Hi yalls! Dah hampir seminggu sis tak post
apa-apa entri. Semester ni baru je bermula jadi macam-macam perkara yang perlu
diselesaikan. Inspirasi entri kali ni datang dari soalan-soalan yang sis terima
dari junior-junior sis. Kebanyakan mereka sedang berada di dalam dilema untuk
memilih pengkhususan atau majoring. Jadi mereka tanya sis,
Them: Kak Mora major in track apa eh?
Me: I’m majoring in political economy.
Lebih kurang begitulah soalannya. Dan
soalan seterusnya ni memang standard issue habis. Semua orang yang tanya soalan
di atas akan tanya soalan ni,
Them: Oh… so Kak
Mora nak jadi apa?
Haaaaa.
Jom cari cita-cita.
Jika anda jawab ya pada salah satu dari
soalan di bawah, entri kali ni untuk anda. Adakah…
Anda masih tiada cita-cita?
Anda lepasan SPM/Pra-U dan masih tak pasti
apa yang anda minati?
Anda sudahpun mula degree tapi masih tak
nampak kerjaya impian anda?
Anda tak rasa anda nak pekerjaan dalam
bidang yang anda pelajari?
I was once in your shoes. And every now and
then I still feel that way. And you know what? It’s totally fine. Let me walk
you through why this happens. *Urghh the urge to write in English is killing
me*
Jadi kenapa perkara ni berlaku?
#1 Minat anda tiada di dalam mata pelajaran
yang anda pelajari.
Ini berlaku pada sis. Okay, lepas habis PMR
sis diletakkan secara automatik ke dalam aliran sains tulen. Ye, dengan
Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Jadi sis hadap je la sampai SPM.
Habis SPM, walaupun keputusan sis agak memberansangkan, deep in my heart I know
it is not what I wanted to pursue in. Sis tak minat sains, eksperimen, makmal,
prosedur pehh memang tak boleh pegi. Jadi di sinilah sis mula rasa confuse. Apa
yang aku nak buat lepas ni?
#2 Minat anda ada pada perkara yang anda
tidak belajar.
Okay, sambungan dari sebab yang pertama.
Sekarang sis dah jumpa minat sis dalam bidang ekonomi dan sis sedang sambung
degree in economics. Kenapa sis tak tahu benda ni dulu? Sebab sis tak
berpeluang untuk discover apa yang sis minat. Sis langsung tak pernah belajar
subjek ekonomi masa sekolah menengah dulu jadi sebab tu lah sis macam rasa
takda benda yang aku minat. Nanti sis explain cara nak cari minat kita. Sabar
ye.
#3 Minat anda bukan satu subjek.
Ni lagi satu. Mungkin juga minat anda
sebenarnya pada sesuatu yang tidak dijadikan subjek di sekolah. Contoh, muzik,
sukan, fesyen, penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, penulis,
fotografi, game developer, IT etcetera. Dalam dunia yang semakin maju ni,
banyak kerja yang dulunya tak pernah wujud sekarang muncul. Jadi di zaman
persekolahan memang anda akan rasa macam kenapa tak ada satu benda pun yang
anda minat.
#4 Minat anda tak boleh buat duit (or so you think)
Bruh. Kadang-kadang anda ada minat
sebenarnya Cuma anda rasa minat anda tu tak boleh buat duit. Minat anda tu
bukan satu kerjaya yang legit. Keluarga anda pun tak beri galakkan sebab bimbang
dengan masa depan anda. Contoh anda minat gaming atau silap mata atau main yoyo.
Tapi anda sendiri pun rasa macam itu bukan suatu kareer.
Sekarang anda dah tahu kenapa anda tiada
cita-cita. So what? Redha je? No, anda mesti proaktif! Cita-cita dan minat tu
bukan datang bergolek atau jatuh ke riba anda secara tiba-tiba. Anda kena usaha
untuk mencarinya. Meh sis kongsi antara cara yang anda boleh cuba dalam misi
mencari cita-cita.
#1 Pembacaan
Ini caranya sis jumpa minat sis dalam
bidang ekonomi. Pak cik sis hadiahkan sis satu buku yang mengubah hidup sis.
Dramatic gitu. Okay so, sis bacalah buku tu dari kulit ke kulit. Setelah habis
baca, sis rasa macam pandangan sis terbuka luas. Sis rasa ingin tahu lebih
banyak tentang bidang tu. It triggers my curiosity and interest. So that is how
I ended up taking econs in degree. My point is, bacalah buku-buku dalam bidang
selain apa yang anda pelajari. Jika anda pelajar sains, bacalah buku dalam
bidang sains sosial atau seni atau perniagaan dan begitu juga sebaliknya. Kalau
anda malas nak baca pun, tengoklah video-video di internet, mungkin anda akan
stumble upon something that interests you.
#2 Hobi ≠ minat
Bezakan hobi dan minat anda. Hobi ni
perkara yang anda buat pada masa lapang. Anda buat untuk release stress atau
kill time. Minat is something you feel deeply for. Contoh, anda kena decide adakah
main game tu hobi anda atau minat anda? Kerja kebajikan, adakah anda lihat diri
anda commit kepada aktiviti kebajikan sepenuh masa atau tidak? Bersukan,
sekadar hobi/untuk kesihatan/kuruskan badan atau anda memang berminat nak jadi
atlet. Ini penting. Tau kenapa? Sebab kalau anda decide untuk bekerja di dalam
hobi anda, anda akan hanya nak bekerja bila anda senang sahaja. Bila ia menjadi
semakin mencabar anda akan mudah rasa nak give up sebab hobi ni objektifnya
untuk release stress kan? Tapi kalau minat or PASSIONATE about something, you
will do it no matter what. Anda akan terus berlatih, bila anda gagal anda cuba
cara berbeza, anda akan usahakan dan anda akan gigih lalui ups and downs.
Itulah cita-cita anda.
Sama juga dengan ini. Apa yang anda boleh buat dengan baik tidak
semestinya ia adalah minat anda. Anda mesti tahu bezakan. Takkanlah just
because anda dapat 10A+, anda minat kesepuluh-sepuluh subjek yang anda ambil tu
kan? Boleh jadi juga takda satu pun dalam 10 tu yang anda betul-betul minat
untuk dijadikan kerjaya. Fahamkan.
#3 Dengar kata hati anda
Kebanyakan masanya kita tahu je apa yang
kita minat Cuma orang di sekeliling yang demotivate us to pursue it. Especially
kalau minat kita tu bukan dalam aliran profesional atau common seperti doktor,
akauntan, jurutera, saintis, pensyarah, peguam dll. Anda kena faham yang
keluarga anda risaukan masa depan anda dan mereka nak yang terbaik untuk anda.
Jadi, jika anda betul-betul minat terhadap sesuatu, teruskan. Orang yang sangat
berjaya dalam dunia ni bukanlah orang yang ‘biasa’ tapi orang-orang yang
berfikiran di luar kotak dan pandai mengambil peluang. Contohnya pengasas
media-media sosial ternama, pengasas big online apps, famous vloggers; adakah
kareer mereka common? Tidak. Adakah mereka kaya dan berjaya? Ya. Kalau nak
ikutkan apa je yang vloggers buat? Haha. Contoh pewdiepie, he basically just
records himself playing video games. And he makes good money out of it. So
kalau anda betul-betul minat, go all the way. It’s better to be really good at
something minor/niche than being average in something common. You get me?
#4 Organize programs/events
Anda dah habis SPM/Pra-U, sekarang anda
kena buat pilihan apa yang anda nak belajar. Time is running out. Nasihat sis,
redah je gais! Selagi anda layak ambil sesuatu bidang tu, anda rasa anda boleh
bawa, then redah je. Masukkan diri anda dalam komuniti universiti. Dalam tempoh
anda belajar tu, cuba libatkan diri sebanyak mungkin dalam program-program yang
ada di universiti. Jadi AJK pelaksana, sertai kelab/organisasi di universiti.
Anda akan belajar banyak perkara tentang apa yang anda minat dan apa yang anda
langsung tak minat. Kareer kita kadang-kadang lahir dari pengalaman kita
menganjurkan projek. Contoh, sis tak pernah discover salah satu minat sis dalam
Public Relations sehinggalah sis mengetuai PR Department untuk kelab di fakulti
sis. Dan sis juga discover yang sis tak minat kerja-kerja
editing/multimedia/teknikal apa semua ni. So, dari program yang sis join sis
dapat kenalpasti semua ni walaupun ianya tiada kena mengena dengan kursus yang
sis belajar sekarang.
#5 Create your own job
Okay, cuba bayangkan, anda paksa diri untuk
jadi sesuatu yang profesional contohnya doktor atau akauntan sebab anda yakin
kerjaya tersebut akan mendatangkan banyak duit. Tapi bayangkanlah juga berapa
ramai pesaing anda di dalam bidang tu. Tapi kalau anda mencipta kerja anda
sendiri, tap on areas that no one has ever ventured in before, you will become
a monopoly! Cipta kerjaya anda. Mungkin melalui inovasi atau melalui
perniagaan. Apabila sesuatu perkara tu terlalu spesifik, mereka akan tahu siapa
mereka perlukan. Ye, anda. Sebab anda seorang sahaja yang menawarkan
perkhidmatan atau produk tersebut. Baru-baru ni sis ada join satu kursus online
yang mengajar macam mana nak jadi kreatif. Menarik! Selama ni orang suruh kita
jadi kreatif, tapi takda siapa yang pernah AJAR caranya. Kita belajar
kira-kira, melukis, Bahasa dll tapi kita tak pernah diajar kreativiti. Siapa
sangka kreativiti sebenarnya boleh dipelajari!
Paling penting, go out there and experience
life. Dari situ kita akan belajar dan terokai macam-macam perkara baru yang
mungkin dapat merangsang minat kita. Jangan terperap je dan jangan takut untuk
cuba benda baru. Sis terbaca satu tweet semalam.
Sekolah; belajar dulu baru ujian.
Hidup; ujian dulu baru belajar.
Peace out.