Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Syarat kelayakan dan struktur program Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya

P/s legit ada tangga macam ni dekat Fakulti Ekonomi UM. Good luck haha.

Hai yalls, so baru-baru ni sis duduk browse the internet dan sis perasan yang tiada page atau website yang betul-betul menerangkan dengan jelas struktur program Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya. Jadi sis ambil inisiatif ni untuk memberi sedikit info tentang syarat kelayakan dan apa yang terkandung dalam program Bachelor of Economics, UM.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mengambil kursus ini.

Keperluan Khas Program
Kategori STPM (Sains & Sastera)
Lulus STPM dengan minimum PNGK keseluruhan 3.30
Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran STPM berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik S/ Matematik T / Matematik M
-          Pengajian Perniagaan/Pengurusan Perniagaan
-          Further Mathematics
Minimum Gred B dalam Matematik SPM.
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Sains)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam subjek Matematik peringkat Matrikulasi/Asasi
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Perakaunan)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Mendapat minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran pelajaran Matrikulasi/Asasi berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
Minimum Gred B dalam Matematik SPM
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temu duga.

Calon Diploma
Memiliki Diploma UiTM atau Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 dalam mana-mana bidang berikut:
-          Diploma Perakaunan
-          Diploma Pentadbiran Awam
-          Diploma Pengajian Perniagaan
-          Diploma Pengajian Bank
-          Diploma Analisis Pelaburan
-          Diploma Pemasaran; atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
oleh Senat Universiti Malaya dengan minimum PNGK 3.30; atau

Mempunyai Sijil A-Level yang diiktiraf dengan minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran A-Level berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
-          Matematik Lanjutan
Mendapat minimum Gred B dalam Matematik GCSE/GCE ‘O’ level.

Mempunyai Diploma International Baccalaureate yang diiktiraf dengan mendapat minimum Gred B dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
-          Ekonomi (TahapTinggi)
-          Matematik (Tahap Tinggi)
-          Pengajian Perniagaan (Tahap Tinggi)
Minimum Gred B pada peringkat Diploma International Baccalaureate dalam Matematik (Tahap Biasa).

Semua informasi ni sebenarnya sis ambil dari Prospektus Sarjana Muda Ekonomi 2014/2015. Anda boleh klik di SINI untuk ke laman yang berkenaan bagi memuat turun dokumen prospektus terkini. Anda boleh dapatkan semua informasi dari prospektus tersebut tapi kalau anda tak gigih nak baca 165 muka surat, sis tolong ringkaskan dalam entri ini. Dan sis juga akan tambah info berdasarkan pengalaman sis sendiri.

Okay, di Sarjana Muda Ekonomi ni adalah satu-satunya kursus degree yang ditawarkan di bawah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Tempoh pengajian minimum 3.5 tahun (7 semester) dan maksimum 5.5 tahun (11 semester). Pada semester ke-7, anda akan dikehendaki untuk melakukan praktikal atau “internship”. Anda dikehendaki melengkapkan 123 jam kredit secara keseluruhan yang terdiri daripada University courses, faculty core courses dan elektif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Bila anda masuk sebagai freshie nanti, anda akan diberikan cadangan struktur pengajian yang akan menunjukkan kepada anda apa yang dicadangkan untuk anda ambil pada setiap semester. Kalau anda taknak pening, ikut je cadangan yang diberikan. Tapi kadang-kadang cadangan tu tak dapat diikut 100% sebab kelas yang anda nak ambil tu berkemungkinan penuh.

Apa-apa pun, sedikit guideline, kalau anda perhatikan kod kursus 4 huruf dan 4 angka (cth: EXEE1103), nombor pertama tu lah yang menentukan tahun berapa anda patut ambil kursus itu. Jadi dalam contoh yang saya berikan, nombor pertama ialah 1. Jadi anda tahu yang anda perlu/dicadangkan ambil subjek itu pada tahun pertama, tak kiralah semester 1 atau 2. Batch terkini (2015/2016), kod tu dah jadi 3 huruf dan 4 angka (cth: EIB2001).

Kursus teras fakulti anda wajib ambil semuanya. Tak boleh pilih-pilih. Dan kursus-kursus inilah yang sangat mencabar hohoho. Bagi saya lah. Mungkin bagi anda tidak. Dan kebanyakan kursus ini berangkai. Contohnya, anda hanya boleh ambil Mikro 2 setelah anda lulus Mikro 1 dan Mikro 3 setelah anda lulus Mikro 2.

Begitu juga untuk kursus-kursus berikut:
Makro 1 > Makro 2 > Makro 3
Statistik 1 > Statistik 2 > Ekonometrik Asas

Kursus berangkai ni bahaya. Jika anda tak lulus salah satu, kemungkinan besar anda akan terpaksa extend pengajian anda. Tapi disebabkan konvokesyen UM hanya dilangsungkan sekali setahun iaitu pada bulan Oktober, pelajar ekonomi mempunyai ruang untuk extend 1 semester dan masih boleh graduate bersama-sama rakan batch anda! Haha bertuah kan? Sebabnya jika anda habis pengajian dalam tempoh minimum iaitu 7 semester, anda akan habis pada bulan Januari. Tunggulah sampai Oktober baru grad.

 Kursus elektif pula anda bebas memilih 9 kursus yang anda minat. Batch sis adalah batch terakhir yang ada 10 pilihan pengkhususan (majoring) yang pelajar boleh pilih atau tidak pilih. Antaranya;

1.       Ekonomi Monetari & Kewangan (Monetary & Financial Economics)
2.       Ekonomi Antarabangsa (International Economics)
3.       Ekonomi Buruh (Labour Economics)
4.       Ekonomi Sumber & Alam Sekitar (Resource & Environmental Economics)
5.       Pembangunan Perusahaan (Enterprise Development)
6.       Pengajian Pembangunan (Development Studies)
7.       Pentadbiran Awam (Public Administration)
8.       Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
9.       Ekonomi Politik (Political Economy)
10.   Statistik Gunaan (Applied Statistics)

Jadi kalau anda nak buat pengkhususan, anda perlu ambil sekurang-kurangnya 7 subjek di bawah pengkhususan tersebut.

TAPI ni time sis la. Lepas batch sis, pengkhususan telah diwajibkan kepada pelajar Ekonomi UM. Pelajar mesti buat pengkhususan atau “tracking” dalam salah satu dari 4 bidang berikut:

1.       Economic (19 subjek untuk dipilih)
2.       Development Studies (15 subjek)
3.       Administrative Studies & Politics (16 subjek)
4.       Applied Statistics (12 subjek)

Pelajar diwajibkan memilih pengkhususan pada tahun kedua dan perlu mengambil 9 subjek (27 jam kredit) dari pengkhususan yang dipilih. Tahun pertama anda hanya akan ambil subjek teras fakulti dan subjek universiti. Masuk tahun dua baru boleh mula ambil elektif. Tapi tak semua subjek ditawarkan serentak. Contohnya dari pengkhususan statistik, setiap semester mungkin hanya akan tawarkan 4 subjek. Jadi kena pandai-pandai susun supaya anda dapat ambil apa yang anda nak.

Jadi lepas ni jangan ragu-ragu lagi nak ambil degree in economics sebab masa depan anda bukan hanya sebagai economist (rata-rata tak rasa pun economist is a job that makes money which to me is absurd), tapi juga dalam pelbagai bidang lain contohnya politik, kewangan, penganalisis statistik, perancang pembangunan, bahagian sumber manusia dan macam-macam lagi. Di dalam kursus sarjana muda ekonomi di UM terutamanya, anda akan belajar dan diberi pilihan untuk belajar pelbagai aspek dalam ekonomi.

Guide ni sis tujukan kepada yang belum masuk belajar lagi. Tapi don’t worry, nanti minggu orientasi di fakulti, anda akan diberikan penerangan yang lebih terperinci tentang semua ni. Anda juga akan dipasangkan dengan BUDDY iaitu senior yang akan bantu anda. Apa-apa, boleh tanya buddy anda. Sis sekarang bukan setakat buddy sis je, buddy orang lain pun tanya dekat sis jugak. Haha bolehlah~

Jika anda pun nak jadi buddy sis secara tak rasmi, boleh pm di Fb okay ;) Hahaha.
Harap informasi yang diberikan membantu. Untuk keterangan lebih terperinci, sila baca sendiri prospektus yang 165 muka surat tu ye hiks.

P/s Bachelor of Economics in UM will be fully taught in English.

Wednesday, August 10, 2016

Persediaan menghadapi Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya


Keputusan kemasukan ke IPTA untuk pengajian peringkat sarjana muda baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Tahniah sis ucapkan kepada semua yang berjaya mendapatkan tempat di universiti masing-masing dalam bidang pengajian pilihan anda. Sis scroll Twitter dan Facebook dua tiga hari ni, timeline dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat datang kepada bakal-bakal mahasiswa/i universiti. Ini mengingatkan sis masa sis baru ditawarkan untuk belajar di Universiti Malaya sesi 2014/2015. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ketiga dah dekat UM ni.
Program pertama yang anda akan lalui (dan terpaksa lalui) ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) yang akan berlangsung selama seminggu kebiasaannya awal bulan September. Jadi, sis nak kongsi sikit tips dan apa yang anda boleh expect tentang MHS ni.

APA ITU MHS?

 1. MHS ialah minggu orientasi pelajar baru. Anda akan didedahkan dengan macam-macam info tentang UM:
i. Kolej kediaman masing-masing (pengurusan, kemudahan, peraturan dsb)
ii. Universiti (pentadbiran, kelab-kelab yang ada, aktiviti/program tahunan)
iii. Fakulti & kursus masing-masing (akan ada satu slot di mana anda akan dibawa ke fakulti dan penerangan akan diberikan oleh pihak fakulti berkenaan kursus anda)

2. Pendedahan kepada budaya UM. Anda akan diajarkan lagu UM, lagu kolej, lagu tema MHS, akan disuruh lawan cheers dan menari.

3. Bantu pelajar mendaftar. Anda akan dibantu step-by-step dalam mendaftarkan akaun siswamail anda yang akan membolehkan anda mengakses siswamail, myum, spectrum, ctes dan basically semua website UM.

4. Memperkenalkan anda dengan lokasi-lokasi penting di UM. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang MHS dan antara tujuan utamanya ialah untuk memperkenalkan anda dengan kawasan di dalam kampus UM yang boleh saya katakan agak besar. Kebanyakan aktiviti akan dilakukan di dalam Dewan Tunku Canselor (DTC). Jika anda tinggal di kolej-kolej yang agak jauh dari DTC, anda bertuah! Anda akan dibawa dengan bas untuk ke DTC. Mcm sis sendiri, duduk dekat kolej 4 dan kawasan sewaktu dengannya (kolej 3 & 7), jalan kaki lah ye. Takda sehari pun dapat naik bas ke mana-mana masa MHS. Antara tempat yang anda akan pergi, DTC, Padang Varsiti dan fakulti anda masing-masing.

5. Mencari bakat-bakat tersembunyi. Seniors akan perhatikan mahasiswa/i yang outstanding dan berbakat dalam sukan, kesenian dan sebagainya untuk dijadikan pelapis. Yang suara lantang dan kuat akan dipilih jadi booster untuk cheers dan biasanya booster ni akan jadi famous secara automatic haha.

6. Antara aktiviti utama semasa MHS ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), senamrobik, slot tetamu jemputan (selalunya selebriti alumni UM. Masa sis dulu Datuk Aznil Hj Nawawi, alumni Fakulti Ekonomi woot woot!), ceramah, penerangan, aktiviti sukan dan yang paling diberi penekanan, sorakan atau 'cheers' dan tarian. Kalau sorak tak bertenaga, menari tak sama, habislah balik kolej kena marah dengan PM.

TIPS PERSEDIAAN UNTUK SURVIVE MHS

1.       Ragging? Ya dan tidak. Terpulang macam mana anda tafsirkan istilah 'ragging' tu sendiri. Sila tidur puas-puas sebelum daftar. Macam mana teruja pun anda nak masuk UM, sehari sebelum daftar tu tolonglah tidur awal. Sebab seminggu tu anda akan tak cukup rehat dan sangat penat. Kalau yang tak biasa bersenam ke apa, boleh la biasa-biasakan diri sikit-sikit. Aktiviti sangat padat dari subuh sampai lewat malam. Tak dapatlah der nak tidur petang. Semua rushing dan perlu sampai on time kalau taknak kena denda. So in a way, physically exhausted and mentally pressured. Hmmm, ragging ke? You decide. Tapi takdalah suruh jadi kuli senior, cuci tandas ke apa semua tu. Jangan risau. Cuma kalau anda sakit, mungkin anda akan dimarahi (kalau setakat pening-pening and minor sickness) tapi lepas tu anda akan tetap dibawa ke klinik jangan risau tahan telinga je hahaha. Well, understandable jugak la sebab kalau tak, semua pura-pura sakit taknak buat aktiviti.

2.       Bawa fabric freshener. Disebabkan masa yang sangat suntuk dan jadual yang padat, masa mandi anda kena berebut. Kadang-kadang bila sis dah rasa rimas tahap dewa, sis skip waktu makan dan terus pergi mandi sebab kalau tak, memang tak sempat mandi. Hanya 2 helai baju yang akan disediakan, 1 tshirt round-neck dan 1 lagi tshirt berkolar. Jadi bayangkanlah bila masanya nak basuh? Haha. Jadi semburlah fabric freshener ke, perfume ke apa ke supaya takdalah bau pelik-pelik.

3.       Warna tudung? Okay, setiap tahun baju kolej akan tukar design and sometimes warna pun tukar. Jadi macam mana nak matching tudung? Haaa. Tips dari sis, bawaklah baju inner apa-apa warna sekalipun dan padankanlah dengan warna tudung yang berkenaan. Jadi tak kiralah baju kolej anda warna apa sekalipun, tudung dan inner akan tetap match dan tak nampak janggal sangat. Lagipun, memandangkan tshirt kolej limited, bila pakai inner, tshirt tu takdalah berpeluh atau kotor sangat. So tukar inner je hari-hari baju maintain bersih.

4.       Labelkan barangan anda. Anda akan diberikan satu set barang-barang dari UM. Masa sis dulu ada payung, botol air, topi, beg galas dan kipas tangan. Semua pelajar diwajibkan bawa semua barangan ni ke mana-mana saja. Memang bermasalah bila semua orang ada barang yang sama, bila letak satu tempat dah confuse. Jadi labelkanlah barang anda as soon as anda dapat sebab bimbang tertukar barang atau lebih teruk lagi, barang anda di-claim oleh orang lain yang sebenarnya dah terhilangkan barang dia. Careful okay. Time solat especially beg memang pening. Gigihlah nak bukak satu-satu tengok isi dalam.

5.       Jangan tidur di dalam DTC. Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang (selalu) ya rabbi mengantuknya duduk dalam air-cond dekat DTC tu dengar some monotonous talks but trust me, jangan tidur. Cameraman akan aim je dekat pelajar yang tidur dan wajah anda yang sedang sedap tidur tu akan dipaparkan di skrin besar untuk tontonan seluruh dewan. Hahaha kalau nak populariti setengah minit boleh la cuba. Dan jangan main phone jugak. Awas, anda diperhatikan.

6.       Tonjolkan diri anda. Ambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dibuat. Pelajar-pelajar yang menyerlah di MHS mudah untuk dapat tempat dalam projek-projek kolej. Tapi kalau anda good-looking secara automatic anda akan terkenal dan dapat pelbagai peluang. Tak payah terkejutlah, that’s life kan?

7.       Pemudahcara mahasiswa, apa tu? Okay mereka ni dipanggil PM. Ada 2 jenis PM, PM kolej dan PM sentral. PM sentral anda akan jumpa mereka di dalam DTC dan di aktiviti selain dari kolej. PM kolej ni pulak akan uruskan anda di kolej, akan jadi fasilitator untuk kumpulan2 pecahan di kolej. Mereka ni sangat membantu tapi kalau terlebih membantu tu faham-fahamlah apa tujuannya hahaha. Kalau ada masalah boleh rujuk diorang. Selain dari PM sel (anda akan dibahagikan ikut sel so satu kolej tu ada dalam beberapa sel), ada jugak PM yang in-charge of unit disiplin, kebajikan and macam-macam unit lagi. Tapi yang unit disiplin ni memang akan extra garang. Layankan je. Just a little heads up, they are not who they claim to be so janganlah percaya sangat. I’m not gonna spoil the fun so you guys go and experience it yea ;)

8. Tips terakhir, silalah ikuti laman-laman media sosial rasmi untuk batch anda. Ada Twitter official MHS tapi yang paling penting, ikuti laman rasmi Facebook untuk MHS, UM, kolej kediaman, fakulti, Malaysia Universities Bridging Platform, Info Freshies, Luahan UM :p and discover la macam-macam laman lagi ada. Yes I know, Facebook?! Mana ada orang pakai lagi kan. Ancient stuff. Tapi inilah yang berlaku dkt sis, disebabkan sis tak pakai Fb dah lama dah, I missed out on a lot of information. Jadi bersihkan sawang-sawang dekat Fb anda dan mesti, I repeat, MESTI aktif semula. Event, info, nak tanya soalan apa semua, platform utama komuniti UM ialah melalui Fb. Special untuk bakal freshies fakulti ekonomi, ikuti laman Fb rasmi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang akan datang.

Okay setakat ni, itu je lah sedikit expectation setting dan tips yang sis dapat kongsikan. Mungkin anda ada tips-tips lain yang nak dikongsikan? Atau ada sebarang soalan? Bolehlah komen di bawah ye. Good luck untuk MHS. Welcome to the community! #UMisOne J

P/s everything that I’ve shared is based on my own personal experience which was from MHS 2014. Some changes might have been made throughout the years. And all the opinions given are from my very limited point of view. You can choose to acknowledge it or ignore it. I’m just giving my two cents. After all, we only listen to what we want to hear right? ;)

Pp/s some links may only be relevant to a certain batch. So do check for the year on the page itself.

See ya in the next post! And maybe, see ya in campus!

Gambar dengan sel-mates.

Yeap, ni atas bumbung fakulti apa tah.

Suasana DTC semasa MHS. Korang akan merasa duduk tingkat atas dan bawah.