Entri kali ni sis nak kongsi apa itu kuliah
(lecture) dan apa itu tutorial. Jika anda macam sis, anda pun mungkin tak
pernah ada 2 jenis kelas macam ni. Masa STPM ada satu kelas je untuk setiap
subjek. Masa kelas tu la sumbat sekali belajar, buat latihan, buat kerja kursus
dan lain-lain. Di peringkat sarjana muda di universiti setiap subjek terbahagi
kepada dua jenis kelas; kuliah dan tutorial. Ini melibatkan semua subjek
kecuali subjek wajib universiti yang hanya ada kuliah sahaja. Kalau anda
perasan setiap subjek ada jam kredit (credit hour) yang tertentu kan? Subjek
wajib uni biasanya 2 jam kredit jadi 2 jam tu diperuntukkan untuk kuliah.
Subjek-subjek yang 3 jam kredit atau lebih akan dibahagikan 2 jam untuk kuliah
dan selebihnya untuk tutorial.
KULIAH
Kuliah atau lecture ni menggabungkan semua
pelajar yang mengambil subjek tersebut. Biasanya dalam 80 orang pelajar dan akan
diadakan di dewan kuliah yang besar. Di dalam kuliah akan berlaku pembelajaran
sehala di mana pensyarah akan mengajar menggunakan slides powerpoint di hadapan
dan pelajar hanya mendengar. Di akhir kelas pensyarah akan buka ruang untuk
sebarang pertanyaan. Disebabkan saiz kelas yang besar, kebanyakan pensyarah tak
perasan atau perasan tapi tak peduli sama ada anda dengar atau tidak. Jadi di
dalam kuliah, inisiatif masing-masing tu penting. Ini bukan lagi macam
peringkat sekolah kena hantar buku nota atau salin apa yang cikgu ajar.
Terpulang pada cara masing-masing. Kalau rasa nak salin boleh, buat nota
sendiri boleh, rely sepenuhnya dengan slides lecturer boleh, taknak buat apa-apa
pun boleh.
Inilah yang membezakan sekolah dengan universiti.
Universiti menekankan inisiatif dan usaha pelajar itu sendiri. Anda tidak akan
dipaksa untuk buat apa-apa. Cara pembelajaran sangat fleksibel. Ye la, di
sekolah dulu pelajar selalu merungut, dia tak salin nota pun asalkan boleh
jawab peperiksaan sudahlah kan? Di uni, anda buatlah ikut cara anda. Pensyarah
takkan suap anda. Jadi kalau anda gagal, ketahuilah itu semua pilihan anda
sendiri. Ramai pelajar yang jadi terlalu selesa dan seronok dengan kebebasan
dan fleksibiliti yang diberikan sehingga lalai untuk berusaha. Sendiri mau
ingatlah ye.
Kuliah ni juga boleh dibatalkan atau ditunda bila-bila masa sahaja with or without prior notice. Tapi jangan seronok sangatlah, ianya akan diganti juga pada bila-bila masa je. Tak kira lah weekend atau hari biasa sama ada anda boleh hadir atau tidak. Kalau kelas ganti clashing dengan kelas lain? Pilihlah salah satu. Haha.
TUTORIAL
Tutorial ni pula ialah kelas kecil untuk
buat latihan/praktikkan apa yang telah dipelajari. Saiz kelas biasanya maksimum
25 orang dan berdurasi selama sejam. Pensyarah boleh jadi pensyarah yang berbeza dengan kuliah. Kita
panggil mereka tutor. Di dalam tutorial, tutor dapat bimbing kita dengan lebih
dekat kerana saiz kelas yang kecil. Tutorial biasanya akan hanya bermula pada minggu ke-3 atau ke-4 pembelajaran. Berdasarkan pengalaman sis setelah mengambil
lebih kurang 20 subjek dengan tutorial, ada beberapa pendekatan yang tutor
biasanya akan gunakan dalam tutorial.
#1 Bincang dan hantar latihan individu
Cara ni digunakan untuk subjek mengira. Di
dalam kelas teori akan diajar. Kemudian, soalan akan dimuatnaik dalam portal
pelajar pada setiap minggu. Anda kena siapkan secara individu. Faham ke tak
faham ke pandai-pandailah buat. Di dalam tutorial anda perlu hantar jawapan
anda dan bincangkan jalan kerja di hadapan (tutor pilih secara rawak).
#2 Bincang dan hantar latihan berkumpulan
Sama juga seperti cara diatas. Cuma untuk
berkumpulan ni, anda kena berjumpa dengan ahli kumpulan anda untuk bincang
jawapan setiap minggu. Kemudian assign seorang untuk tuliskan jawapan dan
hantarkan. Biasanya ikut giliran lah tiap minggu. Tapi ada satu subjek sis ni,
disebabkan semua ahli terlalu sibuk dan jadual yang clashing menyukarkan kami
untuk berjumpa, kami ambil giliran untuk membuat seluruh tutorial setiap
minggu. Contoh, minggu pertama sis buat, minggu kedua si A pula, minggu ketiga
giliran si B dan macam tu lah seterusnya. Bila tiba giliran ahli tersebut,
dialah yang dipertanggungjawabkan untuk buat dari A hingga Z. Cari jawapan,
tulis jawapan, hantar pada tutor.
#3 Presentation
Presentation ni pun boleh jadi secara
individu atau berkumpulan. Soalan akan diberikan sebelum sesuatu tutorial dan jadual
individu/kumpulan yang perlu bentang akan diberikan lebih awal. Jadi kalau
minggu tu anda kena bentang, maka anda perlulah bersedia. Subjek yang biasanya
guna pendekatan ni ialah subjek membaca. Banyak fakta yang perlu anda cari
untuk menjawab soalan yang diberikan. Kumpulkan maklumat, jika berkumpulan
bahagikan tugas, buat slides dan bentang bahagian masing-masing. Bersedia untuk
sesi soal jawab. Pastikan anda mempunyai kefahaman yang lengkap mengenai topik
anda supaya tak tergagap nak jawab di depan. Cara anda berpakaian pun akan
dinilai.
Jika minggu itu bukan giliran anda? Jangan
fikir anda selamat. Ada sesetengah tutor yang akan suruh setiap kumpulan
mengajukan soalan kepada kumpulan pembentang. Jadi anda mesti fokus dan tahu
juga apa yang dibentangkan di hadapan. Soalan pulak tak boleh soalan yang tidak
menguji pembentang atau soalan asas seperti “Apakah definisi ….” Atau soalan
terlalu am seperti “Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai….”
Ini menunjukkan anda tak alert semasa pembentangan.
#4 Perbincangan
Sis secara personal sukakan pendekatan ini.
Sangat moden dan interaktif. Pelajar akan diberikan suatu input contohnya
video, keratan akhbar, gambar dan sebagainya, dan pelajar akan diminta
berbincang mengenai isu tersebut. Sama ada menyuarakan pendapat, berkongsi
pengalaman anda tentang topik tersebut, bersetuju atau tidak bersetuju dengan
pernyataan yang diberikan. Sis sangat suka cara ni kerana ianya memberikan
platform untuk pelajar bersuara. Anda dibenarkan memberikan apa-apa sahaja
pendapat asalkan anda boleh menyokongnya dengan hujah-hujah dan contoh dalam
dunia sebenar. Tiada siapa yang salah atau betul. Ini menjana keupayaan pelajar
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Anda akan kagum dengan apa yang ada
dalam minda pelajar lain, sangat menarik. Selalunya kaedah ini digunakan untuk
subjek yang berunsur development atau sains sosial di mana banyak isu-isu
semasa yang boleh dikupas sejajar dengan apa yang dipelajari.
#5 Praktikal di makmal
Sis tak pasti tentang kursus sains, tapi
berdasarkan pengalaman sis dalam bidang ekonomi, kami juga ada praktikal di
makmal. Makmal komputer la haha. Ini relevan untuk subjek statistik di mana
kami akan diajar untuk menggunakan software statistik seperti SPSS dan Excel.
Ada satu subjek sis yang tutor ajar step-by-step cara menggunakan perisian
tersebut dan pada akhir tutorial hasil kerja mesti dihantar secara online. Ada
lagi satu subjek sis pulak, kita diberikan soalan lebih awal, dalam tutorial
hanya akan bincangkan jawapan sahaja. Jadi sangat laju. Kalau anda tak buat
sebelum tutorial memang terlopong lah anda tak faham apa yang berlaku di depan.
Not so easy to run statistical tests on the spot mind you. Requires time and
hell loads of patience.
Jadi itulah dia sis dah kongsi 5 jenis
tutorial dan beza antara tutorial dengan kuliah. Selamat menempuhi dunia universiti :)
After our Malaysian Econs last presentation. Coincidentally color-coordinated :D
After our Malaysian Econs last presentation. Coincidentally color-coordinated :D
This is the size of a tutorial class.
After our final Micro II presentation on Uber and Grab.
Sporting lecturer posing w us :B
Pizza party by lecturer after our last Sociology Development tutorial :D
No comments:
Post a Comment