Keputusan kemasukan ke IPTA untuk pengajian peringkat
sarjana muda baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Tahniah sis ucapkan kepada semua
yang berjaya mendapatkan tempat di universiti masing-masing dalam bidang
pengajian pilihan anda. Sis scroll Twitter dan Facebook dua tiga hari ni,
timeline dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat datang kepada bakal-bakal
mahasiswa/i universiti. Ini mengingatkan sis masa sis baru ditawarkan untuk
belajar di Universiti Malaya sesi 2014/2015. Pejam celik pejam celik, dah masuk
tahun ketiga dah dekat UM ni.
Program pertama yang anda akan lalui (dan terpaksa lalui)
ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang akan berlangsung selama seminggu
kebiasaannya awal bulan September. Jadi, sis nak kongsi sikit tips dan apa yang anda boleh expect tentang MHS ni.
APA ITU MHS?
1. MHS ialah minggu orientasi pelajar baru. Anda akan didedahkan dengan macam-macam info tentang UM:
i. Kolej kediaman masing-masing (pengurusan,
kemudahan, peraturan dsb)
ii. Universiti (pentadbiran, kelab-kelab yang ada,
aktiviti/program tahunan)
iii. Fakulti & kursus masing-masing (akan ada satu slot di
mana anda akan dibawa ke fakulti dan penerangan akan diberikan oleh
pihak fakulti berkenaan kursus anda)
2. Pendedahan kepada budaya UM. Anda akan diajarkan lagu
UM, lagu kolej, lagu tema MHS, akan disuruh lawan cheers dan menari.
3. Bantu pelajar mendaftar. Anda akan dibantu
step-by-step dalam mendaftarkan akaun siswamail anda yang akan membolehkan anda
mengakses siswamail, myum, spectrum, ctes dan basically semua website UM.
4. Memperkenalkan anda dengan lokasi-lokasi penting di
UM. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang MHS dan antara tujuan utamanya
ialah untuk memperkenalkan anda dengan kawasan di dalam kampus UM yang boleh
saya katakan agak besar. Kebanyakan aktiviti akan dilakukan di dalam Dewan
Tunku Canselor (DTC). Jika anda tinggal di kolej-kolej yang agak jauh dari DTC,
anda bertuah! Anda akan dibawa dengan bas untuk ke DTC. Mcm sis sendiri, duduk
dekat kolej 4 dan kawasan sewaktu dengannya (kolej 3 & 7), jalan kaki lah
ye. Takda sehari pun dapat naik bas ke mana-mana masa MHS. Antara tempat yang anda
akan pergi, DTC, Padang Varsiti dan fakulti anda masing-masing.
5. Mencari bakat-bakat tersembunyi. Seniors akan
perhatikan mahasiswa/i yang outstanding dan berbakat dalam sukan, kesenian dan
sebagainya untuk dijadikan pelapis. Yang suara lantang dan kuat akan dipilih
jadi booster untuk cheers dan biasanya booster ni akan jadi famous secara automatic
haha.
6. Antara aktiviti utama semasa MHS ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), senamrobik, slot tetamu jemputan (selalunya selebriti alumni UM. Masa sis dulu Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Fakulti Ekonomi woot woot!), ceramah, penerangan, aktiviti sukan dan yang paling diberi penekanan, sorakan atau 'cheers' dan tarian. Kalau sorak tak bertenaga, menari tak sama, habislah balik kolej kena marah dengan PM.
6. Antara aktiviti utama semasa MHS ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), senamrobik, slot tetamu jemputan (selalunya selebriti alumni UM. Masa sis dulu Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Fakulti Ekonomi woot woot!), ceramah, penerangan, aktiviti sukan dan yang paling diberi penekanan, sorakan atau 'cheers' dan tarian. Kalau sorak tak bertenaga, menari tak sama, habislah balik kolej kena marah dengan PM.
TIPS PERSEDIAAN UNTUK SURVIVE MHS
1.
Ragging? Ya dan tidak. Terpulang macam mana anda tafsirkan istilah 'ragging' tu sendiri. Sila tidur
puas-puas sebelum daftar. Macam mana teruja pun anda nak masuk UM, sehari
sebelum daftar tu tolonglah tidur awal. Sebab seminggu tu anda akan tak cukup
rehat dan sangat penat. Kalau yang tak biasa bersenam ke apa, boleh la biasa-biasakan diri sikit-sikit. Aktiviti sangat padat dari subuh sampai lewat malam. Tak
dapatlah der nak tidur petang. Semua rushing dan perlu sampai on time kalau
taknak kena denda. So in a way, physically exhausted and mentally pressured.
Hmmm, ragging ke? You decide. Tapi takdalah suruh jadi kuli senior, cuci tandas
ke apa semua tu. Jangan risau. Cuma kalau anda sakit, mungkin anda akan dimarahi
(kalau setakat pening-pening and minor sickness) tapi lepas tu anda akan tetap dibawa
ke klinik jangan risau tahan telinga je hahaha. Well, understandable jugak la
sebab kalau tak, semua pura-pura sakit taknak buat aktiviti.
2.
Bawa fabric freshener. Disebabkan masa yang
sangat suntuk dan jadual yang padat, masa mandi anda kena berebut. Kadang-kadang bila
sis dah rasa rimas tahap dewa, sis skip waktu makan dan terus pergi mandi sebab kalau
tak, memang tak sempat mandi. Hanya 2 helai baju yang akan disediakan, 1 tshirt round-neck dan 1 lagi tshirt berkolar. Jadi bayangkanlah bila masanya
nak basuh? Haha. Jadi semburlah fabric freshener ke, perfume ke apa ke supaya
takdalah bau pelik-pelik.
3.
Warna tudung? Okay, setiap tahun baju kolej
akan tukar design and sometimes warna pun tukar. Jadi macam mana nak matching
tudung? Haaa. Tips dari sis, bawaklah baju inner apa-apa warna sekalipun dan padankanlah dengan warna tudung yang berkenaan. Jadi tak kiralah baju kolej anda warna apa sekalipun, tudung dan inner akan tetap match dan tak nampak janggal
sangat. Lagipun, memandangkan tshirt kolej limited, bila pakai inner, tshirt
tu takdalah berpeluh atau kotor sangat. So tukar inner je hari-hari baju maintain
bersih.
4.
Labelkan barangan anda. Anda akan diberikan satu
set barang-barang dari UM. Masa sis dulu ada payung, botol air, topi, beg galas dan kipas tangan. Semua pelajar diwajibkan bawa semua barangan ni ke mana-mana
saja. Memang bermasalah bila semua orang ada barang yang sama, bila letak satu
tempat dah confuse. Jadi labelkanlah barang anda as soon as anda dapat sebab
bimbang tertukar barang atau lebih teruk lagi, barang anda di-claim oleh orang lain yang
sebenarnya dah terhilangkan barang dia. Careful okay. Time solat especially beg
memang pening. Gigihlah nak bukak satu-satu tengok isi dalam.
5.
Jangan tidur di dalam DTC. Memang tak dapat dinafikan
kadang-kadang (selalu) ya rabbi mengantuknya duduk dalam air-cond dekat DTC tu dengar some
monotonous talks but trust me, jangan tidur. Cameraman akan aim je dekat pelajar yang tidur dan wajah anda yang sedang sedap tidur tu akan dipaparkan di skrin
besar untuk tontonan seluruh dewan. Hahaha kalau nak populariti setengah minit boleh la cuba. Dan jangan main phone jugak. Awas,
anda diperhatikan.
6.
Tonjolkan diri anda. Ambil bahagian secara aktif
dalam aktiviti yang dibuat. Pelajar-pelajar yang menyerlah di MHS mudah untuk dapat
tempat dalam projek-projek kolej. Tapi kalau anda good-looking secara automatic anda
akan terkenal dan dapat pelbagai peluang. Tak payah terkejutlah, that’s life
kan?
7.
Pemudahcara mahasiswa, apa tu? Okay mereka ni
dipanggil PM. Ada 2 jenis PM, PM kolej dan PM sentral. PM sentral anda akan
jumpa mereka di dalam DTC dan di aktiviti selain dari kolej. PM kolej ni pulak
akan uruskan anda di kolej, akan jadi fasilitator untuk kumpulan2 pecahan di
kolej. Mereka ni sangat membantu tapi kalau terlebih membantu tu faham-fahamlah
apa tujuannya hahaha. Kalau ada masalah boleh rujuk diorang. Selain dari PM sel
(anda akan dibahagikan ikut sel so satu kolej tu ada dalam beberapa sel), ada
jugak PM yang in-charge of unit disiplin, kebajikan and macam-macam unit lagi. Tapi
yang unit disiplin ni memang akan extra garang. Layankan je. Just a little heads
up, they are not who they claim to be so janganlah percaya sangat. I’m not
gonna spoil the fun so you guys go and experience it yea ;)
8. Tips terakhir, silalah ikuti laman-laman media sosial rasmi untuk batch anda. Ada Twitter official MHS tapi yang paling penting, ikuti laman rasmi Facebook untuk MHS, UM, kolej kediaman, fakulti, Malaysia Universities Bridging Platform, Info Freshies, Luahan UM :p and discover la macam-macam laman lagi ada. Yes I know, Facebook?! Mana ada orang pakai lagi kan. Ancient stuff. Tapi inilah yang berlaku dkt sis, disebabkan sis tak pakai Fb dah lama dah, I missed out on a lot of information. Jadi bersihkan sawang-sawang dekat Fb anda dan mesti, I repeat, MESTI aktif semula. Event, info, nak tanya soalan apa semua, platform utama komuniti UM ialah melalui Fb. Special untuk bakal freshies fakulti ekonomi, ikuti laman Fb rasmi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang akan datang.
8. Tips terakhir, silalah ikuti laman-laman media sosial rasmi untuk batch anda. Ada Twitter official MHS tapi yang paling penting, ikuti laman rasmi Facebook untuk MHS, UM, kolej kediaman, fakulti, Malaysia Universities Bridging Platform, Info Freshies, Luahan UM :p and discover la macam-macam laman lagi ada. Yes I know, Facebook?! Mana ada orang pakai lagi kan. Ancient stuff. Tapi inilah yang berlaku dkt sis, disebabkan sis tak pakai Fb dah lama dah, I missed out on a lot of information. Jadi bersihkan sawang-sawang dekat Fb anda dan mesti, I repeat, MESTI aktif semula. Event, info, nak tanya soalan apa semua, platform utama komuniti UM ialah melalui Fb. Special untuk bakal freshies fakulti ekonomi, ikuti laman Fb rasmi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang akan datang.
Okay setakat ni, itu je lah sedikit expectation setting dan tips yang sis dapat kongsikan. Mungkin anda ada tips-tips lain yang nak dikongsikan? Atau ada sebarang soalan? Bolehlah komen di bawah ye. Good luck untuk MHS. Welcome to the community! #UMisOne J
P/s everything that I’ve shared is based on my own personal
experience which was from MHS 2014. Some changes might have been made
throughout the years. And all the opinions given are from my very limited point
of view. You can choose to acknowledge it or ignore it. I’m just giving my two
cents. After all, we only listen to what we want to hear right? ;)
Pp/s some links may only be relevant to a certain batch. So do check for the year on the page itself.
Pp/s some links may only be relevant to a certain batch. So do check for the year on the page itself.
masa MHS hp kena rampas ke?
ReplyDeletemasa MHS hp kena rampas ke?
ReplyDeleteNo haha. They have no rights to do that.
DeleteKAK,RESULT SPM BERAPA? HEHE
ReplyDelete7As je in pure science stream.
Delete