu bekerja dengan
mereka dalam pelbagai tugas. Semasa akhir penilaian ini juga anda perlu
memberitahu kelebihan dan kekurangan setiap calon jadi kalau anda tak mengenali
mereka macam mana kan? Dan mereka pun perlu mengenali anda untuk discover
kelebihan anda.
#6 Tepati masa
The power of first impression is huge.
Hadir tepat pada masa akan memberikan tanggapan yang baik terhadap diri anda.
Dan kalau anda sampai lewat, anda pun jadi tak keruan, nervous, mengah dan
lain-lain kan? Jadi biar anda tunggu orang jangan orang tunggu anda.
#7 Tonjolkan diri anda
Semasa pembentangan, akan ada sesi soal
jawab. Pastikan anda turut menjawab pertanyaan yang diajukan. Jangan menjadi
ahli pasif dan membiarkan sahaja ahli-ahli anda menjawab. Apa yang sis
perhatikan ada kumpulan yang hanya seorang yang dominan sahaja menjawab semua
soalan. Ini menunjukkan hanya individu tersebut sahaja yang betul-betul faham
isi kandungan pembentangan itu. Volunteer to answer questions. Tonjolkan diri
anda. Jangan menyorok di dalam bayang-bayang calon lain.
#8 Be yourself!
Akhir sekali, jadilah diri anda sendiri.
After all, they have to like you for who you are, only then it will work.
Inisiatif dan keberanian anda untuk memohon menjadi Duta UM itu sendiri sis rasa
dan cukup membuktikan bahawa anda seorang pelajar yang berkelayakan. Jadi diri
sendiri dan mereka akan dapat lihat keunikan anda.
Apa-apapun, yang paling penting, have fun!
Ambil pengalaman ini. Dapat atau tidak, anda pastinya boleh belajar sesuatu
yang baru dari pengalaman ni. Anda akan lalui banyak lagi temuduga selepas ini;
projek, biasiswa, kerja; jadi bawa pengalaman ini untuk baiki diri dan menjadi lebih
baik.
Harap tips yang diberikan bermanfaat untuk
anda. Selamat maju jaya! Good luck! Jia you!
Muka yakin setel salah belakang lain cter ye sis... macam mintak kije muka konfiden je jwb da ok kan sis?
ReplyDelete