Thursday, September 15, 2016

Mencari cita-cita


Hi yalls! Dah hampir seminggu sis tak post apa-apa entri. Semester ni baru je bermula jadi macam-macam perkara yang perlu diselesaikan. Inspirasi entri kali ni datang dari soalan-soalan yang sis terima dari junior-junior sis. Kebanyakan mereka sedang berada di dalam dilema untuk memilih pengkhususan atau majoring. Jadi mereka tanya sis,

Them: Kak Mora major in track apa eh?
Me: I’m majoring in political economy.

Lebih kurang begitulah soalannya. Dan soalan seterusnya ni memang standard issue habis. Semua orang yang tanya soalan di atas akan tanya soalan ni,

Them: Oh… so Kak Mora nak jadi apa?       

Haaaaa.

Jom cari cita-cita.

Jika anda jawab ya pada salah satu dari soalan di bawah, entri kali ni untuk anda. Adakah…

Anda masih tiada cita-cita?
Anda lepasan SPM/Pra-U dan masih tak pasti apa yang anda minati?
Anda sudahpun mula degree tapi masih tak nampak kerjaya impian anda?
Anda tak rasa anda nak pekerjaan dalam bidang yang anda pelajari?

I was once in your shoes. And every now and then I still feel that way. And you know what? It’s totally fine. Let me walk you through why this happens. *Urghh the urge to write in English is killing me*

Jadi kenapa perkara ni berlaku?

#1 Minat anda tiada di dalam mata pelajaran yang anda pelajari.

Ini berlaku pada sis. Okay, lepas habis PMR sis diletakkan secara automatik ke dalam aliran sains tulen. Ye, dengan Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Jadi sis hadap je la sampai SPM. Habis SPM, walaupun keputusan sis agak memberansangkan, deep in my heart I know it is not what I wanted to pursue in. Sis tak minat sains, eksperimen, makmal, prosedur pehh memang tak boleh pegi. Jadi di sinilah sis mula rasa confuse. Apa yang aku nak buat lepas ni?

#2 Minat anda ada pada perkara yang anda tidak belajar.

Okay, sambungan dari sebab yang pertama. Sekarang sis dah jumpa minat sis dalam bidang ekonomi dan sis sedang sambung degree in economics. Kenapa sis tak tahu benda ni dulu? Sebab sis tak berpeluang untuk discover apa yang sis minat. Sis langsung tak pernah belajar subjek ekonomi masa sekolah menengah dulu jadi sebab tu lah sis macam rasa takda benda yang aku minat. Nanti sis explain cara nak cari minat kita. Sabar ye.

#3 Minat anda bukan satu subjek.

Ni lagi satu. Mungkin juga minat anda sebenarnya pada sesuatu yang tidak dijadikan subjek di sekolah. Contoh, muzik, sukan, fesyen, penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, penulis, fotografi, game developer, IT etcetera. Dalam dunia yang semakin maju ni, banyak kerja yang dulunya tak pernah wujud sekarang muncul. Jadi di zaman persekolahan memang anda akan rasa macam kenapa tak ada satu benda pun yang anda minat.

#4 Minat anda tak boleh buat duit (or so you think)

Bruh. Kadang-kadang anda ada minat sebenarnya Cuma anda rasa minat anda tu tak boleh buat duit. Minat anda tu bukan satu kerjaya yang legit. Keluarga anda pun tak beri galakkan sebab bimbang dengan masa depan anda. Contoh anda minat gaming atau silap mata atau main yoyo. Tapi anda sendiri pun rasa macam itu bukan suatu kareer.

Sekarang anda dah tahu kenapa anda tiada cita-cita. So what? Redha je? No, anda mesti proaktif! Cita-cita dan minat tu bukan datang bergolek atau jatuh ke riba anda secara tiba-tiba. Anda kena usaha untuk mencarinya. Meh sis kongsi antara cara yang anda boleh cuba dalam misi mencari cita-cita.

#1 Pembacaan

Ini caranya sis jumpa minat sis dalam bidang ekonomi. Pak cik sis hadiahkan sis satu buku yang mengubah hidup sis. Dramatic gitu. Okay so, sis bacalah buku tu dari kulit ke kulit. Setelah habis baca, sis rasa macam pandangan sis terbuka luas. Sis rasa ingin tahu lebih banyak tentang bidang tu. It triggers my curiosity and interest. So that is how I ended up taking econs in degree. My point is, bacalah buku-buku dalam bidang selain apa yang anda pelajari. Jika anda pelajar sains, bacalah buku dalam bidang sains sosial atau seni atau perniagaan dan begitu juga sebaliknya. Kalau anda malas nak baca pun, tengoklah video-video di internet, mungkin anda akan stumble upon something that interests you.

#2 Hobi ≠ minat

Bezakan hobi dan minat anda. Hobi ni perkara yang anda buat pada masa lapang. Anda buat untuk release stress atau kill time. Minat is something you feel deeply for. Contoh, anda kena decide adakah main game tu hobi anda atau minat anda? Kerja kebajikan, adakah anda lihat diri anda commit kepada aktiviti kebajikan sepenuh masa atau tidak? Bersukan, sekadar hobi/untuk kesihatan/kuruskan badan atau anda memang berminat nak jadi atlet. Ini penting. Tau kenapa? Sebab kalau anda decide untuk bekerja di dalam hobi anda, anda akan hanya nak bekerja bila anda senang sahaja. Bila ia menjadi semakin mencabar anda akan mudah rasa nak give up sebab hobi ni objektifnya untuk release stress kan? Tapi kalau minat or PASSIONATE about something, you will do it no matter what. Anda akan terus berlatih, bila anda gagal anda cuba cara berbeza, anda akan usahakan dan anda akan gigih lalui ups and downs. Itulah cita-cita anda.

Sama juga dengan ini. Apa yang anda boleh buat dengan baik tidak semestinya ia adalah minat anda. Anda mesti tahu bezakan. Takkanlah just because anda dapat 10A+, anda minat kesepuluh-sepuluh subjek yang anda ambil tu kan? Boleh jadi juga takda satu pun dalam 10 tu yang anda betul-betul minat untuk dijadikan kerjaya. Fahamkan.

#3 Dengar kata hati anda

Kebanyakan masanya kita tahu je apa yang kita minat Cuma orang di sekeliling yang demotivate us to pursue it. Especially kalau minat kita tu bukan dalam aliran profesional atau common seperti doktor, akauntan, jurutera, saintis, pensyarah, peguam dll. Anda kena faham yang keluarga anda risaukan masa depan anda dan mereka nak yang terbaik untuk anda. Jadi, jika anda betul-betul minat terhadap sesuatu, teruskan. Orang yang sangat berjaya dalam dunia ni bukanlah orang yang ‘biasa’ tapi orang-orang yang berfikiran di luar kotak dan pandai mengambil peluang. Contohnya pengasas media-media sosial ternama, pengasas big online apps, famous vloggers; adakah kareer mereka common? Tidak. Adakah mereka kaya dan berjaya? Ya. Kalau nak ikutkan apa je yang vloggers buat? Haha. Contoh pewdiepie, he basically just records himself playing video games. And he makes good money out of it. So kalau anda betul-betul minat, go all the way. It’s better to be really good at something minor/niche than being average in something common. You get me?

#4 Organize programs/events

Anda dah habis SPM/Pra-U, sekarang anda kena buat pilihan apa yang anda nak belajar. Time is running out. Nasihat sis, redah je gais! Selagi anda layak ambil sesuatu bidang tu, anda rasa anda boleh bawa, then redah je. Masukkan diri anda dalam komuniti universiti. Dalam tempoh anda belajar tu, cuba libatkan diri sebanyak mungkin dalam program-program yang ada di universiti. Jadi AJK pelaksana, sertai kelab/organisasi di universiti. Anda akan belajar banyak perkara tentang apa yang anda minat dan apa yang anda langsung tak minat. Kareer kita kadang-kadang lahir dari pengalaman kita menganjurkan projek. Contoh, sis tak pernah discover salah satu minat sis dalam Public Relations sehinggalah sis mengetuai PR Department untuk kelab di fakulti sis. Dan sis juga discover yang sis tak minat kerja-kerja editing/multimedia/teknikal apa semua ni. So, dari program yang sis join sis dapat kenalpasti semua ni walaupun ianya tiada kena mengena dengan kursus yang sis belajar sekarang.

#5 Create your own job

Okay, cuba bayangkan, anda paksa diri untuk jadi sesuatu yang profesional contohnya doktor atau akauntan sebab anda yakin kerjaya tersebut akan mendatangkan banyak duit. Tapi bayangkanlah juga berapa ramai pesaing anda di dalam bidang tu. Tapi kalau anda mencipta kerja anda sendiri, tap on areas that no one has ever ventured in before, you will become a monopoly! Cipta kerjaya anda. Mungkin melalui inovasi atau melalui perniagaan. Apabila sesuatu perkara tu terlalu spesifik, mereka akan tahu siapa mereka perlukan. Ye, anda. Sebab anda seorang sahaja yang menawarkan perkhidmatan atau produk tersebut. Baru-baru ni sis ada join satu kursus online yang mengajar macam mana nak jadi kreatif. Menarik! Selama ni orang suruh kita jadi kreatif, tapi takda siapa yang pernah AJAR caranya. Kita belajar kira-kira, melukis, Bahasa dll tapi kita tak pernah diajar kreativiti. Siapa sangka kreativiti sebenarnya boleh dipelajari!

Paling penting, go out there and experience life. Dari situ kita akan belajar dan terokai macam-macam perkara baru yang mungkin dapat merangsang minat kita. Jangan terperap je dan jangan takut untuk cuba benda baru. Sis terbaca satu tweet semalam.

Sekolah; belajar dulu baru ujian.
Hidup; ujian dulu baru belajar.


Peace out.

Tuesday, September 6, 2016

Tips persediaan temuduga UM Ambassador


Hi readers, dalam entri yang lalu sis ada berkongsi pengalaman sis hadiri temuduga/penilaian untuk Duta UM. Seperti yang dijanjikan, entri kali ini sis akan berkongsi pula tips sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut.

#1 Tips pakaian
Dalam emel yang sis terima, kod pakaian yang ditetapkan ialah smart casual dengan peringatan bahawa jeans, seluar pendek, baju tidak berlengan, selipar adalah tidak dibenarkan. Jadi, anda bolehlah memakai blouse dengan slacks atau kain labuh, baju kurung atau jubah, kemeja, tshirt berkolar dan kasut bertutup (tidak semestinya bertumit). Yang paling penting, pakailah pakaian yang selesa sebab assessment tersebut mengambil masa yang lama, time sis dulu dari 9am hingga 5pm.

#2 Kefasihan berbahasa Inggeris
Ini yang paling utama. Penilaian akan dilakukan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Tahap Bahasa yang penemuduga gunakan juga agak tinggi. Anda mesti berupaya menyampaikan idea anda dengan matang dan jelas. Calon-calon yang lain pun English sangat bagus jadi anda mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Jika anda telah baca entri sis yang lepas, anda mungkin tahu bahawa tugas Duta UM berkisar dengan pihak luar yang majoritinya dari luar negara. Jadi, walau macam mana pun, anda mesti fasih berbahasa Inggeris untuk membolehkan anda melaksanakan tugas yang diberikan kelak dengan baik. Practice makes perfect so keep practicing!

#3 Bahasa tubuh (Body language)
Perhatikan Bahasa tubuh anda. Jaga posture badan apabila berdiri dan duduk. Do not slouch, jangan membongkok. Ini akan menunjukkan anda malu atau tiada keyakinan diri. Semasa pembentangan, berdiri dengan yakin dan gunakan hand gestures untuk menerangkan idea anda. Tumpukan perhatian juga semasa ahli kumpulan anda membentang. Apa yang sis perhatikan ada yang berpeluk tubuh semasa pembentangan dan ada juga yang menyorok di belakang rakan yang lain. Anda mesti menunjukkan bahawa anda setanding dengan calon-calon lain tidak kiralah lelaki atau perempuan.

#4 Buat pembacaan sebelum temuduga
Okay, seperti yang anda tahu akan ada ujian bertulis tentang latar belakang UM. Sebagai Duta UM, you are expected to know everything about UM sebab andalah wakil pelajar UM di mata pihak dari luar. Macam duta produk, mestilah kena tahu semua details tentang produk kan? Jadi buatlah pembacaan di laman-laman rasmi UM. Dapatkan informasi tentang sedikit sejarah penubuhan UM, orang-orang kuat UM, fakulti-fakulti, kolej-kolej, kemudahan yang ada, pencapaian UM dll. Memang susah nak hafal semua tapi sekurang-kurangnya anda tahu benda tu wujud dalam UM ni.

#5 Berbual dengan calon-calon lain
Semasa waktu makan, janganlah menyendiri main phone. Berbual lah dengan calon-calon lain. Kenali mereka and allow them to know you. Kebanyakan mereka ni pelajar-pelajar yang sangat berkepimpinan dan berkarisma. Kalaupun anda tak berjaya jadi Duta UM, sekurang-kurangnya anda dapat menambah kenalan. Dan kalau anda berjaya, anda perlu bekerja dengan mereka dalam pelbagai tugas. Semasa akhir penilaian ini juga anda perlu memberitahu kelebihan dan kekurangan setiap calon jadi kalau anda tak mengenali mereka macam mana kan? Dan mereka pun perlu mengenali anda untuk discover kelebihan anda.

#6 Tepati masa
The power of first impression is huge. Hadir tepat pada masa akan memberikan tanggapan yang baik terhadap diri anda. Dan kalau anda sampai lewat, anda pun jadi tak keruan, nervous, mengah dan lain-lain kan? Jadi biar anda tunggu orang jangan orang tunggu anda.

#7 Tonjolkan diri anda
Semasa pembentangan, akan ada sesi soal jawab. Pastikan anda turut menjawab pertanyaan yang diajukan. Jangan menjadi ahli pasif dan membiarkan sahaja ahli-ahli anda menjawab. Apa yang sis perhatikan ada kumpulan yang hanya seorang yang dominan sahaja menjawab semua soalan. Ini menunjukkan hanya individu tersebut sahaja yang betul-betul faham isi kandungan pembentangan itu. Volunteer to answer questions. Tonjolkan diri anda. Jangan menyorok di dalam bayang-bayang calon lain.

#8 Be yourself!
Akhir sekali, jadilah diri anda sendiri. After all, they have to like you for who you are, only then it will work. Inisiatif dan keberanian anda untuk memohon menjadi Duta UM itu sendiri sis rasa dan cukup membuktikan bahawa anda seorang pelajar yang berkelayakan. Jadi diri sendiri dan mereka akan dapat lihat keunikan anda.

Apa-apapun, yang paling penting, have fun! Ambil pengalaman ini. Dapat atau tidak, anda pastinya boleh belajar sesuatu yang baru dari pengalaman ni. Anda akan lalui banyak lagi temuduga selepas ini; projek, biasiswa, kerja; jadi bawa pengalaman ini untuk baiki diri dan menjadi lebih baik.


Harap tips yang diberikan bermanfaat untuk anda. Selamat maju jaya! Good luck! Jia you!

Thursday, September 1, 2016

Pengalaman Interview UM Ambassador


Hi semua, semalam sis dapat berita baik. Rayuan kolej sis diterima! Alhamdulillah. Jadi tiga-tiga tahun belajar di UM sis menetap di Kolej Kediaman Bestari. Lepas ni bolehlah sis update gambar-gambar kemudahan di kolej tu ye.

Okay, untuk entri kali ini sis akan kongsi pengalaman temuduga Duta UM oleh ICR (International Corporate Relations) UM. Jadi kisahnya sis tak tahu pun kewujudan UM Ambassador ni sebab tugas mereka ni tidak berkait dengan pelajar atau in-campus. Satu hari sis dapat emel yang mengatakan sis shortlisted untuk hadiri temuduga sebagai Duta UM. Memang terpinga-pinga masa tu. Apa benda pulak ni? Seingat sis takda pulak apply apa-apa. Rupanya fakulti calonkan sis. Jadi dengan selambanya pergi je la temuduga tu.

Temuduga masa itu di awal semester 1 sesi 2015/2016. Sis ingat lagi, masa tu sedang berlangsung I-week untuk pelajar baru fakulti ekonomi. Lokasi temuduga di Level L, International and Corporate Relations (ICR) office, Chancellery Building, University of Malaya. Berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Ini tentatif temuduga yang diberikan.

Time
Programme
8:30 am
Registration of Candidates at the Information Counter in the Lobby of the Chancellery Building
9:00 am
Briefing & Introduction
9:30 am
Group Tasks
12:30 − 2:00 pm
Lunch Break
2:00 pm
Group Presentations & Interview
4.00 – 4.15 pm
Tea Break
about 5.30 pm
END

Jadinya, sampai-sampai di sana tanda kehadiran dan kami diberikan sarapan. Sementara menunggu semua calon sampai, berkenalanlah dengan calon-calon lain. Sangat membantu untuk mengurangkan rasa kekok.

Setelah semua hadir, kami diberikan briefing tentang apa itu Duta UM dan apa tugas Duta UM.
Duta UM atau UM Ambassadors ni ialah badan mahasiswa/mahasiswi yang akan membantu universiti atau secara spesifiknya membantu ICR dalam hal ehwal urusan organisasi luar. Antara tugas ICR ialah menghubungkan media dengan universiti dan menguruskan delegasi luar ke UM. Jadi duta UM akan membantu ICR dalam hal-hal yang berkenaan. Setelah diberi penerangan, barulah sis tahu kenapa Duta UM ni tak dikenali pun dalam kalangan pelajar. Sebabnya mereka hanya berurusan dengan pihak luar.

Antara tugas Duta UM ialah menyambut ketibaan delegasi antarabangsa contohnya dari universiti luar negara, berurusan dengan media semasa Hari Konvokesyen untuk mewawancara pelajar cemerlang, menjemput delegasi dari lapangan terbang, menyambut tetamu kehormat dan membawa delegasi melawat kampus. Setakat itu je yang sis tahu. Nanti kalau sis tahu lebih lanjut sis akan kongsikan.

Okay, setelah diberikan briefing, bermulalah sesi penilaian kami. P/s sesi penilaian ni dilakukan sepenuhnya di dalam Bahasa inggeris.

#1 Think on your feet
Ini ialah sesi ice-breaking yang dijalankan oleh senior yang merupakan presiden Duta UM sesi 2 tahun lepas rasanya. Sesi pengenalan yang luar biasa sebab anda mungkin ingat anda akan dapat perkenalkan diri anda seorang demi seorang dan ceritakan apa yang bagus tentang anda tapi tidak. Kami dikumpulkan dalam satu bulatan besar. Secara rawak, senior tersebut akan tanya kepada sesiapa beberapa soalan. Jika anda gagap atau lambat jawab anda akan disuruh untuk mundur satu tapak ke belakang. Di sini kami diuji untuk cepat berfikir dan pada pandangan sis, kita akan lebih jujur bila kita tiada masa untuk berfikir. Kita akan cakap benda pertama yang terlintas di fikiran. I personally like this session.

Antara soalan:
-          Perkenalkan nama, tahun pengajian, kursus, negeri asal – take note sebab orang lain pula akan ditanyakan nama dan latar belakang calon tersebut.
-          One good value/word to describe yourself – this is a tough one. Dan anda tak boleh ulang apa yang orang lain dah jawab. Bukan itu je, setelah anda give that one word, you will have to proof that you are that word. Contoh, sis kata disiplin. Dia akan persoalkan, buktikan apa yang membuatkan anda lebih berdisiplin dari semua calon di sini? Pehh, dah la gua tak kenal orang lain. Kena ada skill lawyer sikit di sini.
-          What is your first impression of me (senior)? – Hambik. Dia suruh bagi pendapat pasal dia pulak. You know what I said? Intimidating. Hahaha. Because he wassssss. Dia bukan macam tanya soalan tau. Dia macam interrogate.
-          Projek yang anda pernah ketuai – posisi anda di dalam projek tersebut, projek under apa, untuk apa.

Dan soalan-soalan ini semakin lama semakin laju dan tidak mengikut turutan. Jadi pada akhir sesi ni kita dapat lihat siapa yang masih kekal di posisi sama dan siapa yang dah jauh ke belakang.

#2 Ujian bertulis
Seterusnya, kami diminta menduduki ujian bertulis. Ada beberapa bahagian. Sis dah tak berapa ingat secara spesifik tapi antara jenis-jenis soalan yang diberikan:

i.                     Matematik asas (peratusan, simple finance, perpuluhan, ratio). Tak boleh guna kalkulator ye anak-anak. Haha percayalah, dah terbiasa guna kalkulator bila kena kira manual soalan simple pun jadi complicated. - soalan objektif ada pilihan jawapan.
ii.                   Pengetahuan am (RANDOM STUFF. NO JOKE. Sis ingat lagi salah satu soalan dalam bahagian ni, “What is the name of the last country if all countries were arranged in alphabetical order?” Ada pasal binatang, pokok. Dan bahagian ini soalan subjektif, tiada pilihan jawapan.
iii.                  Soalan tentang UM. Baca la sikit latar belakang UM. Boleh rujuk laman web UM. Contoh soalannya tentang cogan kata UM. Benda basic yang kebanyakan kita tak ambil tahu. Jadi silalah ambil tahu ye- soalan objektif ada pilihan jawapan.
iv.                 Why should you be chosen as UM Ambassador and what can you contribute?”- Masa untuk menjual diri. Yang ni dalam bentuk esei tapi tak perlu panjang sebab takda banyak masa pun. Beri jawapan yang padat dan ringkas.

Sis tak ingat berapa lama masa diperuntukkan. Tapi kurang dari sejam rasanya. Mungkin dalam 30 minit. Jumlah soalan takdalah banyak pun. Don’t worry.

#3 Pembentangan berkumpulan
Seterusnya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam 5 orang setiap kumpulan. Kami diberikan kertas mahjong dan pen marker dan satu topik. 20 minit masa perbincangan dan perlu bentang di hadapan. Kalau tak silap sis topik yang kami dapat pada masa itu ialah Courtesy (maksud, kepentingan, siapa yang patut dipertanggungjawabkan mendidik, why is it not common in the society etc). Semua group dapat topik yang sama. Group kami end up tak guna pun mahjong paper tu. Kami bentang secara lisan je. Selepas bentang akan ada sesi q&a. Mencabar jugaklah soalan-soalan dia.

#4 Tugasan berkumpulan
Okay, bezanya tugasan ni ialah setiap kumpulan akan bentang di hadapan panel secara berasingan. Maksudnya yang pembentang #3 tadi tu bentang depan kumpulan lain. Tugasan #4 pulak setiap group akan masuk bilik penilaian tu ikut turn. Yang ni tricky. Asalnya kami diberikan tugas lain. Setiap kumpulan pilih satu wakil untuk bentangkan tentang tajuk yang diberikan. Masa tu, tugasannya “Bayangkan anda membawa delegasi dan di dalam kereta anda ditanyakan apakah yang menarik tentang Malaysia?” Guess what, my groupmates semua lelaki and they chose me to present!

Tapi, surprise surprise! Apabila turn kami sampai, masuk dalam tu panel tiba-tiba makin ramai. Then tugas yang diberikan totally different. Topik tugasan ditukar on the spot. Kami tak diberikan masa untuk berfikir/berbincang dan kami perlu jawab tugasan tu secara individu. Tugasannya ialah “You took a delegate to UM. Explain what you see on your left and right starting from KL Gate UM”. So kami diberikan giliran untuk menceritakan bangunan-bangunan di dalam UM. Bukan hanya nama bangunan tapi latar belakang bangunan tu sekali (secara ringkas).

Banyak je yang kami terlepas sebab susah kan nak bayangkan bila kita tak berada di situ. Tapi mereka akan bantu dan taklah strict sangat.

#5 Penilaian ahli kumpulan
Tugasan terakhir setelah selesai #4, kami diminta memberitahu panel tentang kelebihan dan kekurangan setiap ahli kumpulan. Fuyoo. Susah. Kami kenal pun tak sampai sehari. Mudah nak cari kelebihan seseorang tapi nak cari kelemahan tu dan nak cakap di depan orang tu sendiri pehhh, rasa macam tak layak nak judge orang on the spot. Tapi kami dipaksa jugak untuk cari 1 kelebihan dan 1 kelemahan so seberapa berat pun kena beritahu jugak.

Sebelum bersurai, panel memberi pandangan mereka tentang kami. Alhamdulillah, feedback yang kumpulan kami dapat sangat positif. “I think even all of you know this, your team is the strongest one today.” Feedback individu untuk sis juga memberangsangkan. “You have a strong presence among the girls today”. Terharu jap :')

So tu je lah. Nak tahu tak bila sis dapat tahu yang sis terpilih jadi Duta UM? Penghujung semester 2 sesi 2015/2016. Hahaha bayangkan, hampir setahun baru tahu keputusan. Mungkin ICR agak sibuk kut. Masa cuti semester baru-baru ni sis diberikan tugas pertama sebagai UM Ambassador iaitu membawa delegasi dari pelbagai universiti antarabangsa untuk melawat UM, specifically di Rimba Ilmu dan Muzium Seni UM sempena Mesyuarat Assoc. of Pacific Rim Universities (APRU) di Grand Hyatt KL. Wakil-wakil dari universiti ternama dari Jepun, China, Hong Kong, Australia, Mexico, Hawaii, Indonesia dll dipertanggungjawabkan kepada sis untuk bawa tour campus. Sis sorang tau bawa satu bas. Peh, seram sejuk. Tapi memang pengalaman manis yang tak dapat dilupakan :)


Baru-baru ni sis nampak emel membuka permohonan untuk jadi Duta UM sesi 2016/2017, itulah yang inspire sis untuk tulis tentang pengalaman sis ni. Good luck! Next entri sis akan kongsi tips persediaan untuk menghadapi interview tu nanti. Stay tuned!

Tuesday, August 23, 2016

Syarat kelayakan dan struktur program Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya

P/s legit ada tangga macam ni dekat Fakulti Ekonomi UM. Good luck haha.

Hai yalls, so baru-baru ni sis duduk browse the internet dan sis perasan yang tiada page atau website yang betul-betul menerangkan dengan jelas struktur program Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya. Jadi sis ambil inisiatif ni untuk memberi sedikit info tentang syarat kelayakan dan apa yang terkandung dalam program Bachelor of Economics, UM.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mengambil kursus ini.

Keperluan Khas Program
Kategori STPM (Sains & Sastera)
Lulus STPM dengan minimum PNGK keseluruhan 3.30
Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran STPM berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik S/ Matematik T / Matematik M
-          Pengajian Perniagaan/Pengurusan Perniagaan
-          Further Mathematics
Minimum Gred B dalam Matematik SPM.
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Sains)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam subjek Matematik peringkat Matrikulasi/Asasi
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temuduga.

Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Perakaunan)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 3.30
Mendapat minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran pelajaran Matrikulasi/Asasi berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
Minimum Gred B dalam Matematik SPM
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temu duga.

Calon Diploma
Memiliki Diploma UiTM atau Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 dalam mana-mana bidang berikut:
-          Diploma Perakaunan
-          Diploma Pentadbiran Awam
-          Diploma Pengajian Perniagaan
-          Diploma Pengajian Bank
-          Diploma Analisis Pelaburan
-          Diploma Pemasaran; atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
oleh Senat Universiti Malaya dengan minimum PNGK 3.30; atau

Mempunyai Sijil A-Level yang diiktiraf dengan minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran A-Level berikut:
-          Ekonomi
-          Perakaunan
-          Matematik
-          Pengajian Perniagaan
-          Matematik Lanjutan
Mendapat minimum Gred B dalam Matematik GCSE/GCE ‘O’ level.

Mempunyai Diploma International Baccalaureate yang diiktiraf dengan mendapat minimum Gred B dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
-          Ekonomi (TahapTinggi)
-          Matematik (Tahap Tinggi)
-          Pengajian Perniagaan (Tahap Tinggi)
Minimum Gred B pada peringkat Diploma International Baccalaureate dalam Matematik (Tahap Biasa).

Semua informasi ni sebenarnya sis ambil dari Prospektus Sarjana Muda Ekonomi 2014/2015. Anda boleh klik di SINI untuk ke laman yang berkenaan bagi memuat turun dokumen prospektus terkini. Anda boleh dapatkan semua informasi dari prospektus tersebut tapi kalau anda tak gigih nak baca 165 muka surat, sis tolong ringkaskan dalam entri ini. Dan sis juga akan tambah info berdasarkan pengalaman sis sendiri.

Okay, di Sarjana Muda Ekonomi ni adalah satu-satunya kursus degree yang ditawarkan di bawah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Tempoh pengajian minimum 3.5 tahun (7 semester) dan maksimum 5.5 tahun (11 semester). Pada semester ke-7, anda akan dikehendaki untuk melakukan praktikal atau “internship”. Anda dikehendaki melengkapkan 123 jam kredit secara keseluruhan yang terdiri daripada University courses, faculty core courses dan elektif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Bila anda masuk sebagai freshie nanti, anda akan diberikan cadangan struktur pengajian yang akan menunjukkan kepada anda apa yang dicadangkan untuk anda ambil pada setiap semester. Kalau anda taknak pening, ikut je cadangan yang diberikan. Tapi kadang-kadang cadangan tu tak dapat diikut 100% sebab kelas yang anda nak ambil tu berkemungkinan penuh.

Apa-apa pun, sedikit guideline, kalau anda perhatikan kod kursus 4 huruf dan 4 angka (cth: EXEE1103), nombor pertama tu lah yang menentukan tahun berapa anda patut ambil kursus itu. Jadi dalam contoh yang saya berikan, nombor pertama ialah 1. Jadi anda tahu yang anda perlu/dicadangkan ambil subjek itu pada tahun pertama, tak kiralah semester 1 atau 2. Batch terkini (2015/2016), kod tu dah jadi 3 huruf dan 4 angka (cth: EIB2001).

Kursus teras fakulti anda wajib ambil semuanya. Tak boleh pilih-pilih. Dan kursus-kursus inilah yang sangat mencabar hohoho. Bagi saya lah. Mungkin bagi anda tidak. Dan kebanyakan kursus ini berangkai. Contohnya, anda hanya boleh ambil Mikro 2 setelah anda lulus Mikro 1 dan Mikro 3 setelah anda lulus Mikro 2.

Begitu juga untuk kursus-kursus berikut:
Makro 1 > Makro 2 > Makro 3
Statistik 1 > Statistik 2 > Ekonometrik Asas

Kursus berangkai ni bahaya. Jika anda tak lulus salah satu, kemungkinan besar anda akan terpaksa extend pengajian anda. Tapi disebabkan konvokesyen UM hanya dilangsungkan sekali setahun iaitu pada bulan Oktober, pelajar ekonomi mempunyai ruang untuk extend 1 semester dan masih boleh graduate bersama-sama rakan batch anda! Haha bertuah kan? Sebabnya jika anda habis pengajian dalam tempoh minimum iaitu 7 semester, anda akan habis pada bulan Januari. Tunggulah sampai Oktober baru grad.

 Kursus elektif pula anda bebas memilih 9 kursus yang anda minat. Batch sis adalah batch terakhir yang ada 10 pilihan pengkhususan (majoring) yang pelajar boleh pilih atau tidak pilih. Antaranya;

1.       Ekonomi Monetari & Kewangan (Monetary & Financial Economics)
2.       Ekonomi Antarabangsa (International Economics)
3.       Ekonomi Buruh (Labour Economics)
4.       Ekonomi Sumber & Alam Sekitar (Resource & Environmental Economics)
5.       Pembangunan Perusahaan (Enterprise Development)
6.       Pengajian Pembangunan (Development Studies)
7.       Pentadbiran Awam (Public Administration)
8.       Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
9.       Ekonomi Politik (Political Economy)
10.   Statistik Gunaan (Applied Statistics)

Jadi kalau anda nak buat pengkhususan, anda perlu ambil sekurang-kurangnya 7 subjek di bawah pengkhususan tersebut.

TAPI ni time sis la. Lepas batch sis, pengkhususan telah diwajibkan kepada pelajar Ekonomi UM. Pelajar mesti buat pengkhususan atau “tracking” dalam salah satu dari 4 bidang berikut:

1.       Economic (19 subjek untuk dipilih)
2.       Development Studies (15 subjek)
3.       Administrative Studies & Politics (16 subjek)
4.       Applied Statistics (12 subjek)

Pelajar diwajibkan memilih pengkhususan pada tahun kedua dan perlu mengambil 9 subjek (27 jam kredit) dari pengkhususan yang dipilih. Tahun pertama anda hanya akan ambil subjek teras fakulti dan subjek universiti. Masuk tahun dua baru boleh mula ambil elektif. Tapi tak semua subjek ditawarkan serentak. Contohnya dari pengkhususan statistik, setiap semester mungkin hanya akan tawarkan 4 subjek. Jadi kena pandai-pandai susun supaya anda dapat ambil apa yang anda nak.

Jadi lepas ni jangan ragu-ragu lagi nak ambil degree in economics sebab masa depan anda bukan hanya sebagai economist (rata-rata tak rasa pun economist is a job that makes money which to me is absurd), tapi juga dalam pelbagai bidang lain contohnya politik, kewangan, penganalisis statistik, perancang pembangunan, bahagian sumber manusia dan macam-macam lagi. Di dalam kursus sarjana muda ekonomi di UM terutamanya, anda akan belajar dan diberi pilihan untuk belajar pelbagai aspek dalam ekonomi.

Guide ni sis tujukan kepada yang belum masuk belajar lagi. Tapi don’t worry, nanti minggu orientasi di fakulti, anda akan diberikan penerangan yang lebih terperinci tentang semua ni. Anda juga akan dipasangkan dengan BUDDY iaitu senior yang akan bantu anda. Apa-apa, boleh tanya buddy anda. Sis sekarang bukan setakat buddy sis je, buddy orang lain pun tanya dekat sis jugak. Haha bolehlah~

Jika anda pun nak jadi buddy sis secara tak rasmi, boleh pm di Fb okay ;) Hahaha.
Harap informasi yang diberikan membantu. Untuk keterangan lebih terperinci, sila baca sendiri prospektus yang 165 muka surat tu ye hiks.

P/s Bachelor of Economics in UM will be fully taught in English.

Sunday, August 21, 2016

Pakaian ke kuliah di Universiti Malaya



Semua universiti ada kod pakaian masing-masing. Tapi jika anda mahasiswa/i di Universiti Malaya, anda bertuah! Anda boleh pakai apa sahaja yang anda suka! Hahaha. P/s kebanyakan IPTA lain pun sama rasanya. Tapi ada juga sesetengah IPTA yang wajibkan pelajar memakai pakaian kebangsaan, pakaian formal dan sebagainya.
Entri kali ni sis akan kongsi idea untuk pakaian ke kuliah.

#1 T-shirt & jeans
Ni untuk hari yang anda malas nak fikir/gosok baju. Di UM tiada masalah untuk pakai jeans ke kelas. Ramai je student yang pakai macam ni. Sebabnya bila nak ke kelas tu especially masa tahun pertama, pelajar kena berjalan kaki. Dari kolej sis, jalan pintas untuk ke fakulti ialah melalui bukit yang agak curam so kira kena mendaki jugak lah. Jadi pakaian yang paling sesuai terutama bila kelas tengahari panas terik tu memang t-shirt dan jeans lah menjadi pilihan. Tapi sis sarankan untuk bawa sweater sebab masuk kuliah nanti sejuk macam duduk dalam peti ais 2 jam pulak tu haha.

Attended a festival after class in them comfy jeans and cardigan

Attire to exam hall on the last day of exam! 

#2 Baju kurung/jubah
Ramai kawan-kawan sis yang Melayu gemar berbaju kurung untuk ke kelas. Nampak sopan dan ayu kata mereka. Ini pakaian yang paling selamatlah. Tapi sebab sis ni memang takda maknanya nak ayu-ayu pegi kelas, sis hanya pakai baju kurung bila ada pembentangan sahaja. Hahaha. Ada sesetengah pensyarah yang tak kisah anda nak buat pembentangan pakai t-shirt pun boleh je tapi sis sarankan untuk pakai smart casual untuk presentation. Nampak la segak sikit.

Gambar first year semangat lagi pakai baju kurung siap pakai kad pelajar lagi hahaha.

Presentation day

#3 Blouse & skirt
Ini lagi lah ayu ya rabbi. Sis sendiri hanya berpakaian begini bila ada photoshoot atau pembentangan sahaja. Takda laranya nak panjat bukit dengan kain bagai. Tapi ini juga salah satu pakaian yang dibenarkan untuk dipakai ke kuliah. Kalau anda jenis suka bergaya, anda boleh juga pakai blouse dan tuck-in di dalam skirt labuh.
Photoshoot attire

Again, only wore this because of photoshoot

#4 Blouse & long pants (slacks/non-jeans)
This is my go-to outfit to class. Buttoned up blouse/kemeja kasual dipadankan dengan seluar panjang. Selesa, separa formal dan nampak professional. Nampak macam terpelajar la konon-konon. Walaupun sebenarnya tak. Hahaha. Mudah nak bergerak, nak solat, nak makan. Sebab anda akan luangkan masa di fakulti tu lebih kurang separa hari, dari pagi hinggalah habis semua kelas di waktu petang. Nasihat sis, jangan gadaikan keselesaan untuk kecantikan. Yang penting kemas and presentable.
Balik kelas roommate ajak beriadah. Gua dengan dressy top bagai.
Setiap isnin pakai biru. Monday blues kan.

#5 Pakaian sukan
Boleh, takda masalah. Silakan. Nak pakai jersey dengan sweatpants ke, top-to-toe Adidas ke, tights ke, tracksuit ke, semua boleh. Tapi syarat-syaratnya nanti sis kongsi di bawah.

#6 Dress/Onesie
Asalkan menepati kriteria di bawah, boleh pakai, takda hal. Takda siapa marah. Pakai baju tidur pun boleh baq hang. Settle.

Etika pakaian
Okay, takda kod pakaian yang tertentu tapi semestinya ada etika pakaian. Dan pakaian yang dilarang.

#1 Pakaian tidak terlalu ketat
Nak pakai tights tu kalau badan anda sekeping boleh je, orang tak perasan sangat. Tapi kalau nampak seksi nauu tu faham-fahamlah. Kalau nak pakai skirt tu biarlah yang flowy. Nak ketat-ketat buat apa, nak jalan pun susah. Ni universiti bukan runway.

#2 No sleeveless
Jadi kalau nak pakai pakaian sukan atau dress tu boleh Cuma tak boleh yang tak berlengan. Kalau nak sangat, pakailah cardigan di luarnya.

#3 Pakaian tidak singkat
Kalau pakai skirt tak boleh di atas peha. Baju pun tak boleh la Nampak pusat ke apa ke. Tak dinafikan ada je yang pakai, takda siapa tegur pun tapi bulat la bijik mata orang menengoknya. Kalau tak kisah takpalah. Tapi ada jugak pensyarah yang tegas akan tegur terus. Jadi lebih baik janganlah. Seluar pendek pun no-no.

Simple je etika pakaian di UM ni. Pakailah apa pun asalkan sopan. Have fun pilih-pilih outfit. Tapi percayalah, awal-awal je semangat nak bergaya, dah lama-lama sarung je apa saja yang ada hahaha. Beralih kepada kasut pulak. Antara kasut-kasut yang selalunya pelajar pakai; sandals, kasut sukan, kasut hitam tumit (photoshoot), kasut kulit (pembentangan), kasut tinggi (ada je yang gigih) dan slippers. Ye selipar jepun pun boleh. Pakailah. Tapi masa pembentangan kalau boleh janganlah. Kadang-kadang markah pakaian pun diambil kira jugak jadi pakailah kasut bertutup kalau nak present tu. Cumanya di UM ni kalau pakai selipar, tak boleh masuk perpustakaan. Sama jugak dengan rambut, di UM ramai je yang rambut warna-warni (hijau merah ungu semua) tapi kalau nak masuk perpustakaan silalah pakai topi sebab jika tidak anda takkan dibenarkan masuk.


Sis sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab di UM peraturannya tidaklah begitu ketat. Pelajar diberikan kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan. Pilihan itulah yang menentukan anda bijak atau tidak. Harapan sis agar pelajar tak ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan dan gunakan platform ini untuk mencorakkan personaliti anda. Adakah anda nak dikenali sebagai pelajar yang serabai? Your choice.

:)

Wednesday, August 17, 2016

Perbezaan kuliah dan tutorial


Entri kali ni sis nak kongsi apa itu kuliah (lecture) dan apa itu tutorial. Jika anda macam sis, anda pun mungkin tak pernah ada 2 jenis kelas macam ni. Masa STPM ada satu kelas je untuk setiap subjek. Masa kelas tu la sumbat sekali belajar, buat latihan, buat kerja kursus dan lain-lain. Di peringkat sarjana muda di universiti setiap subjek terbahagi kepada dua jenis kelas; kuliah dan tutorial. Ini melibatkan semua subjek kecuali subjek wajib universiti yang hanya ada kuliah sahaja. Kalau anda perasan setiap subjek ada jam kredit (credit hour) yang tertentu kan? Subjek wajib uni biasanya 2 jam kredit jadi 2 jam tu diperuntukkan untuk kuliah. Subjek-subjek yang 3 jam kredit atau lebih akan dibahagikan 2 jam untuk kuliah dan selebihnya untuk tutorial.

KULIAH
Kuliah atau lecture ni menggabungkan semua pelajar yang mengambil subjek tersebut. Biasanya dalam 80 orang pelajar dan akan diadakan di dewan kuliah yang besar. Di dalam kuliah akan berlaku pembelajaran sehala di mana pensyarah akan mengajar menggunakan slides powerpoint di hadapan dan pelajar hanya mendengar. Di akhir kelas pensyarah akan buka ruang untuk sebarang pertanyaan. Disebabkan saiz kelas yang besar, kebanyakan pensyarah tak perasan atau perasan tapi tak peduli sama ada anda dengar atau tidak. Jadi di dalam kuliah, inisiatif masing-masing tu penting. Ini bukan lagi macam peringkat sekolah kena hantar buku nota atau salin apa yang cikgu ajar. Terpulang pada cara masing-masing. Kalau rasa nak salin boleh, buat nota sendiri boleh, rely sepenuhnya dengan slides lecturer boleh, taknak buat apa-apa pun boleh.

Inilah yang membezakan sekolah dengan universiti. Universiti menekankan inisiatif dan usaha pelajar itu sendiri. Anda tidak akan dipaksa untuk buat apa-apa. Cara pembelajaran sangat fleksibel. Ye la, di sekolah dulu pelajar selalu merungut, dia tak salin nota pun asalkan boleh jawab peperiksaan sudahlah kan? Di uni, anda buatlah ikut cara anda. Pensyarah takkan suap anda. Jadi kalau anda gagal, ketahuilah itu semua pilihan anda sendiri. Ramai pelajar yang jadi terlalu selesa dan seronok dengan kebebasan dan fleksibiliti yang diberikan sehingga lalai untuk berusaha. Sendiri mau ingatlah ye.

Kuliah ni juga boleh dibatalkan atau ditunda bila-bila masa sahaja with or without prior notice. Tapi jangan seronok sangatlah, ianya akan diganti juga pada bila-bila masa je. Tak kira lah weekend atau hari biasa sama ada anda boleh hadir atau tidak. Kalau kelas ganti clashing dengan kelas lain? Pilihlah salah satu. Haha.

TUTORIAL
Tutorial ni pula ialah kelas kecil untuk buat latihan/praktikkan apa yang telah dipelajari. Saiz kelas biasanya maksimum 25 orang dan berdurasi selama sejam. Pensyarah boleh jadi pensyarah yang berbeza dengan kuliah. Kita panggil mereka tutor. Di dalam tutorial, tutor dapat bimbing kita dengan lebih dekat kerana saiz kelas yang kecil. Tutorial biasanya akan hanya bermula pada minggu ke-3 atau ke-4 pembelajaran. Berdasarkan pengalaman sis setelah mengambil lebih kurang 20 subjek dengan tutorial, ada beberapa pendekatan yang tutor biasanya akan gunakan dalam tutorial.

#1 Bincang dan hantar latihan individu
Cara ni digunakan untuk subjek mengira. Di dalam kelas teori akan diajar. Kemudian, soalan akan dimuatnaik dalam portal pelajar pada setiap minggu. Anda kena siapkan secara individu. Faham ke tak faham ke pandai-pandailah buat. Di dalam tutorial anda perlu hantar jawapan anda dan bincangkan jalan kerja di hadapan (tutor pilih secara rawak).

#2 Bincang dan hantar latihan berkumpulan
Sama juga seperti cara diatas. Cuma untuk berkumpulan ni, anda kena berjumpa dengan ahli kumpulan anda untuk bincang jawapan setiap minggu. Kemudian assign seorang untuk tuliskan jawapan dan hantarkan. Biasanya ikut giliran lah tiap minggu. Tapi ada satu subjek sis ni, disebabkan semua ahli terlalu sibuk dan jadual yang clashing menyukarkan kami untuk berjumpa, kami ambil giliran untuk membuat seluruh tutorial setiap minggu. Contoh, minggu pertama sis buat, minggu kedua si A pula, minggu ketiga giliran si B dan macam tu lah seterusnya. Bila tiba giliran ahli tersebut, dialah yang dipertanggungjawabkan untuk buat dari A hingga Z. Cari jawapan, tulis jawapan, hantar pada tutor.

#3 Presentation
Presentation ni pun boleh jadi secara individu atau berkumpulan. Soalan akan diberikan sebelum sesuatu tutorial dan jadual individu/kumpulan yang perlu bentang akan diberikan lebih awal. Jadi kalau minggu tu anda kena bentang, maka anda perlulah bersedia. Subjek yang biasanya guna pendekatan ni ialah subjek membaca. Banyak fakta yang perlu anda cari untuk menjawab soalan yang diberikan. Kumpulkan maklumat, jika berkumpulan bahagikan tugas, buat slides dan bentang bahagian masing-masing. Bersedia untuk sesi soal jawab. Pastikan anda mempunyai kefahaman yang lengkap mengenai topik anda supaya tak tergagap nak jawab di depan. Cara anda berpakaian pun akan dinilai.

Jika minggu itu bukan giliran anda? Jangan fikir anda selamat. Ada sesetengah tutor yang akan suruh setiap kumpulan mengajukan soalan kepada kumpulan pembentang. Jadi anda mesti fokus dan tahu juga apa yang dibentangkan di hadapan. Soalan pulak tak boleh soalan yang tidak menguji pembentang atau soalan asas seperti “Apakah definisi ….” Atau soalan terlalu am seperti “Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai….” Ini menunjukkan anda tak alert semasa pembentangan.

#4 Perbincangan
Sis secara personal sukakan pendekatan ini. Sangat moden dan interaktif. Pelajar akan diberikan suatu input contohnya video, keratan akhbar, gambar dan sebagainya, dan pelajar akan diminta berbincang mengenai isu tersebut. Sama ada menyuarakan pendapat, berkongsi pengalaman anda tentang topik tersebut, bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Sis sangat suka cara ni kerana ianya memberikan platform untuk pelajar bersuara. Anda dibenarkan memberikan apa-apa sahaja pendapat asalkan anda boleh menyokongnya dengan hujah-hujah dan contoh dalam dunia sebenar. Tiada siapa yang salah atau betul. Ini menjana keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Anda akan kagum dengan apa yang ada dalam minda pelajar lain, sangat menarik. Selalunya kaedah ini digunakan untuk subjek yang berunsur development atau sains sosial di mana banyak isu-isu semasa yang boleh dikupas sejajar dengan apa yang dipelajari.

#5 Praktikal di makmal
Sis tak pasti tentang kursus sains, tapi berdasarkan pengalaman sis dalam bidang ekonomi, kami juga ada praktikal di makmal. Makmal komputer la haha. Ini relevan untuk subjek statistik di mana kami akan diajar untuk menggunakan software statistik seperti SPSS dan Excel. Ada satu subjek sis yang tutor ajar step-by-step cara menggunakan perisian tersebut dan pada akhir tutorial hasil kerja mesti dihantar secara online. Ada lagi satu subjek sis pulak, kita diberikan soalan lebih awal, dalam tutorial hanya akan bincangkan jawapan sahaja. Jadi sangat laju. Kalau anda tak buat sebelum tutorial memang terlopong lah anda tak faham apa yang berlaku di depan. Not so easy to run statistical tests on the spot mind you. Requires time and hell loads of patience.


Jadi itulah dia sis dah kongsi 5 jenis tutorial dan beza antara tutorial dengan kuliah. Selamat menempuhi dunia universiti :)


 After our Malaysian Econs last presentation. Coincidentally color-coordinated :D

This is the size of a tutorial class.

After our final Micro II presentation on Uber and Grab.

Sporting lecturer posing w us :B

Pizza party by lecturer after our last Sociology Development tutorial :D