Anda telah berjaya mendapat lebih daripada 1 tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda (bachelor’s degree) di IPTA
pilihan anda. Tahniah! Dan takziah. Haha, sekarang anda dalam dilemma untuk
membuat pilihan kan? Sudah semestinya, kalau tak anda takkan tersesat dekat
blog sis ni kan? Masa sis dulu permohonan masuk Universiti Malaya (UM) masih
diletakkan di bawah UPU jadi sis hanya ditawarkan satu tawaran sahaja. Tetapi
memandangkan tawaran tu memang pilihan pertama sis, tak fikir dua kali lagi
terus terima. Alhamdulillah.
Bermula dari tahun depannya, kemasukan UM diasingkan dari sistem
UPU. Jadi kebanyakan pelajar dapat lebih dari 1 tawaran. Sis nak kongsi sikit
apa yang anda perlu fikirkan sebelum membuat pilihan.
#1 Kursus yang ditawarkan
Ini yang paling utama. Pilih kursus yang anda minati
walaupun ianya di universiti yang anda tak berapa minat. Ini bagi yang dapat
tawaran kursus yang sangat berbeza. Contoh, perakaunan dan ekonomi. Macam sama
tapi jauh berbeza. Pilih apa yang anda minat sebab itu yang akan terus memotivasikan
anda untuk belajar. Tapi jika anda berada dalam salah satu dari keadaan ini:
i.
Ditawarkan kursus yang sama tapi di universiti yang
berlainan
ii.
Tak pasti apa yang anda minat dan belum ada
cita-cita
iii.
Tak kisah belajar apa pun anda akan cuba yang
terbaik
Teruskan membaca…
#2 Reputasi Universiti
Pilihlah universiti yang mempunyai reputasi yang baik. Jika
anda ada saudara-mara, guru-guru atau kawan-kawan yang pernah belajar di universiti
tersebut, tanyalah pandangan mereka. Buat sedikit research tentang latar
belakang universiti tersebut contohnya kadar “employability” graduan dari universiti
tersebut, senarai alumni atau paling mudah, ranking. Ye, cliché sangat kan. Dan
ye, tak semestinya ranking lebih tinggi tu bermakna universiti tu lebih baik.
Tapi kalau anda betul-betul tak tau nak buat pilihan, ranking tu mungkin dapat
membantu.
#3 Kursus
Lihat struktur kursus. Apa benda yang akan anda belajar
dalam kursus tersebut. Durasi kursus. Contoh perakaunan ada universiti 3.5
tahun ada yang 4 tahun. Lihat bila intership, bila anda akan tamat pengajian, ada
final year project (FYP) atau tidak, Bahasa pengantar kuliah (UKM kebanyakan
kursus diajar dalam Bahasa Melayu.), durasi praktikal, subjek core dan elektif,
boleh ambik elektif luar fakulti atau tidak, subjek-subjek wajib universiti dan
sebagainya. Contoh, di UM tak perlu ambil foreign language, di UMS wajib ambil Bahasa
asing. Ini mungkin akan mempengaruhi pilihan anda. Walaupun ranking sesebuah universiti
tu tinggi, tak semua kursus di uni tersebut bagus. Setiap universiti ada kelebihan
atau kursus pilihan pelajar. Akaun misalnya, UiTM dan UM adalah antara universiti
pilihan pelajar.
#4 Lokasi
Ambil kira lokasi universiti. Bandar atau luar bandar? Dekat
atau jauh dari rumah anda? Sesetengah pelajar suka belajar jauh dari rumah tapi
sis sendiri lebih suka belajar di kawasan berdekatan. Bukan sebab homesick ke
apa tapi nak travel lebih senang, kalau tak dapat duduk di kolej masih boleh
ulang-alik dari rumah dan apa-apa kecemasan ada keluarga berdekatan untuk bantu
kita dan untuk kita bantu mereka. Tapi orang kata jauh perjalanan luas
permandangan kan? Faktor lokasi ni juga penting dari segi akses kepada
kemudahan seperti kenderaan awam, rumah sewa, kedai-kedai (gerai makan, kedai
buku, kedai repair phone/laptop), hiburan/tempat lepak (ni penting, serius)
dsb. Ini jugalah yang akan menentukan kos sara diri anda sepanjang pengajian
nanti.
#5 Kemudahan dalam universiti
Kemudahan yang banyak dan berkualiti akan memberikan anda
pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Antaranya perpustakaan yang
resourceful, tempat riadah (padang, kolam renang, gym, stadium dll) yang
terurus, kedai buku, atm, bank, klinik pelajar, perkhidmatan bas, wi-fi dsb.
Tengok juga keadaan fakulti anda menarik atau tak. Pilihlah universiti yang
menawarkan banyak kemudahan sebab anda akan hidup di sana sekurang-kurangnya 3
tahun. Jadi tak salah kalau anda sedikit terperinci dalam memilih.
#6 Politik kampus
Sesetengah universiti sedikit extreme dan sesetengah universiti
tidak. Tapi tak kiralah macam mana pun, jangan takut untuk masuk sesebuah universiti
hanya kerana anda dengar berita-berita atau kontroversi politik di universiti
tersebut. Kalau anda tak libatkan diri dalam politik sama ada di kampus atau
luar kampus, tiada apa yang nak dirisaukan. Takda siapa akan kacau anda atau
paksa anda sertai politik. Hahaha takmau komen lebih tapi ini faktor yang anda TAK
patut fikirkan.
#7 Budaya pelajar
Persekitaran akan mempengaruhi anda. Dan kawan-kawan adalah
pengaruh yang terbesar. Jadi sebelum pilih universiti tu, kaji pelajar di situ.
Macam mana nak kaji? Selagi tak masuk belajar memang takkan dapat tahu kan?
Well yes. Tapi anda boleh agak-agak dari segi kelayakan pelajar-pelajar di
sesebuah universiti yang akan sedikit sebanyak reflect attitude mereka terhadap
pelajaran. Sis bagi contoh, batchmates sis memang sangat kompetitif. Pensyarah
bagi tugasan, jauh sebelum due date diorang dah siapkan, musim exam bertapa di
perpustakaan sepanjang hari sampai malam, buat kerja sangat efisien tapi dalam
masa yang sama mereka tak berat untuk membantu kawan-kawan lain. Okay mungkin
bukanlah semua orang macam tu tapi secara amnya sis berada dalam persekitaran
yang kompetitif. Anda perlu ambil kira faktor ini kerana sesetengah orang tak
boleh belajar dalam situasi yang stress. Tapi sesetengah orang pula perlukan
tekanan tu untuk memotivasikan diri supaya sama-sama usaha keras. Kita tengok
orang lain belajar, kita pun terdorong untuk belajar. Tapi boleh jadi jugak
kita dikelilingi oleh orang-orang yang excellent, kita rasa kita tak cukup
bagus dan give up. Mana satukah anda?
#8 Faktor kewangan
Antara IPTA pun ada beza dari segi kos. Contohnya, sis ada
tanya kawan-kawan yang belajar di UiTM, kos pengajian mereka lebih rendah dari
di universiti sis. Tu belum bandingkan kos kolej kediaman dan kos sara hidup
yang lain. Jika anda akan membiayai sendiri pengajian anda atau membuat
pinjaman, mungkin boleh ambil kira faktor ini juga.
Ini adalah 8 tips utama dalam pemilihan kursus atau universiti
(terutamanya di IPTA). Banyak lagi faktor yang membezakan sesebuah uni dari uni
yang lain tapi perbezaan itu saya kira tidak begitu signifikan. But then again,
it totally depends on your priority and preference.
Amacam sekarang? Dah boleh decide? If all else fails, just
go with your gut instinct. Never underestimate your intuition ;)
Pointer akak berapa dulu ? Dan akak lepasan apa ?
ReplyDeleteAkak lepasan STPM bidang kemanusiaan. My subjects were Pengajian Am, Sejarah, Pengajian Perniagaan and Ekonomi. My pointer was 4.00.
ReplyDeleteAkak dulu ada ke kwn form 6 science stream? Boleh britahu apa pngalamn mereka & pointer yg mereka dpt sbb saya nak kumpul sbrapa bnyak info ttg form 6 science stream sblum sya buat kputusan
DeleteAda tapi tak ramai in my school masa tu, less than 10 people for my batch. It is really tough. The best student at that time i think got a 3.5 rasanya.
DeleteAkk, akk rasa mana better either uum or uitm utk course accouting 😭
ReplyDeleteBetween UUM and UiTM, I hear UiTM is better in accounting. But depends on what kind of experience that you want in your uni life jugak lah. In UUM you will have multiracial friends so maybe the competition akan lebih stiff cuma the location pulak la dkt hujung dunia sana hehe. Kalau UiTM, your friends bumiputera je la tapi location in the city so your co-curricular activities maybe lebih menarik and banyak exposure and opportunities. Good luck!
DeleteAssalam kak..saya nak tnya saya pun lepasan stpm jgak..saya minat eko tapi saya takut kalau saya takleh nak bawak bidang eko ni nnti..eko ni banyak subjek killer ke kak??
ReplyDeleteAssalam Akak,terima kasih banyak², memang 200 peratusan berguna, sya pun bercadang nak ambik kursus Ekonomi Di UM, Alhamdullilah dgn blog Yang Akak tulis, sya lebih bersedia Dan seronok sebelum masuk ke UM
ReplyDeleteAkak nak Tanya, macam mana kalau nak mohon zakat dekat UM, UM Ada zakat sendiri Kan, sebab plan nak apply biasiswa, tpi biasanya biasiswa mmg lama tunggu, dh masuk mendaftar pun belum masuk lagi duit biasiswa,sebabtu plan nak mohon zakat dulu
ReplyDeletetolong jwbkan..dik..awak try mohon dgn adun kawasan kampung or kerajaan negri ade bantuan..
Deletehai..bagus sharing dik..tk kisah mana kite bljr janji kite kene usaha kuat kuat kan..tkde kejayaan dtg bergolek semua kene usaha kan..hehe..btw ..sis nak share ni..jika ade adik2 minat nk mengikuti diploma pendidikan awal kanak kanak-program ni kerjasam UPSI jgn segan wsp akak 011-16930576..sis juga bole bg advice utk course lain..jus wsp jer la yer ..
ReplyDelete