Hai yalls, so baru-baru ni sis duduk browse
the internet dan sis perasan yang tiada page atau website yang betul-betul
menerangkan dengan jelas struktur program Sarjana Muda Ekonomi di Universiti
Malaya. Jadi sis ambil inisiatif ni untuk memberi sedikit info tentang syarat
kelayakan dan apa yang terkandung dalam program Bachelor of Economics, UM.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk
mengambil kursus ini.
Keperluan Khas Program
Kategori STPM (Sains & Sastera)
Lulus STPM dengan minimum PNGK keseluruhan
3.30
Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata
pelajaran STPM berikut:
-
Ekonomi
-
Perakaunan
-
Matematik S/ Matematik T /
Matematik M
-
Pengajian Perniagaan/Pengurusan
Perniagaan
-
Further Mathematics
Minimum Gred B dalam Matematik SPM.
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian
University English Test (MUET)
Lulus temuduga.
Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran Sains)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK
3.30
Minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam subjek
Matematik peringkat Matrikulasi/Asasi
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temuduga.
Kategori Matrikulasi/Asasi (Aliran
Perakaunan)
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK
3.30
Mendapat minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam
salah satu (1) mata pelajaran pelajaran Matrikulasi/Asasi berikut:
-
Ekonomi
-
Perakaunan
-
Matematik
-
Pengajian Perniagaan
Minimum Gred B dalam Matematik SPM
Minimum Tahap 3 (Band 3) dalam MUET
Lulus temu duga.
Calon Diploma
Memiliki Diploma UiTM atau Politeknik
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30
dalam mana-mana bidang berikut:
-
Diploma Perakaunan
-
Diploma Pentadbiran Awam
-
Diploma Pengajian Perniagaan
-
Diploma Pengajian Bank
-
Diploma Analisis Pelaburan
-
Diploma Pemasaran; atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
oleh Senat Universiti Malaya dengan minimum
PNGK 3.30; atau
Mempunyai Sijil A-Level yang diiktiraf dengan
minimum Gred B+ (NGMP 3.33) dalam salah satu (1) mata pelajaran A-Level berikut:
-
Ekonomi
-
Perakaunan
-
Matematik
-
Pengajian Perniagaan
-
Matematik Lanjutan
Mendapat minimum Gred B dalam Matematik GCSE/GCE
‘O’ level.
Mempunyai Diploma International
Baccalaureate yang diiktiraf dengan mendapat minimum Gred B dalam salah satu
(1) mata pelajaran berikut:
-
Ekonomi (TahapTinggi)
-
Matematik (Tahap Tinggi)
-
Pengajian Perniagaan (Tahap
Tinggi)
Minimum Gred B pada peringkat
Diploma International Baccalaureate dalam Matematik (Tahap Biasa).
Semua informasi ni sebenarnya sis ambil dari
Prospektus Sarjana Muda Ekonomi 2014/2015. Anda boleh klik di SINI untuk ke
laman yang berkenaan bagi memuat turun dokumen prospektus terkini. Anda boleh
dapatkan semua informasi dari prospektus tersebut tapi kalau anda tak gigih nak
baca 165 muka surat, sis tolong ringkaskan dalam entri ini. Dan sis juga akan
tambah info berdasarkan pengalaman sis sendiri.
Okay, di Sarjana Muda Ekonomi ni adalah
satu-satunya kursus degree yang ditawarkan di bawah Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran Universiti Malaya. Tempoh pengajian minimum 3.5 tahun (7 semester) dan
maksimum 5.5 tahun (11 semester). Pada semester ke-7, anda akan dikehendaki
untuk melakukan praktikal atau “internship”. Anda dikehendaki melengkapkan 123
jam kredit secara keseluruhan yang terdiri daripada University courses, faculty
core courses dan elektif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Bila anda masuk sebagai freshie nanti, anda
akan diberikan cadangan struktur pengajian yang akan menunjukkan kepada anda
apa yang dicadangkan untuk anda ambil pada setiap semester. Kalau anda taknak
pening, ikut je cadangan yang diberikan. Tapi kadang-kadang cadangan tu tak dapat
diikut 100% sebab kelas yang anda nak ambil tu berkemungkinan penuh.
Apa-apa pun, sedikit guideline, kalau anda
perhatikan kod kursus 4 huruf dan 4 angka (cth: EXEE1103), nombor pertama tu
lah yang menentukan tahun berapa anda patut ambil kursus itu. Jadi dalam contoh
yang saya berikan, nombor pertama ialah 1. Jadi anda tahu yang anda
perlu/dicadangkan ambil subjek itu pada tahun pertama, tak kiralah semester 1
atau 2. Batch terkini (2015/2016), kod tu dah jadi 3 huruf dan 4 angka (cth: EIB2001).
Kursus teras fakulti anda wajib ambil
semuanya. Tak boleh pilih-pilih. Dan kursus-kursus inilah yang sangat mencabar
hohoho. Bagi saya lah. Mungkin bagi anda tidak. Dan kebanyakan kursus ini
berangkai. Contohnya, anda hanya boleh ambil Mikro 2 setelah anda lulus Mikro 1
dan Mikro 3 setelah anda lulus Mikro 2.
Begitu juga untuk kursus-kursus berikut:
Makro 1 > Makro 2 > Makro 3
Statistik 1 > Statistik 2 >
Ekonometrik Asas
Kursus berangkai ni bahaya. Jika anda tak
lulus salah satu, kemungkinan besar anda akan terpaksa extend pengajian anda.
Tapi disebabkan konvokesyen UM hanya dilangsungkan sekali setahun iaitu pada
bulan Oktober, pelajar ekonomi mempunyai ruang untuk extend 1 semester dan
masih boleh graduate bersama-sama rakan batch anda! Haha bertuah kan? Sebabnya
jika anda habis pengajian dalam tempoh minimum iaitu 7 semester, anda akan
habis pada bulan Januari. Tunggulah sampai Oktober baru grad.
Kursus elektif pula anda bebas memilih 9
kursus yang anda minat. Batch sis adalah batch terakhir yang ada 10 pilihan pengkhususan
(majoring) yang pelajar boleh pilih atau tidak pilih. Antaranya;
1.
Ekonomi Monetari & Kewangan
(Monetary & Financial Economics)
2.
Ekonomi Antarabangsa
(International Economics)
3.
Ekonomi Buruh (Labour
Economics)
4.
Ekonomi Sumber & Alam
Sekitar (Resource & Environmental Economics)
5.
Pembangunan Perusahaan
(Enterprise Development)
6.
Pengajian Pembangunan
(Development Studies)
7.
Pentadbiran Awam (Public
Administration)
8.
Pengurusan Sumber Manusia
(Human Resource Management)
9.
Ekonomi Politik (Political
Economy)
10.
Statistik Gunaan (Applied
Statistics)
Jadi kalau anda nak buat pengkhususan, anda
perlu ambil sekurang-kurangnya 7 subjek di bawah pengkhususan tersebut.
TAPI ni time sis la. Lepas batch sis,
pengkhususan telah diwajibkan kepada pelajar Ekonomi UM. Pelajar mesti buat
pengkhususan atau “tracking” dalam salah satu dari 4 bidang berikut:
1.
Economic (19 subjek untuk
dipilih)
2.
Development Studies (15 subjek)
3.
Administrative Studies &
Politics (16 subjek)
4.
Applied Statistics (12 subjek)
Pelajar diwajibkan memilih pengkhususan
pada tahun kedua dan perlu mengambil 9 subjek (27 jam kredit) dari pengkhususan
yang dipilih. Tahun pertama anda hanya akan ambil subjek teras fakulti dan
subjek universiti. Masuk tahun dua baru boleh mula ambil elektif. Tapi tak
semua subjek ditawarkan serentak. Contohnya dari pengkhususan statistik, setiap
semester mungkin hanya akan tawarkan 4 subjek. Jadi kena pandai-pandai susun
supaya anda dapat ambil apa yang anda nak.
Jadi lepas ni jangan ragu-ragu lagi nak
ambil degree in economics sebab masa depan anda bukan hanya sebagai economist
(rata-rata tak rasa pun economist is a job that makes money which to me is
absurd), tapi juga dalam pelbagai bidang lain contohnya politik, kewangan,
penganalisis statistik, perancang pembangunan, bahagian sumber manusia dan
macam-macam lagi. Di dalam kursus sarjana muda ekonomi di UM terutamanya, anda
akan belajar dan diberi pilihan untuk belajar pelbagai aspek dalam ekonomi.
Guide ni sis tujukan kepada yang belum
masuk belajar lagi. Tapi don’t worry, nanti minggu orientasi di fakulti, anda
akan diberikan penerangan yang lebih terperinci tentang semua ni. Anda juga
akan dipasangkan dengan BUDDY iaitu senior yang akan bantu anda. Apa-apa, boleh
tanya buddy anda. Sis sekarang bukan setakat buddy sis je, buddy orang lain pun
tanya dekat sis jugak. Haha bolehlah~
Jika anda pun nak jadi buddy sis secara tak
rasmi, boleh pm di Fb okay ;) Hahaha.
Harap informasi yang diberikan membantu. Untuk keterangan lebih terperinci, sila baca sendiri prospektus yang 165 muka surat tu ye hiks.
P/s Bachelor of Economics in UM will be fully taught in English.
P/s Bachelor of Economics in UM will be fully taught in English.