Showing posts with label fakulti. Show all posts
Showing posts with label fakulti. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

UM EduCarnival 2017!



Hi semua, hari ini (17 Mac 2017) merupakan hari pertama UM EduCarnival berlangsung di UM. Sis berkesempatan singgah tadi untuk tengok sendiri suasana di sana. Memang meriah, UM did a great job (Y) Kudos!

UM EduCarnival is an open day for the public to discover the courses offered in UM. Karnival ni meliputi semua tahap pengajian (Asasi UM, Degree and Postgraduate Studies) dan merangkumi semua bidang pengajian yang ditawarkan di UM! Di sini anda boleh bertanyakan semua persoalan-persoalan anda tentang syarat kelayakan, kos pengajian, subjek-subjek di dalam sesuatu kursus, tempoh kursus, peluang-peluang yang ada dan lain-lain. Staff dan pensyarah akan berada di booth masing-masing bersedia untuk menjawab pertanyaan anda. Jangan segan okay :)

Disebabkan event ini adalah karnival, jadi tak lengkaplah kalau tiada jualan kan? Ada pelbagai gerai yang dibuka di sekitar karnival. Gerai makanan dan minuman, gerai makanan dari pelajar antarabangsa pun ada (gerai makanan Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Thailand), gerai pakaian, food trucks, booth merchandise UM (tshirts, button badge, fridge magnet, tumbler, pendrive dll). 

Selain itu, ada juga booth oleh partners seperti International University of Malaya-Wales (IUMW), PTPTN, Bank Islam, Graduan, Oishi Green Tea, Uber, Proton, Sime Darby, TM dll. Entertainment pula ada persembahan muzik dan tarian dari Pusat Kebudayaan, cheers dari kolej-kolej kediaman bersama maskot masing-masing dan banyak tempat-tempat menarik untuk ambil gambar!

UM EduCarnival akan berlangsung pada hari ini dan esok (17 & 18 Mac 2017) dari pukul 9am - 5pm bertempat di Bangunan Peperiksaan UM (yang baru). Kalau anda masuk dari gate KL, selepas kolej 1 tu masuk kiri. Tempat parking luas, kalau penuh pun, boleh park di DTC, akan ada shuttle bus yang akan hantar anda ke exam hall. Don't worry, banyak papan tanda yang diletakkan, insyaAllah ada takkan sesat.

Jangan lepaskan peluang!

P/s sis share gambar pelan lantai dan tentatif acara. Boleh klik untuk tengok dengan lebih jelas.
Have fun :D










Gambar ni sis tangkap dekat Exam Hall. Nice building right? ;)

See ya in the next post!

Sunday, August 21, 2016

Pakaian ke kuliah di Universiti Malaya



Semua universiti ada kod pakaian masing-masing. Tapi jika anda mahasiswa/i di Universiti Malaya, anda bertuah! Anda boleh pakai apa sahaja yang anda suka! Hahaha. P/s kebanyakan IPTA lain pun sama rasanya. Tapi ada juga sesetengah IPTA yang wajibkan pelajar memakai pakaian kebangsaan, pakaian formal dan sebagainya.
Entri kali ni sis akan kongsi idea untuk pakaian ke kuliah.

#1 T-shirt & jeans
Ni untuk hari yang anda malas nak fikir/gosok baju. Di UM tiada masalah untuk pakai jeans ke kelas. Ramai je student yang pakai macam ni. Sebabnya bila nak ke kelas tu especially masa tahun pertama, pelajar kena berjalan kaki. Dari kolej sis, jalan pintas untuk ke fakulti ialah melalui bukit yang agak curam so kira kena mendaki jugak lah. Jadi pakaian yang paling sesuai terutama bila kelas tengahari panas terik tu memang t-shirt dan jeans lah menjadi pilihan. Tapi sis sarankan untuk bawa sweater sebab masuk kuliah nanti sejuk macam duduk dalam peti ais 2 jam pulak tu haha.

Attended a festival after class in them comfy jeans and cardigan

Attire to exam hall on the last day of exam! 

#2 Baju kurung/jubah
Ramai kawan-kawan sis yang Melayu gemar berbaju kurung untuk ke kelas. Nampak sopan dan ayu kata mereka. Ini pakaian yang paling selamatlah. Tapi sebab sis ni memang takda maknanya nak ayu-ayu pegi kelas, sis hanya pakai baju kurung bila ada pembentangan sahaja. Hahaha. Ada sesetengah pensyarah yang tak kisah anda nak buat pembentangan pakai t-shirt pun boleh je tapi sis sarankan untuk pakai smart casual untuk presentation. Nampak la segak sikit.

Gambar first year semangat lagi pakai baju kurung siap pakai kad pelajar lagi hahaha.

Presentation day

#3 Blouse & skirt
Ini lagi lah ayu ya rabbi. Sis sendiri hanya berpakaian begini bila ada photoshoot atau pembentangan sahaja. Takda laranya nak panjat bukit dengan kain bagai. Tapi ini juga salah satu pakaian yang dibenarkan untuk dipakai ke kuliah. Kalau anda jenis suka bergaya, anda boleh juga pakai blouse dan tuck-in di dalam skirt labuh.
Photoshoot attire

Again, only wore this because of photoshoot

#4 Blouse & long pants (slacks/non-jeans)
This is my go-to outfit to class. Buttoned up blouse/kemeja kasual dipadankan dengan seluar panjang. Selesa, separa formal dan nampak professional. Nampak macam terpelajar la konon-konon. Walaupun sebenarnya tak. Hahaha. Mudah nak bergerak, nak solat, nak makan. Sebab anda akan luangkan masa di fakulti tu lebih kurang separa hari, dari pagi hinggalah habis semua kelas di waktu petang. Nasihat sis, jangan gadaikan keselesaan untuk kecantikan. Yang penting kemas and presentable.
Balik kelas roommate ajak beriadah. Gua dengan dressy top bagai.
Setiap isnin pakai biru. Monday blues kan.

#5 Pakaian sukan
Boleh, takda masalah. Silakan. Nak pakai jersey dengan sweatpants ke, top-to-toe Adidas ke, tights ke, tracksuit ke, semua boleh. Tapi syarat-syaratnya nanti sis kongsi di bawah.

#6 Dress/Onesie
Asalkan menepati kriteria di bawah, boleh pakai, takda hal. Takda siapa marah. Pakai baju tidur pun boleh baq hang. Settle.

Etika pakaian
Okay, takda kod pakaian yang tertentu tapi semestinya ada etika pakaian. Dan pakaian yang dilarang.

#1 Pakaian tidak terlalu ketat
Nak pakai tights tu kalau badan anda sekeping boleh je, orang tak perasan sangat. Tapi kalau nampak seksi nauu tu faham-fahamlah. Kalau nak pakai skirt tu biarlah yang flowy. Nak ketat-ketat buat apa, nak jalan pun susah. Ni universiti bukan runway.

#2 No sleeveless
Jadi kalau nak pakai pakaian sukan atau dress tu boleh Cuma tak boleh yang tak berlengan. Kalau nak sangat, pakailah cardigan di luarnya.

#3 Pakaian tidak singkat
Kalau pakai skirt tak boleh di atas peha. Baju pun tak boleh la Nampak pusat ke apa ke. Tak dinafikan ada je yang pakai, takda siapa tegur pun tapi bulat la bijik mata orang menengoknya. Kalau tak kisah takpalah. Tapi ada jugak pensyarah yang tegas akan tegur terus. Jadi lebih baik janganlah. Seluar pendek pun no-no.

Simple je etika pakaian di UM ni. Pakailah apa pun asalkan sopan. Have fun pilih-pilih outfit. Tapi percayalah, awal-awal je semangat nak bergaya, dah lama-lama sarung je apa saja yang ada hahaha. Beralih kepada kasut pulak. Antara kasut-kasut yang selalunya pelajar pakai; sandals, kasut sukan, kasut hitam tumit (photoshoot), kasut kulit (pembentangan), kasut tinggi (ada je yang gigih) dan slippers. Ye selipar jepun pun boleh. Pakailah. Tapi masa pembentangan kalau boleh janganlah. Kadang-kadang markah pakaian pun diambil kira jugak jadi pakailah kasut bertutup kalau nak present tu. Cumanya di UM ni kalau pakai selipar, tak boleh masuk perpustakaan. Sama jugak dengan rambut, di UM ramai je yang rambut warna-warni (hijau merah ungu semua) tapi kalau nak masuk perpustakaan silalah pakai topi sebab jika tidak anda takkan dibenarkan masuk.


Sis sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab di UM peraturannya tidaklah begitu ketat. Pelajar diberikan kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan. Pilihan itulah yang menentukan anda bijak atau tidak. Harapan sis agar pelajar tak ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan dan gunakan platform ini untuk mencorakkan personaliti anda. Adakah anda nak dikenali sebagai pelajar yang serabai? Your choice.

:)

Wednesday, August 10, 2016

Persediaan menghadapi Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya


Keputusan kemasukan ke IPTA untuk pengajian peringkat sarjana muda baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Tahniah sis ucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan tempat di universiti masing-masing dalam bidang pengajian pilihan anda. Sis scroll Twitter dan Facebook dua tiga hari ni, timeline dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat datang kepada bakal-bakal mahasiswa/i universiti. Ini mengingatkan sis masa sis baru ditawarkan untuk belajar di Universiti Malaya sesi 2014/2015. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga dah dekat UM ni.
Program pertama yang anda akan lalui (dan terpaksa lalui) ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang akan berlangsung selama seminggu kebiasaannya awal bulan September. Jadi, sis nak kongsi sikit tips dan apa yang anda boleh expect tentang MHS ni.

APA ITU MHS?

 1. MHS ialah minggu orientasi pelajar baru. Anda akan didedahkan dengan macam-macam info tentang UM:
i. Kolej kediaman masing-masing (pengurusan, kemudahan, peraturan dsb)
ii. Universiti (pentadbiran, kelab-kelab yang ada, aktiviti/program tahunan)
iii. Fakulti & kursus masing-masing (akan ada satu slot di mana anda akan dibawa ke fakulti dan penerangan akan diberikan oleh pihak fakulti berkenaan kursus anda)

2. Pendedahan kepada budaya UM. Anda akan diajarkan lagu UM, lagu kolej, lagu tema MHS, akan disuruh lawan cheers dan menari.

3. Bantu pelajar mendaftar. Anda akan dibantu step-by-step dalam mendaftarkan akaun siswamail anda yang akan membolehkan anda mengakses siswamail, myum, spectrum, ctes dan basically semua website UM.

4. Memperkenalkan anda dengan lokasi-lokasi penting di UM. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang MHS dan antara tujuan utamanya ialah untuk memperkenalkan anda dengan kawasan di dalam kampus UM yang boleh saya katakan agak besar. Kebanyakan aktiviti akan dilakukan di dalam Dewan Tunku Canselor (DTC). Jika anda tinggal di kolej-kolej yang agak jauh dari DTC, anda bertuah! Anda akan dibawa dengan bas untuk ke DTC. Mcm sis sendiri, duduk dekat kolej 4 dan kawasan sewaktu dengannya (kolej 3 & 7), jalan kaki lah ye. Takda sehari pun dapat naik bas ke mana-mana masa MHS. Antara tempat yang anda akan pergi, DTC, Padang Varsiti dan fakulti anda masing-masing.

5. Mencari bakat-bakat tersembunyi. Seniors akan perhatikan mahasiswa/i yang outstanding dan berbakat dalam sukan, kesenian dan sebagainya untuk dijadikan pelapis. Yang suara lantang dan kuat akan dipilih jadi booster untuk cheers dan biasanya booster ni akan jadi famous secara automatic haha.

6. Antara aktiviti utama semasa MHS ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), senamrobik, slot tetamu jemputan (selalunya selebriti alumni UM. Masa sis dulu Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Fakulti Ekonomi woot woot!), ceramah, penerangan, aktiviti sukan dan yang paling diberi penekanan, sorakan atau 'cheers' dan tarian. Kalau sorak tak bertenaga, menari tak sama, habislah balik kolej kena marah dengan PM.

TIPS PERSEDIAAN UNTUK SURVIVE MHS

1.       Ragging? Ya dan tidak. Terpulang macam mana anda tafsirkan istilah 'ragging' tu sendiri. Sila tidur puas-puas sebelum daftar. Macam mana teruja pun anda nak masuk UM, sehari sebelum daftar tu tolonglah tidur awal. Sebab seminggu tu anda akan tak cukup rehat dan sangat penat. Kalau yang tak biasa bersenam ke apa, boleh la biasa-biasakan diri sikit-sikit. Aktiviti sangat padat dari subuh sampai lewat malam. Tak dapatlah der nak tidur petang. Semua rushing dan perlu sampai on time kalau taknak kena denda. So in a way, physically exhausted and mentally pressured. Hmmm, ragging ke? You decide. Tapi takdalah suruh jadi kuli senior, cuci tandas ke apa semua tu. Jangan risau. Cuma kalau anda sakit, mungkin anda akan dimarahi (kalau setakat pening-pening and minor sickness) tapi lepas tu anda akan tetap dibawa ke klinik jangan risau tahan telinga je hahaha. Well, understandable jugak la sebab kalau tak, semua pura-pura sakit taknak buat aktiviti.

2.       Bawa fabric freshener. Disebabkan masa yang sangat suntuk dan jadual yang padat, masa mandi anda kena berebut. Kadang-kadang bila sis dah rasa rimas tahap dewa, sis skip waktu makan dan terus pergi mandi sebab kalau tak, memang tak sempat mandi. Hanya 2 helai baju yang akan disediakan, 1 tshirt round-neck dan 1 lagi tshirt berkolar. Jadi bayangkanlah bila masanya nak basuh? Haha. Jadi semburlah fabric freshener ke, perfume ke apa ke supaya takdalah bau pelik-pelik.

3.       Warna tudung? Okay, setiap tahun baju kolej akan tukar design and sometimes warna pun tukar. Jadi macam mana nak matching tudung? Haaa. Tips dari sis, bawaklah baju inner apa-apa warna sekalipun dan padankanlah dengan warna tudung yang berkenaan. Jadi tak kiralah baju kolej anda warna apa sekalipun, tudung dan inner akan tetap match dan tak nampak janggal sangat. Lagipun, memandangkan tshirt kolej limited, bila pakai inner, tshirt tu takdalah berpeluh atau kotor sangat. So tukar inner je hari-hari baju maintain bersih.

4.       Labelkan barangan anda. Anda akan diberikan satu set barang-barang dari UM. Masa sis dulu ada payung, botol air, topi, beg galas dan kipas tangan. Semua pelajar diwajibkan bawa semua barangan ni ke mana-mana saja. Memang bermasalah bila semua orang ada barang yang sama, bila letak satu tempat dah confuse. Jadi labelkanlah barang anda as soon as anda dapat sebab bimbang tertukar barang atau lebih teruk lagi, barang anda di-claim oleh orang lain yang sebenarnya dah terhilangkan barang dia. Careful okay. Time solat especially beg memang pening. Gigihlah nak bukak satu-satu tengok isi dalam.

5.       Jangan tidur di dalam DTC. Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang (selalu) ya rabbi mengantuknya duduk dalam air-cond dekat DTC tu dengar some monotonous talks but trust me, jangan tidur. Cameraman akan aim je dekat pelajar yang tidur dan wajah anda yang sedang sedap tidur tu akan dipaparkan di skrin besar untuk tontonan seluruh dewan. Hahaha kalau nak populariti setengah minit boleh la cuba. Dan jangan main phone jugak. Awas, anda diperhatikan.

6.       Tonjolkan diri anda. Ambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dibuat. Pelajar-pelajar yang menyerlah di MHS mudah untuk dapat tempat dalam projek-projek kolej. Tapi kalau anda good-looking secara automatic anda akan terkenal dan dapat pelbagai peluang. Tak payah terkejutlah, that’s life kan?

7.       Pemudahcara mahasiswa, apa tu? Okay mereka ni dipanggil PM. Ada 2 jenis PM, PM kolej dan PM sentral. PM sentral anda akan jumpa mereka di dalam DTC dan di aktiviti selain dari kolej. PM kolej ni pulak akan uruskan anda di kolej, akan jadi fasilitator untuk kumpulan2 pecahan di kolej. Mereka ni sangat membantu tapi kalau terlebih membantu tu faham-fahamlah apa tujuannya hahaha. Kalau ada masalah boleh rujuk diorang. Selain dari PM sel (anda akan dibahagikan ikut sel so satu kolej tu ada dalam beberapa sel), ada jugak PM yang in-charge of unit disiplin, kebajikan and macam-macam unit lagi. Tapi yang unit disiplin ni memang akan extra garang. Layankan je. Just a little heads up, they are not who they claim to be so janganlah percaya sangat. I’m not gonna spoil the fun so you guys go and experience it yea ;)

8. Tips terakhir, silalah ikuti laman-laman media sosial rasmi untuk batch anda. Ada Twitter official MHS tapi yang paling penting, ikuti laman rasmi Facebook untuk MHS, UM, kolej kediaman, fakulti, Malaysia Universities Bridging Platform, Info Freshies, Luahan UM :p and discover la macam-macam laman lagi ada. Yes I know, Facebook?! Mana ada orang pakai lagi kan. Ancient stuff. Tapi inilah yang berlaku dkt sis, disebabkan sis tak pakai Fb dah lama dah, I missed out on a lot of information. Jadi bersihkan sawang-sawang dekat Fb anda dan mesti, I repeat, MESTI aktif semula. Event, info, nak tanya soalan apa semua, platform utama komuniti UM ialah melalui Fb. Special untuk bakal freshies fakulti ekonomi, ikuti laman Fb rasmi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang akan datang.

Okay setakat ni, itu je lah sedikit expectation setting dan tips yang sis dapat kongsikan. Mungkin anda ada tips-tips lain yang nak dikongsikan? Atau ada sebarang soalan? Bolehlah komen di bawah ye. Good luck untuk MHS. Welcome to the community! #UMisOne J

P/s everything that I’ve shared is based on my own personal experience which was from MHS 2014. Some changes might have been made throughout the years. And all the opinions given are from my very limited point of view. You can choose to acknowledge it or ignore it. I’m just giving my two cents. After all, we only listen to what we want to hear right? ;)

Pp/s some links may only be relevant to a certain batch. So do check for the year on the page itself.

See ya in the next post! And maybe, see ya in campus!

Gambar dengan sel-mates.

Yeap, ni atas bumbung fakulti apa tah.

Suasana DTC semasa MHS. Korang akan merasa duduk tingkat atas dan bawah.