Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

Pakaian ke kuliah di Universiti Malaya



Semua universiti ada kod pakaian masing-masing. Tapi jika anda mahasiswa/i di Universiti Malaya, anda bertuah! Anda boleh pakai apa sahaja yang anda suka! Hahaha. P/s kebanyakan IPTA lain pun sama rasanya. Tapi ada juga sesetengah IPTA yang wajibkan pelajar memakai pakaian kebangsaan, pakaian formal dan sebagainya.
Entri kali ni sis akan kongsi idea untuk pakaian ke kuliah.

#1 T-shirt & jeans
Ni untuk hari yang anda malas nak fikir/gosok baju. Di UM tiada masalah untuk pakai jeans ke kelas. Ramai je student yang pakai macam ni. Sebabnya bila nak ke kelas tu especially masa tahun pertama, pelajar kena berjalan kaki. Dari kolej sis, jalan pintas untuk ke fakulti ialah melalui bukit yang agak curam so kira kena mendaki jugak lah. Jadi pakaian yang paling sesuai terutama bila kelas tengahari panas terik tu memang t-shirt dan jeans lah menjadi pilihan. Tapi sis sarankan untuk bawa sweater sebab masuk kuliah nanti sejuk macam duduk dalam peti ais 2 jam pulak tu haha.

Attended a festival after class in them comfy jeans and cardigan

Attire to exam hall on the last day of exam! 

#2 Baju kurung/jubah
Ramai kawan-kawan sis yang Melayu gemar berbaju kurung untuk ke kelas. Nampak sopan dan ayu kata mereka. Ini pakaian yang paling selamatlah. Tapi sebab sis ni memang takda maknanya nak ayu-ayu pegi kelas, sis hanya pakai baju kurung bila ada pembentangan sahaja. Hahaha. Ada sesetengah pensyarah yang tak kisah anda nak buat pembentangan pakai t-shirt pun boleh je tapi sis sarankan untuk pakai smart casual untuk presentation. Nampak la segak sikit.

Gambar first year semangat lagi pakai baju kurung siap pakai kad pelajar lagi hahaha.

Presentation day

#3 Blouse & skirt
Ini lagi lah ayu ya rabbi. Sis sendiri hanya berpakaian begini bila ada photoshoot atau pembentangan sahaja. Takda laranya nak panjat bukit dengan kain bagai. Tapi ini juga salah satu pakaian yang dibenarkan untuk dipakai ke kuliah. Kalau anda jenis suka bergaya, anda boleh juga pakai blouse dan tuck-in di dalam skirt labuh.
Photoshoot attire

Again, only wore this because of photoshoot

#4 Blouse & long pants (slacks/non-jeans)
This is my go-to outfit to class. Buttoned up blouse/kemeja kasual dipadankan dengan seluar panjang. Selesa, separa formal dan nampak professional. Nampak macam terpelajar la konon-konon. Walaupun sebenarnya tak. Hahaha. Mudah nak bergerak, nak solat, nak makan. Sebab anda akan luangkan masa di fakulti tu lebih kurang separa hari, dari pagi hinggalah habis semua kelas di waktu petang. Nasihat sis, jangan gadaikan keselesaan untuk kecantikan. Yang penting kemas and presentable.
Balik kelas roommate ajak beriadah. Gua dengan dressy top bagai.
Setiap isnin pakai biru. Monday blues kan.

#5 Pakaian sukan
Boleh, takda masalah. Silakan. Nak pakai jersey dengan sweatpants ke, top-to-toe Adidas ke, tights ke, tracksuit ke, semua boleh. Tapi syarat-syaratnya nanti sis kongsi di bawah.

#6 Dress/Onesie
Asalkan menepati kriteria di bawah, boleh pakai, takda hal. Takda siapa marah. Pakai baju tidur pun boleh baq hang. Settle.

Etika pakaian
Okay, takda kod pakaian yang tertentu tapi semestinya ada etika pakaian. Dan pakaian yang dilarang.

#1 Pakaian tidak terlalu ketat
Nak pakai tights tu kalau badan anda sekeping boleh je, orang tak perasan sangat. Tapi kalau nampak seksi nauu tu faham-fahamlah. Kalau nak pakai skirt tu biarlah yang flowy. Nak ketat-ketat buat apa, nak jalan pun susah. Ni universiti bukan runway.

#2 No sleeveless
Jadi kalau nak pakai pakaian sukan atau dress tu boleh Cuma tak boleh yang tak berlengan. Kalau nak sangat, pakailah cardigan di luarnya.

#3 Pakaian tidak singkat
Kalau pakai skirt tak boleh di atas peha. Baju pun tak boleh la Nampak pusat ke apa ke. Tak dinafikan ada je yang pakai, takda siapa tegur pun tapi bulat la bijik mata orang menengoknya. Kalau tak kisah takpalah. Tapi ada jugak pensyarah yang tegas akan tegur terus. Jadi lebih baik janganlah. Seluar pendek pun no-no.

Simple je etika pakaian di UM ni. Pakailah apa pun asalkan sopan. Have fun pilih-pilih outfit. Tapi percayalah, awal-awal je semangat nak bergaya, dah lama-lama sarung je apa saja yang ada hahaha. Beralih kepada kasut pulak. Antara kasut-kasut yang selalunya pelajar pakai; sandals, kasut sukan, kasut hitam tumit (photoshoot), kasut kulit (pembentangan), kasut tinggi (ada je yang gigih) dan slippers. Ye selipar jepun pun boleh. Pakailah. Tapi masa pembentangan kalau boleh janganlah. Kadang-kadang markah pakaian pun diambil kira jugak jadi pakailah kasut bertutup kalau nak present tu. Cumanya di UM ni kalau pakai selipar, tak boleh masuk perpustakaan. Sama jugak dengan rambut, di UM ramai je yang rambut warna-warni (hijau merah ungu semua) tapi kalau nak masuk perpustakaan silalah pakai topi sebab jika tidak anda takkan dibenarkan masuk.


Sis sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab di UM peraturannya tidaklah begitu ketat. Pelajar diberikan kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan. Pilihan itulah yang menentukan anda bijak atau tidak. Harapan sis agar pelajar tak ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan dan gunakan platform ini untuk mencorakkan personaliti anda. Adakah anda nak dikenali sebagai pelajar yang serabai? Your choice.

:)

Wednesday, August 17, 2016

Perbezaan kuliah dan tutorial


Entri kali ni sis nak kongsi apa itu kuliah (lecture) dan apa itu tutorial. Jika anda macam sis, anda pun mungkin tak pernah ada 2 jenis kelas macam ni. Masa STPM ada satu kelas je untuk setiap subjek. Masa kelas tu la sumbat sekali belajar, buat latihan, buat kerja kursus dan lain-lain. Di peringkat sarjana muda di universiti setiap subjek terbahagi kepada dua jenis kelas; kuliah dan tutorial. Ini melibatkan semua subjek kecuali subjek wajib universiti yang hanya ada kuliah sahaja. Kalau anda perasan setiap subjek ada jam kredit (credit hour) yang tertentu kan? Subjek wajib uni biasanya 2 jam kredit jadi 2 jam tu diperuntukkan untuk kuliah. Subjek-subjek yang 3 jam kredit atau lebih akan dibahagikan 2 jam untuk kuliah dan selebihnya untuk tutorial.

KULIAH
Kuliah atau lecture ni menggabungkan semua pelajar yang mengambil subjek tersebut. Biasanya dalam 80 orang pelajar dan akan diadakan di dewan kuliah yang besar. Di dalam kuliah akan berlaku pembelajaran sehala di mana pensyarah akan mengajar menggunakan slides powerpoint di hadapan dan pelajar hanya mendengar. Di akhir kelas pensyarah akan buka ruang untuk sebarang pertanyaan. Disebabkan saiz kelas yang besar, kebanyakan pensyarah tak perasan atau perasan tapi tak peduli sama ada anda dengar atau tidak. Jadi di dalam kuliah, inisiatif masing-masing tu penting. Ini bukan lagi macam peringkat sekolah kena hantar buku nota atau salin apa yang cikgu ajar. Terpulang pada cara masing-masing. Kalau rasa nak salin boleh, buat nota sendiri boleh, rely sepenuhnya dengan slides lecturer boleh, taknak buat apa-apa pun boleh.

Inilah yang membezakan sekolah dengan universiti. Universiti menekankan inisiatif dan usaha pelajar itu sendiri. Anda tidak akan dipaksa untuk buat apa-apa. Cara pembelajaran sangat fleksibel. Ye la, di sekolah dulu pelajar selalu merungut, dia tak salin nota pun asalkan boleh jawab peperiksaan sudahlah kan? Di uni, anda buatlah ikut cara anda. Pensyarah takkan suap anda. Jadi kalau anda gagal, ketahuilah itu semua pilihan anda sendiri. Ramai pelajar yang jadi terlalu selesa dan seronok dengan kebebasan dan fleksibiliti yang diberikan sehingga lalai untuk berusaha. Sendiri mau ingatlah ye.

Kuliah ni juga boleh dibatalkan atau ditunda bila-bila masa sahaja with or without prior notice. Tapi jangan seronok sangatlah, ianya akan diganti juga pada bila-bila masa je. Tak kira lah weekend atau hari biasa sama ada anda boleh hadir atau tidak. Kalau kelas ganti clashing dengan kelas lain? Pilihlah salah satu. Haha.

TUTORIAL
Tutorial ni pula ialah kelas kecil untuk buat latihan/praktikkan apa yang telah dipelajari. Saiz kelas biasanya maksimum 25 orang dan berdurasi selama sejam. Pensyarah boleh jadi pensyarah yang berbeza dengan kuliah. Kita panggil mereka tutor. Di dalam tutorial, tutor dapat bimbing kita dengan lebih dekat kerana saiz kelas yang kecil. Tutorial biasanya akan hanya bermula pada minggu ke-3 atau ke-4 pembelajaran. Berdasarkan pengalaman sis setelah mengambil lebih kurang 20 subjek dengan tutorial, ada beberapa pendekatan yang tutor biasanya akan gunakan dalam tutorial.

#1 Bincang dan hantar latihan individu
Cara ni digunakan untuk subjek mengira. Di dalam kelas teori akan diajar. Kemudian, soalan akan dimuatnaik dalam portal pelajar pada setiap minggu. Anda kena siapkan secara individu. Faham ke tak faham ke pandai-pandailah buat. Di dalam tutorial anda perlu hantar jawapan anda dan bincangkan jalan kerja di hadapan (tutor pilih secara rawak).

#2 Bincang dan hantar latihan berkumpulan
Sama juga seperti cara diatas. Cuma untuk berkumpulan ni, anda kena berjumpa dengan ahli kumpulan anda untuk bincang jawapan setiap minggu. Kemudian assign seorang untuk tuliskan jawapan dan hantarkan. Biasanya ikut giliran lah tiap minggu. Tapi ada satu subjek sis ni, disebabkan semua ahli terlalu sibuk dan jadual yang clashing menyukarkan kami untuk berjumpa, kami ambil giliran untuk membuat seluruh tutorial setiap minggu. Contoh, minggu pertama sis buat, minggu kedua si A pula, minggu ketiga giliran si B dan macam tu lah seterusnya. Bila tiba giliran ahli tersebut, dialah yang dipertanggungjawabkan untuk buat dari A hingga Z. Cari jawapan, tulis jawapan, hantar pada tutor.

#3 Presentation
Presentation ni pun boleh jadi secara individu atau berkumpulan. Soalan akan diberikan sebelum sesuatu tutorial dan jadual individu/kumpulan yang perlu bentang akan diberikan lebih awal. Jadi kalau minggu tu anda kena bentang, maka anda perlulah bersedia. Subjek yang biasanya guna pendekatan ni ialah subjek membaca. Banyak fakta yang perlu anda cari untuk menjawab soalan yang diberikan. Kumpulkan maklumat, jika berkumpulan bahagikan tugas, buat slides dan bentang bahagian masing-masing. Bersedia untuk sesi soal jawab. Pastikan anda mempunyai kefahaman yang lengkap mengenai topik anda supaya tak tergagap nak jawab di depan. Cara anda berpakaian pun akan dinilai.

Jika minggu itu bukan giliran anda? Jangan fikir anda selamat. Ada sesetengah tutor yang akan suruh setiap kumpulan mengajukan soalan kepada kumpulan pembentang. Jadi anda mesti fokus dan tahu juga apa yang dibentangkan di hadapan. Soalan pulak tak boleh soalan yang tidak menguji pembentang atau soalan asas seperti “Apakah definisi ….” Atau soalan terlalu am seperti “Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai….” Ini menunjukkan anda tak alert semasa pembentangan.

#4 Perbincangan
Sis secara personal sukakan pendekatan ini. Sangat moden dan interaktif. Pelajar akan diberikan suatu input contohnya video, keratan akhbar, gambar dan sebagainya, dan pelajar akan diminta berbincang mengenai isu tersebut. Sama ada menyuarakan pendapat, berkongsi pengalaman anda tentang topik tersebut, bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Sis sangat suka cara ni kerana ianya memberikan platform untuk pelajar bersuara. Anda dibenarkan memberikan apa-apa sahaja pendapat asalkan anda boleh menyokongnya dengan hujah-hujah dan contoh dalam dunia sebenar. Tiada siapa yang salah atau betul. Ini menjana keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Anda akan kagum dengan apa yang ada dalam minda pelajar lain, sangat menarik. Selalunya kaedah ini digunakan untuk subjek yang berunsur development atau sains sosial di mana banyak isu-isu semasa yang boleh dikupas sejajar dengan apa yang dipelajari.

#5 Praktikal di makmal
Sis tak pasti tentang kursus sains, tapi berdasarkan pengalaman sis dalam bidang ekonomi, kami juga ada praktikal di makmal. Makmal komputer la haha. Ini relevan untuk subjek statistik di mana kami akan diajar untuk menggunakan software statistik seperti SPSS dan Excel. Ada satu subjek sis yang tutor ajar step-by-step cara menggunakan perisian tersebut dan pada akhir tutorial hasil kerja mesti dihantar secara online. Ada lagi satu subjek sis pulak, kita diberikan soalan lebih awal, dalam tutorial hanya akan bincangkan jawapan sahaja. Jadi sangat laju. Kalau anda tak buat sebelum tutorial memang terlopong lah anda tak faham apa yang berlaku di depan. Not so easy to run statistical tests on the spot mind you. Requires time and hell loads of patience.


Jadi itulah dia sis dah kongsi 5 jenis tutorial dan beza antara tutorial dengan kuliah. Selamat menempuhi dunia universiti :)


 After our Malaysian Econs last presentation. Coincidentally color-coordinated :D

This is the size of a tutorial class.

After our final Micro II presentation on Uber and Grab.

Sporting lecturer posing w us :B

Pizza party by lecturer after our last Sociology Development tutorial :D

Thursday, August 11, 2016

Dilema memilih kursus dan universiti


Anda telah berjaya mendapat lebih daripada 1 tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda (bachelor’s degree) di IPTA pilihan anda. Tahniah! Dan takziah. Haha, sekarang anda dalam dilemma untuk membuat pilihan kan? Sudah semestinya, kalau tak anda takkan tersesat dekat blog sis ni kan? Masa sis dulu permohonan masuk Universiti Malaya (UM) masih diletakkan di bawah UPU jadi sis hanya ditawarkan satu tawaran sahaja. Tetapi memandangkan tawaran tu memang pilihan pertama sis, tak fikir dua kali lagi terus terima. Alhamdulillah.
Bermula dari tahun depannya, kemasukan UM diasingkan dari sistem UPU. Jadi kebanyakan pelajar dapat lebih dari 1 tawaran. Sis nak kongsi sikit apa yang anda perlu fikirkan sebelum membuat pilihan.

#1 Kursus yang ditawarkan
Ini yang paling utama. Pilih kursus yang anda minati walaupun ianya di universiti yang anda tak berapa minat. Ini bagi yang dapat tawaran kursus yang sangat berbeza. Contoh, perakaunan dan ekonomi. Macam sama tapi jauh berbeza. Pilih apa yang anda minat sebab itu yang akan terus memotivasikan anda untuk belajar. Tapi jika anda berada dalam salah satu dari keadaan ini:
i.                     Ditawarkan kursus yang sama tapi di universiti yang berlainan
ii.                   Tak pasti apa yang anda minat dan belum ada cita-cita
iii.                  Tak kisah belajar apa pun anda akan cuba yang terbaik
Teruskan membaca…

#2 Reputasi Universiti
Pilihlah universiti yang mempunyai reputasi yang baik. Jika anda ada saudara-mara, guru-guru atau kawan-kawan yang pernah belajar di universiti tersebut, tanyalah pandangan mereka. Buat sedikit research tentang latar belakang universiti tersebut contohnya kadar “employability” graduan dari universiti tersebut, senarai alumni atau paling mudah, ranking. Ye, cliché sangat kan. Dan ye, tak semestinya ranking lebih tinggi tu bermakna universiti tu lebih baik. Tapi kalau anda betul-betul tak tau nak buat pilihan, ranking tu mungkin dapat membantu.

#3 Kursus
Lihat struktur kursus. Apa benda yang akan anda belajar dalam kursus tersebut. Durasi kursus. Contoh perakaunan ada universiti 3.5 tahun ada yang 4 tahun. Lihat bila intership, bila anda akan tamat pengajian, ada final year project (FYP) atau tidak, Bahasa pengantar kuliah (UKM kebanyakan kursus diajar dalam Bahasa Melayu.), durasi praktikal, subjek core dan elektif, boleh ambik elektif luar fakulti atau tidak, subjek-subjek wajib universiti dan sebagainya. Contoh, di UM tak perlu ambil foreign language, di UMS wajib ambil Bahasa asing. Ini mungkin akan mempengaruhi pilihan anda. Walaupun ranking sesebuah universiti tu tinggi, tak semua kursus di uni tersebut bagus. Setiap universiti ada kelebihan atau kursus pilihan pelajar. Akaun misalnya, UiTM dan UM adalah antara universiti pilihan pelajar.

#4 Lokasi
Ambil kira lokasi universiti. Bandar atau luar bandar? Dekat atau jauh dari rumah anda? Sesetengah pelajar suka belajar jauh dari rumah tapi sis sendiri lebih suka belajar di kawasan berdekatan. Bukan sebab homesick ke apa tapi nak travel lebih senang, kalau tak dapat duduk di kolej masih boleh ulang-alik dari rumah dan apa-apa kecemasan ada keluarga berdekatan untuk bantu kita dan untuk kita bantu mereka. Tapi orang kata jauh perjalanan luas permandangan kan? Faktor lokasi ni juga penting dari segi akses kepada kemudahan seperti kenderaan awam, rumah sewa, kedai-kedai (gerai makan, kedai buku, kedai repair phone/laptop), hiburan/tempat lepak (ni penting, serius) dsb. Ini jugalah yang akan menentukan kos sara diri anda sepanjang pengajian nanti.

#5 Kemudahan dalam universiti
Kemudahan yang banyak dan berkualiti akan memberikan anda pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Antaranya perpustakaan yang resourceful, tempat riadah (padang, kolam renang, gym, stadium dll) yang terurus, kedai buku, atm, bank, klinik pelajar, perkhidmatan bas, wi-fi dsb. Tengok juga keadaan fakulti anda menarik atau tak. Pilihlah universiti yang menawarkan banyak kemudahan sebab anda akan hidup di sana sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi tak salah kalau anda sedikit terperinci dalam memilih.

#6 Politik kampus
Sesetengah universiti sedikit extreme dan sesetengah universiti tidak. Tapi tak kiralah macam mana pun, jangan takut untuk masuk sesebuah universiti hanya kerana anda dengar berita-berita atau kontroversi politik di universiti tersebut. Kalau anda tak libatkan diri dalam politik sama ada di kampus atau luar kampus, tiada apa yang nak dirisaukan. Takda siapa akan kacau anda atau paksa anda sertai politik. Hahaha takmau komen lebih tapi ini faktor yang anda TAK patut fikirkan.

#7 Budaya pelajar
Persekitaran akan mempengaruhi anda. Dan kawan-kawan adalah pengaruh yang terbesar. Jadi sebelum pilih universiti tu, kaji pelajar di situ. Macam mana nak kaji? Selagi tak masuk belajar memang takkan dapat tahu kan? Well yes. Tapi anda boleh agak-agak dari segi kelayakan pelajar-pelajar di sesebuah universiti yang akan sedikit sebanyak reflect attitude mereka terhadap pelajaran. Sis bagi contoh, batchmates sis memang sangat kompetitif. Pensyarah bagi tugasan, jauh sebelum due date diorang dah siapkan, musim exam bertapa di perpustakaan sepanjang hari sampai malam, buat kerja sangat efisien tapi dalam masa yang sama mereka tak berat untuk membantu kawan-kawan lain. Okay mungkin bukanlah semua orang macam tu tapi secara amnya sis berada dalam persekitaran yang kompetitif. Anda perlu ambil kira faktor ini kerana sesetengah orang tak boleh belajar dalam situasi yang stress. Tapi sesetengah orang pula perlukan tekanan tu untuk memotivasikan diri supaya sama-sama usaha keras. Kita tengok orang lain belajar, kita pun terdorong untuk belajar. Tapi boleh jadi jugak kita dikelilingi oleh orang-orang yang excellent, kita rasa kita tak cukup bagus dan give up. Mana satukah anda?

#8 Faktor kewangan
Antara IPTA pun ada beza dari segi kos. Contohnya, sis ada tanya kawan-kawan yang belajar di UiTM, kos pengajian mereka lebih rendah dari di universiti sis. Tu belum bandingkan kos kolej kediaman dan kos sara hidup yang lain. Jika anda akan membiayai sendiri pengajian anda atau membuat pinjaman, mungkin boleh ambil kira faktor ini juga.

Ini adalah 8 tips utama dalam pemilihan kursus atau universiti (terutamanya di IPTA). Banyak lagi faktor yang membezakan sesebuah uni dari uni yang lain tapi perbezaan itu saya kira tidak begitu signifikan. But then again, it totally depends on your priority and preference.


Amacam sekarang? Dah boleh decide? If all else fails, just go with your gut instinct. Never underestimate your intuition ;)