Hi yalls! Sis dah masuk the final semester of my studies!
Next semester I will going off for industrial training. How time flies. Rasa
macam baru semalam pergi interview UM, sedar-sedar dah nak grad dah.
Speaking of which, in this entry I will share with yall my
interview experience in UM.
Sis applied for Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya
sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, sis dipanggil untuk temuduga di UM.
Temuduga berlangsung di Fakulti Undang-Undang, fakulti pertama yang korang akan
nampak kalau masuk menerusi pagar KL. Seperti biasa, nervous dari hari sebelum
lagi. Let’s go through some preparations and dos and don’ts.
Persediaan:
1.
Sijil-sijil dan dokumen yang diperlukan
disediakan dengan teratur. Sis guna folder ring dengan clear plastic tu. Jadinya,
senanglah penemuduga tu nak flip satu-satu. Susun dokumen mengikut keutamaan.
Kalau results, letak yang terkini dahulu (STPM, MUET, SPM, PMR). The same goes
for other certificates, arrange according to which is the latest to the oldest
certs. Bawa sijil yang relevan dan berkaitan sahaja. Remember, quality over
quantity.
2.
Pakaian untuk perempuan boleh pakai baju kurung
atau kemeja dengan seluar slack. Pakai warna-warna pastel dengan corak yang
tidak keterlaluan. Baju kurung biarlah yang nampak formal dan bukan yang fancy
(eg: tangan kembang, kurung pendek, jarang dll). Baju kurung yang nampak
professional kebanyakannya plain, stripes, batik, songket etc. Gitulah
gambarannya. Kalau nak pakai kemeja pulak, yang sesuai ialah yang berbutang
penuh, warna-warna yang menenangkan diapadankan dengan seluar slack and kasut
tumit bertutup penuh.
3.
Gosok pakaian anda malam sebelum. Jangan bangun
pagi baru kelam-kabut.
4.
Do some research and read up! Interview ni
soalan dia bukan dari buku teks, soalan yang sering ditanya biasanya
pengetahuan am dan mungkin sedikit tentang latar belakang. So, buat pembacaan
tentang isu semasa. Kalau boleh seminggu sebelum interview tu rajin-rajinkanlah
baca surat khabar, baca isu-isu panas. Jangan nampak macam katak bawah
tempurung. Satu lagi, dapatkan informasi tentang universiti tersebut (sejarah,
siapa chancellor, vice chancellor) dan kursus yang anda apply (dekan fakulti,
berapa tahun pengajian, nama fakulti, pengasas fakulti, tokoh alumni).
5.
Tidur awal dan bangun awal! Nothing worse than
missing your interview.
Hari interview:
Datang awal supaya tak panic dan senang dapat parking berdekatan
-> Dengar arahan dengan teliti -> Anda akan dikumpulkan di dalam dewan
menunggu dan movie akan dipasang untuk anda tengok sementara menunggu giliran
untuk ditemuduga (semua calon) -> Anda akan disusun mengikut bilik temuduga
masing-masing -> Anda akan dipanggil untuk menunggu di depan bilik temuduga (5
orang pada satu masa) -> Masuk untuk ditemuduga secara individu.
Pengalaman sis ditemuduga:
Sis antara calon yang awal masuk ditemuduga. Ada 3
penemuduga di dalam which I assume are all lecturers from various courses
because when I asked the other candidates outside the room, we were all
applying for different courses. So, first thing bagi salam, then pass them your
folder.
Soalan 1#: Introduce yourself.
So, briefly introduce yourself lah. Nama, umur, tinggal di
mana, pre-U di mana, briefly tell about your family and what course did you
applied to.
Soalan 2#: Your results are good. You got A for History, why
didn’t you apply for Law instead?
Ini soalan dia. Haha. Instead of asking why I applied for
Econs, they asked me why I didn’t apply into Law. So I told them that I didn’t
even like History and it was tough for me. They actually laughed when I said I
dislike History (maybe one of them was a Law lecturer oopps).
Soalan 3#: You even got A in your Business Studies, why didn’t
you apply for Business?
My goodness! You see? The questions I’m telling ya. Haha. I
think, the reason they asked me these questions is to make sure that I know
for sure that I want to do Econs. So sis jawablah why I am more interested to
pursue Econs as compared to Business.
Soalan 4#: What impact does H1N1 brings to the Malaysian
economy?
Tiba-tiba ada soalan ekonomi. Wow. Btw, hari pertama sis
masuk kuliah, baru sis tahu yang tanya soalan ni was my Microecons lecturer. She
saw me in class the very first day and she pointed at me, “I interviewed you.”
Haha she said it in front of the class. Segan sis. Anyway, jawab je lah, impak
kepada sektor pelancongan, jadi pendapatan negara berkurang etc.
Soalan 5#: Alright, that’s it. DO you have any questions for
us?
Haaa selesai. Simple je kan? I said no and they thanked me.
Then, ambil semula folder dan keluar.
Dah, gitu je. Sesi temuduga yang sangat santai, macam
borak-borak je. Panel pun boleh ketawa, senyum, nothing intense.
Final tips: Just be yourself. Apa yang mereka nak tengok
ialah keyakinan diri anda and kemahiran berkomunikasi. Kalau mereka nak tengok
pencapaian anda, might as well suruh anda hantar je semua sijil-sijil anda tu
kan? So, the main purpose of interview is to actually see your presence, your
confidence and communication skills. Anda tak fasih berbahasa Inggeris? Takpe,
cuba je, guna ayat-ayat simple cukup, tak perlu bombastic bagai. Kalau tak
boleh jugak, mintak kebenaran berbahasa Melayu.
Anyhow, best of luck! See ya’ll in UM! ;)